Aegeus dan aethra


Aegeus bukan raja sembarangan. Seluruh kota Athen ini dibawah kekuasaan kerajaannya.
Malah semua rakyat di seluruh tanah agung greek itu sendiri sangat menyanjungnya.
Namun sebagai manusia, Aegeus juga tak terlepas dari tekanan masalah.

Di atas takhta kerajaan yang kemilau bercahaya emas itu, baginda tetap sugul.
Termenung memikirkan tentang nasibnya yang malang.
Sudah banyak isteri yang dikahwininya, namun belum lagi dia dikurniakan anak lelaki.

Sudah puas Baginda beraksi akrobatik di ranjang.
Sudah puas juga baginda mencuba ramuan khas memperkuatkan tenaga batin,
namun keputusannya tetap negatif.
Setiap isterinya tetap melahirkan bayi perempuan.
Sebagai raja, pastilah baginda berasa duka nestapa memikirkan kepada siapa akan diwariskan kerajaannya itu nanti.

Lalu dia pun membuat keputusan untuk meminta petunjuk dari dewi kesuburan.
Berangkatlah baginda ke kuil agung Delphi.
Dengan bantuan pendita-pendita di sana, lalu telah diperkenankan dewa satu wahyu khas untuknya :

“Jangan dibuka penutup uncang arak sehinggalah kau sampai ke puncak Athen, jika tidak kau akan mati dalam keadaan yang ngeri”

Ternyata wahyu dari dewi kesuburan itu berbunyi sangat aneh.
Apakah kaitannya uncang arak, puncak athen dengan anak laki-laki ?

Menurut para pendita, hanya raja Troezen yang dapat menterjemahkan wahyu merepek seperti.
Setelah mendengar saranan ikhlas dari para pendita, maka berlayarlah Aegeus ke negeri Troezen untuk mengetahui maksud tersirat dalam wahyu tersebut.

Setibanya ke Troezen, Raja Aegeus telah disambut secara besar-besaran sebagai tetamu terhormat.
Raja Pittheus yang yang memegang tampuk pemerintahan Troezen telah berkenan untuk menterjemahkan wahyu tersebut, dan memperkenalkan Aethra, iaitu anaknya sendiri kepada Aegeus.

Malam tersebut mereka semua telah berpesta bogel.
Muzik-muzik indah dimainkan.
Seluruh istana terus saja menjadi majlis tari menari yang gemilang.
Air-air wine dituang ke dalam gelas.
Dan berdansalah mereka dalam keadaan mabuk dan telanjang.

Sehingga ke hujung malam,
Aegeus sabagai raja yang tinggi nafsu syawatnya pastilah gagal menahan gelora di dadanya.
Sedang tubuh munggil puteri Aethra yang gebu itu,semakin hangat di dalam pelukkannya.
Mereka masih tetap menari.

Dan mata Raja Aegeus seakan terlekat pada permandangan payudara Puteri Aethra yang berbuai gemalai mengikut irama petikan Lyre yang merdu.
Semakin mereka berpaut ghairah, semakin iramanya menjadi erotik.
Semakin lama berdansa, semakin mereka berdua hanyut.
Dengan bantuan air-air todi yang memabukkan, akhirnya pasangan itu berakhir juga di ranjang.
Yep, Penuh aksi akrobatik yang pastinya.

Sehingga keesokkan hari, sewaktu mereka sama-sama terjaga, mereka sedar yang mereka itu sudah saling bercinta. Mereka tidak peduli lagi tentang peristiwa malam tadi.
Siapa yang memperkosa siapa.

Berbulan lamanya Raja Aegeus tinggal di Troezen. Sehinggalah tiba waktu untuk dia berangkat pulang kerana difikirkan rakyatnya di Athena juga memerlukan pimpinannya.
Menyedari yang puteri Aethra sedang mengandungkan anaknya, maka baginda telah menanam sandal, perisai dan pedang dibawah sebiji batu besar di tepi laut. Berkatalah baginda kepada kekasih yang bakal ditinggalkannya itu.

“Sekiranya anak yang dinda kandung itu adalah laki-laki, pasti dia mampu mengangkat batu besar ini. Dan apabila dia tunjukkan barang-barang itu kepada kerajaan Athen, tiada siapa akan menyangkal bahawa dia itu berdarah Royal ”

Maka pulanglah Aegeus ke Athen tanpa diketahui nasib kekasihnya itu dan kelahiran anak mereka Theseus, yang pada suatu hari nanti akan menjadi seorang pahlawan yang perkasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: