Terima kasih kerana berfikir
Aku tak kisah kepada sesiapa pun yang mahu re-blog tulisan aku. Tujuan aku tulis pun untuk berkongsi pandangan peribadi. walaupun sesetengah tulisan aku itu sangat2 sinikal.
Aku tak paksa sesiapa untuk percaya apa yang aku fikir. Sebaliknya aku sangat bangga sekiranya mampu mengajak semua pembaca mula berfikir.
Untuk hal yang sebesar hama sekalipun , kita mesti suka berfikir.. Semua perkara mempunyai kebaikkan dan keburukkan .. lihat melalui kedua-duanya . Nilaikan kebenaran serta implikasinya 😛
Terima kasih buat mereka yang menampal semula tulisan freemason aku di blog dan forum . Kalian membuatkan aku rasa bangga. Ancungan 2 ibu jari kepada yang memaut dan menulis nama blog aku .. terima kasih
http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=480653&extra=page%3D8
http://saifulmerahs.blogspot.com/2010/05/teori-konspirasi-awas-agenda-fremason.html
Aku tahu juga terdapat dalam blog2 lain lagi ..
Cuma yang menuduh aku “Freemason Denial department” tu melampau la pulak
Aku belum lagi terfikir nak jadi ahli freemason berdaftar…
Aku bukan tak percaya pada Dajjal dan hari kiamat.
Aku tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi sedikit sebanyak gambaran tentang Dajjal, cth bermata satu , Jarak kedua telinganya 40 hasta dll.
Sebagai utusan tuhan aku percaya kata-kata baginda tetapi selebihnya ‘PENDAPAT MANUSIA BIASA’ yang mengaitkan dajjal dengan UFO, segitiga bermuda, Jin dan entah apa-apa lagi.
manusia biasa yang bukan utusan tuhan pun. Dan pendapat mereka banyak Teori , takhyul dan mengarut.
Mereka cuba berlagak lebih pandai dari nabi.
Telah tertulis dalam kitab suci Al-Quran, DAJJAL PATI DATANG.
Kalau dikaji secara melampau pun tak ada guna nya.
Kalau Dajjal tu nak turun takkan kita nak tahan dia jangan kasi keluar. Sebab yang akan membunuh Dajjal itu nanti Nabi ISA .
Nabi berpesan supaya jangan terpedaya dengan Dajjal dan selalu ikut ajaran Islam yg sebenar.. t akde pulak baginda suruh mengkaji Freemason dan Dajjal sampai sudah.
Wallahualam…
*Sekali lagi terima kasih