Mulut Sang Kodok

Tulisan Isabel Allende dan diterjemahkan oleh Nazel Hashim Mohamad dalam majalah Dewan Sastera , november, 1999.

Cerpen yang membuatkan aku melihat sastera sebagai sesuatu yang genius dan menyeronokkan. 

Aku jatuh cinta dengan sastera sebab cerpen ni. Saja aku taip kat sini, mungkin akan mencetuskan perasaan sama kalau ada orang lain pulak yang baca.

kalau tersalah taip sorrylah. Aku bukan pro.

Aku tak tahu , aku baca cerpen ini berapa puluh kali. Aku tak pernah belajar sastera di sekolah tapi aku betul-betul jatuh hati kepada tulisan dan gaya penyampaian seperti ini.

Rasa sangat yang diri aku ni kecil

Belajar menulis  seratus tahun pun, belum tentu aku  akan dapat menulis seindah ini. baik dari idea gempak pengarangnya, mahupun penterjemahnya yang kaya dengan bahasa.

Aku mula merasakan Bahasa Melayu itu sangat indah setelah baca cerpen ni.

Aku sebenarnya suka bahagian orang British yang sedaya upaya menghias kawasan jajahan mereka supaya nampak mirip rumah di tanah air mereka. Usaha bodoh dan sia-sia. Kelakar. Manakala orang asli pengembala kambing biri-biri sedang bersuka ria dengan seorang pelacur bernama Hermalinda.

133977190-0-m

gambar cover buku di mana cerpen ini diterjemah ke bahasa Inggeris

 

MULUT SANG KODOK

Keadaan di selatan memang amat derita . Bukan di selatan negeri ini, tetapi di selatan dunia ini . di sini musimnya terbalik . Musim sejuk tidak muncul pada waktu Krismas , seperti lazimnya di negara-negara maju, tetapi, di negeri-negeri gasar begini , ia muncul pada pertengahan tahun pula. Batu , Rusiga, dan ais; dataran yang saujana mata memandangke arah Tierra Del Feugo meretak-pecah menjadi pulau-pulau seperti biji tasbih. Puncak-puncak bersalji banjaran gunung yang menampan ufuk di kejauhan, keheningan yang berusia sejak lahirnya waktu, Diganggu berkala oleh keluhan bawah tanah glasier yang bergerak perlahan ke arah laut . Kawasan ini memang payah dan dihuni manusia kasar . Oleh sebab tiada apa pun di sana pada awal abad ini yang boleh diambil oleh Inggeris , maka mereka mendapatkan kebenaran untuk menternak bebiri. Beberapa tahun keudian binatang itu bertambah berlipat ganda banyaknya sehingga dari kejauhan binatang itu seperti awan yang terperangkap di bumi. Mereka memakan setiap yang tumbuh dan melatam mazbah terakhir kebudayaan kaum asli di situ. Di sinilah Hermalinda mencari rezeki dengan permainan fantasinya.

Ibu pejabat Penternak Bebiri, yang besar itu, tersergam menanjak dari daratan tandus seperti sebiji kek yang dilupakan. Bangunan ini dikelilingi oleh halaman yang tidak munasabah dan dipertahankan daripada penjarahan cuaca oleh isteri penguasa yang tidak dapat hendak menyenangkan hidupnya di luar pusat Empayar British dan terus mengenakan pakaian untuk makan malam bersendirian dengan suaminya, seorang lelaki berbudi bahasa yang tidak emosional tenggelam di bawah harga diri dalam tradisi mutlak. Pengembala yang terdiri daripada penduduk asli yang menuturkan bahasa sepanyol tinggal di berek kem , Terpisah dari tuan-tuan Inggeris mereka oleh pagar renek yang berduri dan mawar liar yang ditanam untuk menghadkan keluasan pampas, usaha yang sia-sia cuma, dan mewujudkan untuk orang asing itu ilusi sebuah dessa Inggeris yang lembut nyaman.

Dibawah pengawasan ketat pengawal pengurusan , dan sakit akibat kedinginan dan sekian lama tidak diberikan sup panas walau semangkuk pun , para pekerja itu hidup dalam kesengsaraan, sama seperti bebiri yang terbiar yang mereka gembalakan itu. Pada waktu malam pula , pasti ada manusia yang akan bermain gitar dan memenuhkan ruang dengan lagu sentimental. Mereka begitu ketandusan kasih sayang . Tukang  masak merenjiskan garam pada makanan mereka , mengurangkan bau tubuh dan api ingatan mereka sewaktu berbaring di samping bebiri mereka. Malah biar sekalipun bersama-sama anjing laut mereka berupaya ke pantai untuk menangkap seekor. Anjing laut mempunyai mammae (tetek) yang besar , tak ubah seperti seorang ibu penyusu , dan sekiranya mereka melapahkan seekor anjing laut yang masih hidup, panas, berdebar-debar, seorang lelaki yang yang ketandusan kasih sayang bolehlah merapatkan mata nya dan dirinya sedang mendakap seorang wanita penggoda.  Walaupun mereka berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan, para pekerja di situ sentiasa bergembira malah lebih gembira daripada majikan mereka ; terima kasih kepada permainan haram yang dikelolakan oleh Hermalinda .

Cuma Hermalinda sahajalah wanita muda yang ada di tengah-tengah dunia luas itu  – selain wanita Inggeris yang hanya akan melangkah pagar pohon mawar dengan senapang patahnya memburu kelinci. Malah kaum lelaki lelaki yang ada di situ cuma dapat melihat sedikit sahaja wajahnya kerana wajahnya dilindungi topi di tengah-tengah habuk berterbangan dan salakan setter (anjing buruan) Sebagai perbandingan, Hermalinda berlainan sama sekali. Dia seorang perempuan yang mereka dapat lihat dengan mata kepala , seoranh yang berani dan riang rian hidupnya . Dia terlibat dalam peniagaan penawar jiwa yang runsingsemata-mata kerana itulah profesion paling tulen dan mudah baginya. Secara amnya dia menyukai semua lelaki, dan banyak pula yang lebih khusus. Dia mengawal mereka seperti ratu lebah. Dia suka pada bau kerja dan nafsu mereka, suara mereka yang garau , pipi mereka yang tidak bercukur, tubuh mereka , begitu bertenaga sekali dan pada waktu yang sama mudah dipengaruhi apabila sudah berada dalam dakapannya. peragai mereka yang suka berkelahi dan kenaifan hati mereka. Dia tahu tenaga yang tidak seberapa dan sifat terlalu mudah terpengaruh pelanggannya , tetapi tidak pernah pula dia mengambil peluang ke atas kelemahan itu; sebaliknya, dia begitu terharu pula oleh kedua-duanya. Sifat Hermalinda yang buas itu dibajai pula dengan kelembutan keibuan, dan pada waktu malam kita akan mendapati dia menjahit baju yang koyak , menyediakan stew ayam yang untuk berberapa pengembala yang tidak sihat , atau menulis surat cinta kepada kekasih-kekasihnya yang jauh entah di mana. Dia mencari rezeki di atas tilam berisikan bulu berbiridi bawah bumbung beratapkan zink yang bocor di sana sini yang akan merintih kecapi dan oboe  sewaktu angin bertiup. Isi Hermalinda cegang dan kulitnya sedikit pun tidak menunjukkan sebarang bekas kecacatan; ketawa dalam kesedihan, lebih daripada yang dapat diberikan oleh bebiri betina dewasa atau anjing laut yang dilapah. Dalam setiap dakapan , betapa singkat sekalipun , dia membuktikan betapa dirinya sebagai teman yang mengghairahkan dan nakal . Cerita tentang kakinya seperti kaki wanita penunggang kuda dan dadanya yang tidak sedikitpun pun menampakkan sebarang perubahan telah tersbar luas ke seluruh 600 kilometer wilayah terpencil itu, dan mereka yang berahi menunggang kuda beratus-ratusbatu datang untuk bersenang-senang seketika dengan Hermalinda. Pada hari Jumaat, penunggang kuda mencongklang gila-gilaan dari tempat-tempat yang jauhdan terpencil. Sebaik-baik sahaja tiba,para penunggang keletihan itu akan rebah di bawah kuda mereka. Tuan-tuan Inggeris mengharamkan minuman beralkohol, tetapi Hermalinda berjaya  mendapatkan cara menyuling arak haram yang menaikkan semangat dan merosakkan paru-paru tamunya. Arak itu juga digunakan untuk menyalakan pelita padfa waktu hiburan. Pertaruhan bermula pada waktu selepas minuman pusingan ketiga, yakni apabila orang-orang lelaki itu tidak mungkin lagi berupaya memfokus mata dan mempertajamkan kebolehan berjenaka pintar mereka.

Hermalinda telah memikirkan suatu rancangan untuuk mendapatkan keuntungan tanpa menipu sesiapa. Sebagai tambahan kepada daun terup dan buah dadu,orang-orang lelaki itu akan mencuba kepandaian mereka menangani berberapa permainan yang kemudiannya dirinya dijadikan hadiah. Yang kalah akan menyerahkan wangnya kepadanya, demikian juga yang menang, tetapi yang menang mutlak berulitan dengannya buat berberapa ketika, tanpa dalih atau persediaan awal- bukan kerana dia enggan tetapi kerana dia tidak mempunyai cukup masa untuk memberikan perhatian khusus kepada setiap orang. Si pemain dalam Bapa Ayam Buta menanggalkan seluar masing-masing tetapi jaket , topi, dan but diperbuat daripad akulit bebri diizinkan untuk menahan daripada angin dingin bersiulan menusuk renggang lantai. hermalinda mengikat-tutup mata mereka dan memulakan kejar-mengejar. Kadangkala oleh sebab terlalu kecoh dan bising dengan rengus dan tawa-hilai, ia menyerap ke ruang malang sehingga  ke luar pagar pepohon mawar ke telinga suami isteri Inggeris yang kelihatan tenang yangsedang menyisip teh Salon terakhir sebelum tidur, berpura-pura mereka tidak mendengar apa-apapun kecuali angin yang bertiup tak menentu di ruang pampas. Lelaki pertama berjaya menyentuh Hermalinda mengucapkan terima kasih kerana keberuntungannya sebaik-baik sahaja dia mendakapnya dan mengajukan bunyi kokokan ayam jantan. Permainan yang lagi satu dipanggil berbuai. Hermalinda akan dudk di atas sekeping papan yang digantungdi alang bumbung. Sambil ketawa pada pandangan lapar lelaki yang ada, dia akan membengkok lurus kan kakinyasupaya semua dapat melihat bahawa dia tidak memakai sebarang apa pun di bawah simisnya. Para pemain, berbaris tertib, cuma mempunyai satu peluang untuk memilikinya, dan sesiapa yang berjaya akan mendapati dirinya diapait  di antara dua paha si jelita itu, menyapu kaki si pemenang itu dengan libasan kencang simisnya, menusuknya sehingga ke tulang sumsumnya, dan mengangkatnya tinggi ke langit . Tiada siapa yang berjaya: kebanyakkannya terguling di atas lantai di tengah-tengah ejekan teman-teman mereka.

Seseorang itu mungkin hilang sebulan gajinya dalam tempoh lima belas minit dalam permainan Mulut Sang Kodok. Hermalinda akan membuat garisan dengan kapur di lantai empat langkah daripada garisan itu dilukiskan pula bulatan. Di dalam bulatan itulah dia akan melentang, dengan kedua-dua lutunya dibuka luas , dan terserlahlah kaki yang keemasan di bawah sinar pelita alkohol. Bulatan gelap ada di tengah-tengah tubuhnya dibiarkan terbuka bak buah terbelah, tak ubah seperti mulut kodok yang gembira, sementara suasana dalam bilik itu semakin berat dan hangat. Para pemain mengambil tempat di belakang garis kapur dan melempar duit syiling ke sasaranya . Sesetengah daripada mereka penembak sasar yang pakar , dengan tangan yang tetap mereka dapat menghentikan haiwan yang sedang panik berlari pantas dengan melemparkan dua dua biji bola di antara kakinya , tetapi Hermalinda ada caranya tersendiri untuk mengelaknya. Yakni dengan mengelongsorkan tubuhnya. mengeliang-geliutkannya supaya akhirnya duit syiling itu tidak menepati sasarannya. Duit yang berada dalam bulatan yang digariskan dengan kapur itu menjadi haknya. Jika secara kebetulan ada yang memasuki pintu syurga, tuannya akan memenangi harta diraja: dua jam bersamanya bersendirian di belakang tabir penuh ghairah , menunaikan kesenangan dan ciita-cita tentang kenikmatan syurga seloama terpadam dalam hati. Kata mereka, yakni lelaki yang pernah melaui dua jam yang tidak ternilai itu, bahawa Hermalinda mengetahui tentang rahsia cintapurba dan membawa seseorang lelaki itu ke ambang maut dan kemudian membawanya semula sebagai jelmaan seorang arif.

Sehingga hari datangnya seorang Asturia bernama Pablo, terlalu sedikit antara mereka yang berjaya memenangi dua jam yang tak ternilai itu, sungguh pun ramai juga yang pernah menikmati keseronokkan yang semacam itu- tetapi dengan separuh daripada gaji mereka, bukan dengan berberapa keping duit syiling . Kini Hermalinda sudah pun mengumpukan sedikit-sebanyak wang, tetapi tidak pula terlintas di fikirannya untuk kembali hidup cara biasa, malah dia berasa seronok pula dengan kerjayanya seperti sekarang dan berasa megah dengan keseronokkan yang diberikan kepada penggembala itu. Pablo ini kurus orangnya dengan tulang seperti tulang burung dan tangannya pula seperti tangan seorang anak kecil , sementara lahiriah fizikalnya bertentangan sangat dengan sifat penyabarnya. Sementara Hermalinda kelihatan mewah dan suka berjenaka, Pablo pula kelihatan seperti seekor ayam jantan yang perengus , tetapi jika ada orang yang berfikir mahu ketawa gembira dengan keadaan diri El Asturiano, pasti dia akan terjebak dengan salah faham. Orang asing yang kerdil ini akan menegang-cemas seperti seekor ular kapak sekali diprovok, bersedia mencambukkan sesiapa sahaja yang menentangnya, tetapi persengketaan begitu selalunya dapat dileraikan sebelum bermula kerana peraturan pertama Hermalinda adalah tiada siapa yang dibenarkan bergaduh di bawah bumbungnya. Sekali maruahnya termantap, Pablo akan berasa senang. Air mukanya menampakkan keazamannya , tetapi agak sugul; dia tidak banyak bercakap dan apabiula dia berbicara melahirkan asal usul eropahnya. dia telah meninggalkan sepanyol selangkah mendahului polis, dan hidup sehariannya bergantung pada kerja menyeludup barang gelap menerusi segenting-segentingsempit banjaran Andes. Diaterkenal kerana penyendiriyang perengus dan suka berkelahi yang dapat mencemuh cuaca, bebiri,dan orang Inggeris . Dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan mengaku tidak mencintai  dan terhutang budi kepada sesiapa pun, tetapi dia bukannya semakin muda  dan rasa kersendirian mula meyerapi tulangnya. Kadang-kadang sewaktu terjaga pada waktu subuh di atas bumi ais. berbungkus dalam jubah Castila hitamnya dan pelana kudanya sebagai bantal dan  setiap insi tubuhnya dirasakan menyengal. Sakit itu bukannya sakit kekejangan otot tetapi himpunan rasa duka dan pengabaian. Dia berasa letih hidup sebagai seekor serigala penyendiri, tetapi tidak pula terpisah daripada dibelai dan dipelihara. Dia ke selatan setelah mendengar khabar angin mengatakam bahawa di hujung dunia sana ada seorang wanita yang berupaya menukar arah tiupan angin, dan dia mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri. Jarak yang jauh dan risiko di perjalanan tidak sedikit pun melunturkan azamnya, dan apabila akhirnya dia menemui bar Hermalinda dan sudah hampir dapat menyentuh tubuhnya, dia dapat melihat betapa wanita ini ditempa daripada logam keras yang sama seperti dirinya, dan diamembuat keputusan bahawa setelah lama dalam perjalanan hidup ini pasti tidak bererti jika tidak bersama-samanya. Maka dia pun duduk di suatu sudut bilik untuk meneliti wanita itu dan mengira kemungkinan yang ada pada dirinya sendiri untuk memilikinya.

El Asturino mempunyai semangat kental ; malah selepas mereguk beberapa gelas arak Hermalinda, matanya masih terang. Dia enggan menanggalkan pakaiannya dalam permainan patrol  St Michael. atau Mandandirun-dirun-dan, atau apa-apa sahaja permainan yang didapatinya amat kebudak-budakan lakunya, tetapi pada lewat malam , apabila tiba waktu diumumkan pemenang – Sang Kodok- barulah dia melawan tekanan alkoholnya dan turut berkorus bersama-sama kaum lelaki di sekeliling bulatan kapur itu. Baginya, Hermalinda seayu dan sebuas seekor puma. Dia mersakan naluri pemburunya bersemangat sekali, dan rasa sakit keterasingan nya yang sukar didefinasi yang selama ini menyeksa dirinyasewaktu dalam kembara kini bertukar menjadi debaran penuh harapan. Dia melihat kaki Hermalinda tersarung di dalam but pendek, stokin bersulamnya tergulung sehingga di paras bawah lutut, tulang-tulang panjang dan otot-otot cegang pada kaki-kaki keeasan buih simis lengkapnya, Dan dia tahu bahawa dia kini mempunyai satu peluangcuma untuk menang. Maka dia pun mengambil tempatnya,menukuhkan kakinya di atas lantai dan berbuai ke belakang dan ke hadapan sehingga dia mendapat paksi sebenar dirinya; memaku Hermalinda dengan pandangan setajam pisau, memaksanya melupaan sahaja tipu helah ahli peliuk badannya. Atau bukan kerana itu , sebaliknya mungkin Hermalinda memilihnya antara yang lain-lain untuk meraikannya di sampingnya. pablo memandang kepadanya sekali imbas, menghela nafas panjang , dan setelah berberapa detik penumpuan yang bersungguh-sungguh, melemparkan duitnya ke dalam slot. Tepukan gemuruh dan siulan cemburu menyambut kehebatannya. Secara acuh tak acuh, si penyeludup itu menarik seluarnya, melangkah tiga tapak ke hadapan, memegang tangan Hermalinda dan merentap menyuruhnya berdiri, bersedia untuk membuktikan dua jam yang diperuntukkan baginya tentu tidak mencukupi buat Hermalinda. Dia hampir mengheretnya keluar bilik; sementara yang lain-lain di sekeliling terus minum dan memeriksa jam masing-masing sehingga waktu hadiah yang diperuntukkan itu sudah berlalu, tetapi tiada siiapa muncul, baik Hermalinda mahupun orang asing itu. Tiga jamberlalu, empat, seluruh malam; fajar pun menyinsing dan locengpun berbunyi menandakan waktu masuk kerja, dan masihjuga pintu itu tidak dibuka.

Pada waktu makan tengah hari barulah kekasih sejoli itu muncul. Pablo, tanpa melihat kepada sesiapa pun, sedah berada di luar untuk meletakkan pelana di atas kudanya, juga kuda untuk Hermalinda dan seekor baghal untuk membawa barang-barang mereka. Hermalinda memakai seluar dan jaket penunggang kuda dan sebuah beg kanvas penuh berisi duit syiling terikat pada pinggangnya. Jelas kelihatan pelahiran baru pada matanya dan desis kepuasan pada punggungnya yang tidak mudah dilupakan itu. Dengan wajah wajah serius, mereka mengikat barang-barang di atas belakang baghal, naik ke atas kuda masing-masing dan berlalu dari situ. Hermalinda membuat lambaian selamat tinggal yang tidak bermaya kepada para peminatnya yang kesepian, dan menyusur El Asturiano membelah dataran tandus tanpa melihat ke beklakang lagi. Dia tidak pulang lagi ke situ.

Kekecewaan yang diakibatkan oleh kepergian Hermalinda itu amat hebat diraskan. Untuk mengatasi rasa kecewa para pekerja di situ dan pihak pengurusan Penternak Bebiri, Bhd. mendirikan buaian, membelikan papan sasar untuk baling damak dan panah , dan disediakan juga seekor kodok yang amat besar dengan mulut ternganga, diperbuat daripada tembikar yang diimport dari London supaya para pengembala dapat memperbaiki kemahiran untuk melempar syiling , tetapi tidak dipedulikan oleh mereka, semua barang permainan itu berakhir di teres pengawas. Orang-orang Inggeris itulah kemudiannya akan bermain dengan alat-alat itu apabila malam menjelang untuk menghilangkan rasa bosan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: