Akal Merdeka – Averroes


Semacam ada Kondom yang tersarung pada akal fikiran.
Kelongsong getah lutsinar yang hanya sesuai untuk insan-insan bengap dan bernafsu rendah.
Namun bagi sesetengah yang lain, kondom itu hanya menjadikan otak mereka terpengap tak bernafas.
Lemas !!!

sekian lama memaksa jasmani mereka berguling-guling dalam tempurung gelap.
Sekian lama batin mereka disirami perasaan-perasaan traumatik dan paranoia.
Lemas lagi !!!

Namun semakin jauh mengenal akal fikiran, semakin jauh kita berani melangkah.
Semakin kita berani melangkah, semakin sedar bahawa dunia ini sangat luas.
Dan kita melangkah lagi,
semakin jauh …….
Semakin jauh hingga kita mula bertanya pada diri sendiri:

“Siapakah sebenarnya diri aku ini ?”
“Kenapa fikiran manusia di sekeliling sangat selaras dan seragam ? “
“Apakah fikiran kita ini cuma salinan , yang menghafal fikiran orang lain?”
“Di mana tersimpannya akal fikiran kita sendiri, yang tak terpengaruh langsung dengan fikiran-fikiran orang lain”
“bagaimana kalau semua manusia mempunyai akal merdeka ?”

Ya, AKAL MERDEKA.
Aku bukan yang pertama mempersoalkannya.
Di zaman Andalusia dahulu pernah ada satu manusia terhebat di kalangan umat islam yang berani telah mengajarkannya.
Dialah Ibnu Rusyd (averroes ) yang lahir pada 1126 tahun masihi.

Dengan cara yang sangat mengkagumkan, Ibnu Rusyd mengemukakan pendapatnya bahawa ‘intelligence’ yang menjadi asal kepada akal manusia itu sebahagian dari alam dan bersifat azali. Sebagaimana azalinya alam itu sendiri.
Berdasarkan itu, lalu dikemukan prinsip-prinsip.

AKAL MERDEKA – Averroes ( Ibnu Rusyd )

1) Akal akif yang dinamakan “aqlul fa’al” (active intellect), adalah sumber dari segala akal manusia.
Bersifat satu dan universal.

2) Akal manusia terdiri daripada akal aktif (rujuk di atas) dan akal kemungkinan “Aqlul fa’al” (receptive intellect) .
jika akal aktif adalah sumber, maka akal kemungkinan adalah akal yang berkuasa sehari-hari dalam hidup manusia.

3) Akal dan jiwa manusia adalah satu, bersifat universal dan abadi,
Jasmani manusia boleh meninggal, tetapi akal dan jiwanya tetap hidup.
Menjadi bebas dari jasmani yang kasar itu, menyatukan diri dengan akal aktif yang menjadi induk dan asalnya.
Pendirian ini dinamakan MONO PSYCHISM .

4) Akal manusia ada yang bersifat “fil’ il, iaitu permikiran praktis. dan ada yang bersifat “nazhariy”, iaitu pemikiran yang mendalam dan teoritis yang memandang segala sesuatu dengan ilmu pengetahuan.

5) Akal manusia adalah ratio, harus bebas dan berdiri di atas segala-galanya, sedang agama dengan wahyu tuhan adalah penyempurnaan bagi akal.

Kerana pendiriannya inilah maka Ibnu Rasyd dianggap sebagai “rasionalis’ yang pertama.
Yang telah membukakan zaman ’fikiran merdeka’ di Eropah.

Ketika itu, umat islam mengamalkan dasar tutup pintu.
Berdasarkan pemikiran Ulama besar Al Ghazali yang mengharamkan ilmu-ilmu pemikir dari Greek kerana didakwa terpesong dan sesat.

Hanya Ibnu Rusyd yang berani menentang.
Namun beliau tak mempunyai bala tentera besar di belakangnya.
Dia berseorangan dan hanya di sokong oleh murid-muridnya sahaja sebagai pengikut setia.

Biarpun perjuangannya nampak sulit dan sukar.
Pelbagai rintangan dilaluinya, sehingga di zaman-zaman penghujung perjuangannya dia telah dihukum atas dakwaan murtad.
Hanya kerana di dalam buku falsafah Greek yang diterjemahkannya ada disalinnya ayat-ayat berbunyi:
“Maka teranglah bahawa dewa zuhrah itu adalah seorang tuhan”
Para penzalim juga terus memutarbalikkan fakta mengatakan Ibnu Rusyd pernah menyangkal wujudnya kaum Ad yang pupus dilanda taufan. Dan dia patut dihukum kafir kerana menyangkal kitab suci Al-Quran.
Selain itu dia turut didakwa menghina khalifah dalam ungkapannya :
“Sesungguhnya saya pernah melihat haiwan itu menjadi peliharaan Raja Berber”
Padahal perkataan tersebut ditujukan pada orang lain , tapi disalahertikan kerana sebutannya hampir sama dalam bahasa Arab.

Akhirnya , Ibnu Rusyd dihukum buang negeri ke Lucienna , sebuah kawasan penempatan yahudi.
Buku-bukunya pula dibakar. Pengikutnya dibunuh.

Walaupun karyanya dalam bahasa Arab hampir pupus sama sekali, namun murid-muridnya yang terdiri dari bangsa Eropah dan Yahudi telah menterjemahkan buku-bukunya ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Dan buku-buku itu hanya tersebar di Eropah pada zaman gelap.

Nama Ibnu Rasyd adalah sangat asing dan tak terkenal di kalangan umat islam, namun dia sangat mashyur di Eropah ketika itu, akal merdeka yang diajarkannya itu telah membawa bangsa Eropah keluar dari kegelapan dan kemunduran.

Akal Merdeka yang dipelopori oleh Ibnu Rusyd merupakan warisan paling ampuh buat generasi-generasi Eropah khususnya.
Umat manusia umumnya mencapai ilmu pengetahuan dan teknologi yang tinggi seperti yang dilihat sekarang adalah kesinambungan dari apa yang diperjuangkan oleh beliau.

The School of Athens .. lukisan pelukis tersohor Raffael

Ibnu Rusyd ... salah seorang dari mereka ... bertapa dia telah diletakkan sebaris dengan pemikir2 teragung didalam gambar tersebut

Comments
One Response to “Akal Merdeka – Averroes”
  1. ZIZOU berkata:

    Perghh, terbaik bro. Teruskan menulis kerana lu mendapat beribu ganjaran kerana menyampaikan ilmu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: