Gipsi – Kaum Murahan Yang Hilang Pedoman


Sains tak dapat membuktikan yang setan itu baunya seperti belerang.
Tapi orang gipsi mampu menggabungkan sains dan setan sehingga terhasil bau temberang.

Berkurun lamanya kaum gipsi membakar
sampai rentung otak orang eropah dengan Kad Tarot
dan tilikan bebola kristal.

Terhalau dek Holocaust Nazi
maka bertempiaranlah mereka serata ceruk dunia.
Sebagai penyakit, golongan ini tak pernah membesar
tapi tak juga ada tanda mereka akan lenyap.

Gipsi tempatan sudah tak lagi mengamalkan budaya asalnya
iaitu tarian erotik dari romania.
Mereka juga tidak lagi terikat dengan kelompok penjelajah karavan
biarpun tetap mereka mengembara
ke serata ceruk dengan memperdagangkan dunia magis.

gypsy

gipsi sedang menipu anaknya mengenai kewujudan mesin pencetak awan yang didirikan datuk mereka di bratislava

Sewaktu kaum mengembara ini singgah di sesuatu tempat
Kaum Gipsi tak perlukan alatan moden seperti radar elektronik
untuk menilik paras kebodohan kaum setempat.
Cukup dengan jumlah tumpuan yang diterima
sewaktu membuat persembahan magis murahan di pasar malam.

Aku cuba elakkan diri daripada golongan ini.
Aku tak mahu jeling pun kalau boleh.
Mereka terlalu serius dalam kerjaya mereka sebagai pelawak jenaka.

Aku tak tahu kaitan antara mat rempit dengan ilmu kebatinan
Tapi, seorang kawan dari jenis pelesit jalanan
tercegat menyaksikan gelagat golongan gipsi ini menjual ubat.
Penuh penghayatan.

Aku terpaksa tunggu dia.
Gipsi adalah golongan berhati kering.
mereka mahu membuat aksi paling mendebarkan
dalam sejarah pasar malam tempatan.

Seorang remaja lelaki dibungkus ke dalam guni
dan akan dirubahnya menjadi seorang perempuan.

Aku tahan gelak.
Sekiranya dia benar, dia mampu menjadi
seorang jutawan dengan penemuan agungnya.

Menukar gender seseorang tanpa membuat pembedahan transeksual
adalah impian paling indah buat kupu-kupu Chow Kit.

Aku melihatnya sebagai wabak yang semakin merebak.
Semakin ramai orang yang mendekat .

Sementara menunggu proses transeksual berlaku.
Gipsi akan buat silap mata yang bodoh lagi menjengkelkan.


 Dia yakinkan para idot penonton akan kemampuannya membersihkan jantung perokok tegar .

Dipatahkan sebatang rokok dan tembakaunya ditabur ke dalam air putih.
Larutan air tembakau jadi seperti air teh itu mampu di jernihkan semula
bila dia menuangkan segelas air yang didakwanya ubat pembersih paru-paru.

Part ni aku tak tahan. Aku terlepas gelak.
Lantaklah dia dengar. Memang lawak.
Aku tak faham macam mana orang lain boleh masih terpaku dengan
jenaka yang semacam itu.

Kawan rempit ajak aku balik. Dia kata aku buat malu.
Gelakkan gipsi paling idiot pernah aku tengok sepanjang hayat.
Buat apa nak malu.

Mereka semua dah hilang pedoman agaknya.
Aku pernah tengok dalam iklan DD seven.
Takkan mereka semua tak pernah.

Adakah mereka duduk dalam gua sepanjang dekad 80an ?
kalau tak silap klorox pun boleh jernihkan air semula.
(Pernah dengar tapi tak pernah try.
Aku tak suka klorox nanti pudar
baju band2 punkrock aku )

Aku pernah jumpa Gipsi yang jauh lebih hebat
menduga pemikiran mantik aku.
Tapi yang ini layaknya cuma buat silap mata dengan
kaum keluarga di belakang rumah sambil
menjamah hidangan barbecue.

Kami pun berlalu meninggalkan
Gipsi dari kasta yang paling hina mertabatnya itu bersama
penonton-penontonnya yang tak pernah tahu kewujudan
website bernama youtube.

Menurut seorang kawan yang pernah juga menonton
pertunjukkan pantomin gipsi .
Budak lelaki itu tak bertukar menjadi perempuan.
Kerana terlalu lama menunggu penonton akan beransur
meninggalkan mereka.
itulah trick mereka.

Cuma aku hairan
Minggu depan mereka akan datang semula.
Pertunjukkan yang sama juga.
Masih tetap ada penonton.

Begitulah minggu seterusnya.
Sampai masa aku tulis ini pun dia masih lagi
menjengukkan mukanya yang hina itu
membuat sarkis.

Comments
2 Responses to “Gipsi – Kaum Murahan Yang Hilang Pedoman”
  1. adiospunk berkata:

    gipsi chow kit lagi gempak
    diorang boleh letak bongkah batu sebesar baldi kat atas muncung botol coca-cola …
    pun ramai orang tengok.. bongok

    padahal teknologi pembuat botol Coca-cola tu lah yg gempak.
    bukan si penjual ubat.

  2. fakyew berkata:

    Gipsi-magis-karut-karutan, champion bongok di pasar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: