kaitan Freemason dengan seluar dalam


FREEMASON ada dimana-mana.
Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US,
tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees.

Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.

Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..
maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :

http://www.amazon.com/Comp lete-Idiots-Guide-Freemaso nry/dp/1592574904

Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia
Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.

Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat.
Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.
Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??

tapi itu tak penting,
asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri
sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.
malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..

Mari kita lihat contoh-contohnya :

Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.
Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.

Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.

dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) ..

mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..

ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.

ini adalah konspirasi tahap tinggi
iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus
yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.

Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.

nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..

dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat

lihat dengan teliti persamaan dalam gambar.

adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai ‘the all seeing eye’

adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?
atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai “supreme being’ yg selalu menjadi tanda tanya selama ini

Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.
Ia berkeupayaan menyerap.
Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita
dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.

Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..
maka aku cuba terangkan pasal bacaan …

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

1) bacaan yang mengajak kita berfikir.
2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.

yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri
dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.

Semoga bijak mencerna.

Comments
14 Responses to “kaitan Freemason dengan seluar dalam”
  1. adiospunk berkata:

    Thanks fyrose,
    Sometimes we tells some jokes to enlighten people that trapped in the dark. no matter how serious the motives really are.
    im sick with all these ppl. they are relied on theories and defy the fact that their feet are set on the planet of reality, DUh !!

    kemungkinan terbesar adalah mereka sedang memperbesar-besarkan kemungkinan

  2. adiospunk berkata:

    oh ya..http://www.facebook.com/PendedahanKonspirasi/posts/195681963804268
    aku jumpa juga link blog aku ni kat dalam tu.
    nice and thank you..
    kalau ada seorang dua yg faham ertinya parodi sinikal dalam entri aku ni pun dah cukup bagus.. kudos🙂

  3. adiospunk berkata:

    waalaikumsalam , blackrose..
    aku dah masuk dalam page yang kamu link tu. Dari nama page itu aje dah nampak jelas2 itu memang sarang paranoia.

    AKu baca jugak post-post di dalam tu.. termasuk post pasal admin tu yg egomaniac suka ban dan delete post org yg tak sesuai dengan selera dia…hehehe
    kan itu namanya fasis ?

    Semua orang tau bercakap dengan fasis ni aktiviti sia-sia dan buang masa je…mereka memang tak tau apa-apa tentang bebas bersuara

    Kebebasan bersuara bukanlah tentang apa yang kita sendiri ingin bicarakan semata-mata,
    tapi juga, turut meliputi kesediaan kita membiarkan orang lain membicarakan fikiran mereka
    meskipun mereka meluahkan fikiran-fikiran yang bodoh dan tak berguna …
    mungkin juga kata-kata kejian untuk kita,
    mencela kepecayaan kita,
    menghentam ideologi kita,
    ataupun apa-apa saja yang tak menguntungkan kita,
    Biarpun kedengaran negatif, tapi itulah hakikat kebebasan
    Kebebasan total memang tak pernah menguntungkan sebelah pihak
    kerana kebebasan total adalah untuk dinikmati oleh semua

    ~adios”

  4. Fyroze berkata:

    Right on the nose 4 who doesn’t mind to use their valuable gifted mind to thing rationally rather than fanatically bout some unclear issues.. I’m totally agree with you bro.. Tak payahlah guna komputer ni, kan teknologi yahudi.. Tapi nanti ada pulak yg kata “kita guna teknologi yahudi balik untuk tentang mereka”.. Akan ada je manusia yg akan tunjuk pandai dalam bab2 tertentu supaya dipandang tinggi kerana berilmu dan berinfomasi.. Mereka kadang terlupa bahawa ayatul kursi tu pun syaitan yg ajar pada sahabat.. kisah masa tu berlaku di baitulmal tatkala sahabat dapat menangkap syaitan yg mencuri.. bila sahabat ceritakan pada rasullulah s.a.w, maka baginda s.a.w berkata”maka benarlah ia”.. syaitan yg kuat tipu ke manusia yg kuat menipu dan senang tertipu? sorry bro.. merapu lak..

  5. blackrose berkata:

    assalamualaikum, boleh x ko tolong aku kat sini http://www.facebook.com/?ref=home#!/PendedahanKonspirasi
    ramai sgt org paranoid.. sama2 la kita sedarkan mereka

  6. adiospunk berkata:

    ‘abdullah ~
    nice,bro .. sebab ada tinggal komen ..
    lagi baik dari mereka yg datang dan pergi tanpa pesanan🙂

    Secara ikhlasnya , aku setuju dengan ayat:
    “Jangan terlalu taksub dan jangan terlalu abaikan” …
    sebenarnya, entri aku ni khas untuk orang-orang yg taksub tu je..

    Dan buat kesekian kalinya,
    aku tak nafikan akan kemunculan dajjal,
    aku tak nafikan pasal akhir zaman …

    pasal mengkaji hadis nabi tu aku setuju 300%,
    memang ada blog jenis tu… dan aku sikitpun takkan memperlekehkan usaha mereka …

    tapi yg duk kaji freemason ni aku memang pandang sinis ,
    kaji dajjal bersumberkan filem hollywood,
    cari dajjal berdasarkan petikan bible pasal 666
    dan berspekulasi sendiri berdasarkan sejarah dunia sampai semuanya terkait dgn freemason…
    hehehe memang tak boleh blah

    yep betul.. aku tak tahu macam mana muka dajjal ,
    dan aku juga yakin, mereka yang duduk sibuk kaji freemason pun sama ..tak tahu macam mana muka dajjal..
    mereka cuma berteori dan berspekulasi semata…
    rhetoric

  7. 'abdullah berkata:

    Jangan terlalu taksub dan jangan terlalu abaikan isu freemason nih, jgn tau mengetawakan/mengutuk org lain je, kaji lebih mendalam lagi ttg kedatangan dajjal drpd hadis2 nabi dan bandingkan dgn dunia yg kita tinggal skrang ni, sedarlah kita ni hidup di akhir zaman, dunia yg kita duduk ni sudah hampir menuju ke penamatnya, insaflah…

  8. Anarm berkata:

    bagus entri nih.. nasib baik illuminati takde dalam seluar aku.. pakai boxer.. hahaha.. ke ade jugak? kah3..

  9. syahidabdullah berkata:

    if they don’t show it we’ll never know..i prefer not to know anything..

    psst..kalau nak usha awek, jangan kenyit sebelah mata..all seeing eye tu..

  10. Azfarul berkata:

    EPICCCCC!!
    hahahahhahahahahahhahah

  11. Hamdi berkata:

    banyak giler persamaan dia

  12. JePh berkata:

    haha.. nice one brother..
    sindiran yg sgt tepat ke muka!
    gua suka cara lu tulis.

  13. adiospunk berkata:

    thanks , bro. sebab suka🙂

    aku cuma menyindir diorang je, fanatik sangat melampau2.

    https://adiospunk.wordpress.com/2010/06/26/terima-kasih-kerana-berfikir/

  14. Freemachine berkata:

    walaweyy… warrghahahahaha… apo2 hal pun kawe sokong 110% pendapat demo. kadang2 penganut teori konspirasi ni akan mengaitkan segalanya dengan konspirasi termasuk mangkuk tandas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: