Ritual menurun nombor – Antara magis , sihir dan iblis
Aku dari jenis orang yang tak akan percaya dengan apa yang aku dengar.
Dan aku juga cuba untuk tak percaya apa yang aku lihat.
Tapi kadang-kadang pemikiran logikal aku tergugat juga.
Cuba mencari alasan saintifik.
Tapi kekal tak mendapat jawapan yang aku inginkan.

bagaimana iblis nak menilik masa depan aku kalau Iblis sendiri adalah makhluk yang tak punya masa depan.
Lumrah kehidupan.
Untuk mencari guru kena pergi ke sekolah.
Untuk mencari polis kena pergi ke balai polis.
Untuk mencari pemabuk kena cari di kedai setan and tonik.
Dan untuk mencari penjudi tempelan macam aku
mestilah cari di kedai nombor ekor.
Bergaul dengan penjudi-penjudi handalan memang
boleh mengembangkan bakat.
Mereka ada pelbagai tips.
Mereka boleh baca kod pada tiket.
Mereka ada bantuan sifir metamatik.
Ada juga yang ikut aliran paranormal.
Ada yang minta nombor dari tok sami Buddha.
Kawan serumah aku masa di Johor dulu sembahyang di tokong cina.
Tapi tak thrill , Takde nampak puaka.
Aku tak ikut. Diorang sendiri yang cerita.
Tapi kaedah yang paling terkenal mestilah
menggunakan khidmat bomoh.
Menurun nombor.
Mendapatkan digital-digital dari alam angker. Mengarut.
Dari pengalaman yang diceritakan penjudi angker memang dah biasa didengar.
Menyeru penunggu kubur keramat,
Menyeru penunggu kuil.
Mengasap harta pusaka.
Berberapa tahun lepas ada tok bomoh nombor ekor menyewa
rumah setaman dengan aku.
Setiap kali ada race, maka malam sebelumnya
akan penuhlah orang dari kampung luar di tempat menunggu angka giliran.
Penuh semangat kesukanan.
Penuh harapan.
Biasanya bila selesai tok bomoh akan minum teh.
Lama-kelamaan tok bomoh jadi kamcing dengan kami.
Tok bomoh siap offer , kalau ada barang pusaka bawalah
biar dia tilik.
Tak payah charge. Free.
Tok bomoh membuat offer yang salah di tempat yang salah.
Hampir semua orang di tempat aku adalah kaki judi.
Tak kira punkrock , budak rempit ataupun budak sport.
Maka keesokkannya ramailah yang menyelongkar stor rumah masing-masing.
Dan keluarlah senjata-senjata purba malam keesokannya.
Kerambit, parang, pedang , keris dan segala-galanya.
Mulanya aku tak campur.
Aku tak suka benda tahyul ni.
Tapi bila seorang mat rempit dapat 1st prize hasil nombor keris pusaka
datuknya yang juga seorang guru silat, semakin giat budak-budak kampung mencari bahan.
Aku juga mula rasa nak ambil tahu.
Betul ke ada kuasa misterius satanik?
Hasil dari pencarian aku, dapatlah tombak bugis pusaka nenek aku.
Itupun aku pinjam dari bapa saudara aku.
Aku bawak jumpa tok bomoh. Memang saja aku tunggu malam jumaat.
Sebab hari sabtu esoknya boleh beli terus nombornya.
Dia suruh aku bersila mengadap dia.
Dia nyalakan 3 batang setanggi. Seluruh rumah mula berbau macam kuil hindu.
Diasapnya tombak pusaka .
Dibalik-balikkannya. Kedepan ke belakang.
Mulut tok bomoh kumat-kamit membaca mentera.
Tak jelas bacaannya
Tak ada bunyi bahasa Arab
kedengarannya macam mentera purba yang
yang lebih berbelit daripada tulisan dalam bahasa sanskrit.
Dan pertama kali dalam sejarah
Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.
Timbul nombor pada tombak tu.
Tak ubah macam pahatan nombor siri pada body motor.
Tersusun mengikut ukuran tepat.
Aku jadi keliru.
Betul ke apa yang aku nampak.
Iblis jenis apa yang reti memahat ni.
Tok bomoh capai pensil dan kertas lalu mencatat nombor yang kelihatan.
Aku masih terpaku, terpukau.
Dibungkusnya tombak dengan kain.
“Bawak balik tapi jangan dibuka balutan kain.”
Tok Bomoh berpesan.
Aku cuma anggukkan kepala tanda aku faham pesanan dia.
“Jangan cakap pada orang lain nombornya .Ikut 3 kali race. Tapi beli lebih kat pintu Sport Toto”
Aku anggukkan lagi kepala.Aku hilang kata-kata. Aku terlihat sesuatu yang magis.
kalau ikutkan hati malam tu jugak aku nak ketuk pintu kedai 4D.
Aku nak beli nombor.
Esoknya aku begitu bersemangat membeli nombor.
Aku sorok nombor jangan kasi orang lain nampak.
Aku bayar tiket tu penuh harapan.
Aku dah kira hasil keuntungan.
Tapi result malam itu sangat mengecewakan.
Tak ada nambor berpusing.
Senang cerita tak ada langsung rupa nombor aku pada mapiau.
Aku tak berputus asa.
3 kali race kata tok bomoh.
Tapi tak ada juga keluar walaupun aku tak pernah miss membelinya.
Aku menyumpah kepada iblis yang keluarkan nombor tu.
Iblis pemalas.
Kalau setakat reti pahat nombor pada besi baik dia pergi kerja kilang keluli.
Berhentilah jadi iblis.
Aku cuba lagi.
Kali ini aku tumpang seorang kawan.
Dia nak bawak seekor kura-kura berjumpa tok bomoh.
Aku nak tengok lagi kuasa magis tok bomoh ni.
Dia betul-betul sama handal dengan David Blaine.
Setiap operasi yang sama dibuat oleh tok bomoh kepada kura-kura malang tu.
Kura-kura tu dah mengelupur , tak tahan dengan bau setanggi.
Tapi aku kecewa tak ada nombor yang timbul pada kura-kura tu.
Dicari pula menggunakan kanta mikroskop.
Bila tok bomoh menunjukkan nombor yang kononnya dijumpai atas kura-kura aku jadi kecewa.
Ditunjukkan urat-urat kedut tua pada kulit si kura-kura.
Padahal tak nampak pun membentuk seperti angka.
Seperti dulu juga.
Dicatatkan nombor dan diberi pesanan yang sama.
Aku malas beli nombor tu.
Aku dah hilang kepercayaan.
Iblis cuma tahu memahat pada barangan logam tapi tak mampu melawan egois seekor kura-kura.
Dan keesokkannya mapiau keluar macam biasa.
Nombor kura-kura straight tak ada pusing-pusing naik podium 3rd prize.
Aku bertambah kecewa.
Bodoh punya iblis.
Kura-kura pun bodoh.
Malas aku nak layan.
Kalau bukan rezeki tu tak payah diminta pada setan iblis.
Iblis pun tak tau apa nasib dia nanti.
Aku dah tak mahu campur ritual jenis ni. Buang masa.
Tapi aku tak puas hati.
Macam mana boleh timbul nombor pada tombak tu.
Aku cari alasan saintifik.
Aku redah wiki.
Tak jumpa.
Aneh sepatutnya semua benda ada ditulis dalam internet dan teknologi.
Sihir?
Magik?
Dah dikasi duit 300 ringgit untuk beli ayam cemani, tapi diminta lagi tambah 1000 ringgit lagi mau beli kambing,sudah dikasi duit mau tambah lagi duit sampai 4000 mau beli lembu buat tumbal cilaka punya Datok guru besar asrulla orang jawa babi anjing tipu sama aku
saya ada satu formula 4d,whatsapp sya 01125057164
tlng ajar sya
saya perlukan duit sekarang untuk bayar hutang…berilah saya nomer 4d toto malaysia..
Tolong bagi tuah nombor ekor.please
👉 *Siapa kata main judi tk blih kaya??* Siapa kata tokeh judi sentiasa menang??
Saya selalu menang dlm berjudi..tetapi tokeh judi tk prnah bankrup krn dia bayar nombor yg saya selalu menang dgn duit dri mrk2 yg sentiasa kalah..
Ada cara nk menang!!!
Marilah menang judi nombor bersama saya..
*Whatsapp shj 013 655 7 445*
Tolong bgi sy nombor 4d satu.. Sy prlukn duit sgt².. Sy ni org ssah
Ni aku bagi bagus punya hari ni bertarikh 18.07.2015 mesti paw mkts 3627
Baqu2 ni dapat 90ribu tequih p jepun. .4095 1price….duet dapat.buqet jepun pon dapat:-P lawaih elok
hahaha sport toto pun sama…taukeh juge yg makin kaya…kita juge yang papa kedana
terbaek bro…jgn lupa lebihkan di pintu TOTO…Tembak Olang Tipu Olang
brape no tue,,meh aku try tikam pulak,mmg ko ni tak blh berjudi kot….
mmg babi la bomoh tuh……baek ko cai sindri lg bagos la…hahahahahahahahahah….
4 nombor sekaligus
macam teknik CGI … memang real
tu yang aku tergugat tu
memang tombak tu takde nombor
lepas 3 race aku bukak memang takde nombor.
magik ni tahap david blaine punye
Huih? Nombor keluar kat tombak tu satu satu ke sekaligus ? ada lebih kurang macam teknik CGI ? Teruja betul. Lepas bawa balik dan buka kain balutan masih nombor tu ada lagi kat tombak tu atau hilang macam tu je ?
Aku rasa mesti ada alasan saintifik. bomoh tu buat silap mata agaknya. Kalau tak mesti dia dah request duit sejuta dari james randi.