Milisi Kecoa


Lama tak update blog … Lebih kesal lagi kalau jenguk kepada entri2 yang lepas, semakin tandus dengan cerita tentang punk, terus-terusan mengkhayal dengan politik lokal semasa atau puisi2 hedonis yang tak menyangkut. Nah, rasanya yang tinggal jadi punk hanyalah separuh dari nama blog ini. (kerana yang separuh lagi itu adalah nama aku sendiri ) Seperti … Teruskan membaca

korban politik panik


Aku memang bosan nak tulis pasal politik. Tapi aku rasa banyak sangat pembodohan yang perlu dijernihkan. Sebagai pemerhati yang tak menyokong mana-mana pihak, aku rasa suasana politik malaysia langsung tak matang. Terutama pasal 6 orang tahanan politik PSM atas alasan baju berimej Che Guevara. Kalau mereka memang komunis, maka aku sendiri pun hari-hari akan berkempen … Teruskan membaca

LETHOLOGIKA 2.0


Tentang kepercayaan-kepercayaan bodoh dan melarat Ternyata mereka masih menyangka guruh adalah petanda kiamat, tak lebih buruk dari teori kemurkaan dewa Zeus yang tercela atau tersangka ledakan granat yang terlepas jatuh dari tangan para malaikat Dan kita yang masih berpijak di muka bumi tetap mencongak rahsia di balik langit dari akal yang separuh adalah fantasi dan … Teruskan membaca

mimpi-mimpi indah anarki


    Aku tak tahu kalau ini adalah sambutan pesta atau perayaan menyambut kedatangan kiamat. Gema hinggar-binggar disulami letupan-letupan mercun terus membingit sepanjang malam. Bunga api tak putus-putus mekar di bentangan tirai langit . Bergiliran satu demi satu tak ada putusnya.   Di bawah tiang-tiang lampu ada himpunan manusia berpesta riang dan bernyanyikan lagu-lagu dalam … Teruskan membaca

kaitan Freemason dengan seluar dalam


FREEMASON ada dimana-mana. Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US, tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees. Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason. Adalah membuang masa kalau diceritakan … Teruskan membaca

Singgahsana Sang Toyol


Benar, tiada perbezaan ketara yang dimiliki Alam jembalang. Sosok makhluknya memang berbeza dengan umat manusia, akan tetapi sosio politiknya adalah serupa. Sehingga sesiapa yang pernah ke sana akan terus menanggapi bahawa alam puaka itu adalah satu salinan kepada dunia di alam nyata, Dunia Manusia. Seperti juga alam nyata, warga Alam Ghaib juga suka berperang . … Teruskan membaca

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios