Bau macam tin spirit – Kurt Cobain


Kurt Cobain            

Kurt Cobain kepada aku adalah seperti Syam Tabriz kepada Jalaludin Rumi

“Sebelum Kurt Cobain muncul, bumi hanyalah sebuah planet murung yang  sarat dengan kebosanan”.

Aku tak akan tarik balik kata-kata aku, titik.

Ya, budak-budak underground tak sukakan punk-rockstar yang menyundal di MTV. Tapi aku harus jujur dalam melukis pengembaraan aku dalam dunia rock yang pernah aku lalui.

“Datanglah sebagai diri sendiri” kata kurt Cobain dalam bahasa Melayu. Tapi aku cuma faham bahasa Inggerisnya “Come as you are”.

Kalau Rock n’ Roll  itu adalah bidang pendidikan, maka guru besar aku adalah Kurt Cobain sendiri. Guru disiplin aku adalah Propagandhi. Guru kelas kesayangan aku adalah NoFX, ketua kelas aku adalah Lagwagon  Dan murid bodoh yang selalu jadi mangsa Buli aku adalah Cikgu Gurmit Singh yang pernah libas bontot aku sebab kantoi hisap rokok.  Bedebah kau !!

Aku tak fikir ada manusia yang mampu mengubah dunia, tapi aku saksikan sendiri bagaimana Nirvana mengubah persada muzik hiburan antarabangsa.

Memang dunia Rock dilanda bencana gempa bumi. Kurt Cobainlah puncanya, dia telah memperlekehkan solo teknikal gitaris era Glam Rock  sehingga kelihatan kuno dan ketinggalan zaman. Dia memperkenalkan simple chords dan mengajak seluruh dunia bermain gitar bersamanya. Begitulah caranya dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang idola.

 

cobain-kurt-kurt-cobain-4100184_1_

Kurt membuktikan takdir kematian perokok bukan kerana penyakit paru-paru

Nirvana tersenarai sebagai antara pemuzik yang berjaya mengubah dunia hiburan setaraf the Beatles, Bob Marley dan Michael Jackson. Aku memang  setuju. Dengar sendiri muzik 80an sebelum Nirvana dan bandingkan dengan muzik 90an selepas demam Nirvana.

Petikan solo maut sudah berlalu menjadi sejarah. Terbuka pula laluan baru buat pemuzik-pemuzik  alternatif dan underground, yang bermain muzik secara simple. Lihatlah muzik Punk, Indie, Grunge, Hardcore, Rock  semuanya adalah resipi muzik Nirvana. kosongkan minda, pasti kamu dapat terhidu bunyinya didalam muzik Nirvana.

Ada satu ruangan kecil dalam keratan akhbar, berita kematian Kurt Cobain.Aku ingat akan hari tu. Pencinta Nirvana jadi tak tentu arah. Salinan fotostat sijil kematian Kurt Cobain mula tersebar. Turut sampai ke Malaysia.

2-3 tahun selepas Kurt cobain mangkat, lagu-lagu Nirvana mula semakin jemu kerana tiada lagu baru. Masalahnya tiada satu pun  band Grunge Seattle yang sesuai dengan halwa telinga aku. Bukan juga Eddie Vadder, sorry untuk peminat fanatik dia.  

Aku tanya seorang kawan , apa band bagus nak dengar sebab dia juga seorang  pengamal budaya Nirvana. Dia kata “Oasis, weezer, Ash dan Blur pun ok juga”.

Cis ! Satu cubaan jahat untuk meng-Indie-kan aku.  Aku try , tapi kira okay je. Terlalu kosong, tiada jiwa memberontak dalam muzik mereka. Kecuali Radiohead.

Dalam banyak-banyak lagu yang aku pernah dengar, cuma Lagwagon yang menyambung semangat rebel dalam lagu smells like teen spirit. Aku cari lagi sehingga  ke akarnya, dan jawapan yang aku aku dapat  adalah muzik punk rock. 

Anehnya, tak pernah pulak aku mengaku yang aku ini seorang Grunge walaupun masa arwah Kurt Cobain masih hidup.  Tapi aku dapat rasakan muzik punk rock itu semacam  diciptakan untuk aku. Aku claim diri aku sebagai Punk Rock. 

Dari komposisi lagu yang simple dan catchy, sehinggalah ke kreativiti penulisan lirik mereka yang ada unsur satira,  berlawak jenaka, bermesej, politikal, radikal, cinta, kebebasan, carutan dan  segala-galanya.Aku memang sukakan semuanya tentang Punk Rock.

Tapi sebelum aku kenal Punk rock aku terpaksa sedar pintu pertama yang aku ketuk dan kemudiannya aku masuk. 

Terima kasih Kurt Cobain kerana mengajar aku mendengar muzik bising dan memahami kekacauan dalam jiwa generasi X. 

Oh , yeah !! Kurt Cobain juga dianggap band ikon mewakili generasi X.

 

* In case -kalau tak tahu, generasi X adalah mereka yang lahir  selepas tamat perang dunia ke-2 hingga ke zaman teknologi IT. Bagi generasi yang hidup selepas era internet dan komputer pula di gelar Generasi Y. lepas tu pulak tak tahulah, generasi Z kot? generasi terakhir manusia, hehehe

thum-tribute-to-kurt-cobain

Comments
12 Responses to “Bau macam tin spirit – Kurt Cobain”
  1. koboi berkata:

    minum arak kena batu karang?? tu kena tanya fakyew. dia lebih mengetahui…..

  2. adiospunk berkata:

    ye lah
    mentaliti kita je sebenarnya.

    kalau isap dadah tu memang aku percaya boleh meninggal. melihat sendiri kawan-kawan aku mati muda.

    tu pasal aku tak isap dadah.
    Hidup paranoid, tak kool.

    Cuma aku tak tahu, minum arak boleh kena batu karang ke?

  3. koboi berkata:

    aku tak takut sangat nak merokok ni, sebab walau pun ramai dikatakan mati sebab kanser paru2, cuma sebahagian je yang memang merokok. lagipun, orang mati eksiden lagi ramai dari yang mati sebab rokok ni. 2-2 arwah atuk aku perokok peringkat hokage. memang tahap brutal punya. tak de apa2 pun. mati sebab sakit tua je. tu pun menjangkau umur 80 tahun. dan satu lagi sebab kenapa aku suka merokok (selain memang sedap)adalah: aku senang mendapat kawan dengan cara sebegini.

  4. adiospunk berkata:

    Jom hisap, hehehe

    aku baca pasal psikologi.
    setengah org takut hisap rokok sebab pengaruh iklan, sesetengah lagi sebab takut sakit, habis duit,mak marah dan apa-apa lagi ntah

    dan bagi perokok pulak fikir, kalau hisap rokok boleh nampak kool, nampak dewasa, lelaki macho.

    tapi antara banyak alasan perokok tu, yang paling sama dengan fikiran aku .
    ‘kalau hisap rokok pun akhirnya mati jugak. ‘

    mungkin sebab terpengaruh tengok Atuk aku hisap rokok dari muda, tapi akhirnya meninggal sakit tua.

  5. koboi berkata:

    “Kurt membuktikan takdir kematian perokok bukan kerana penyakit paru-paru”
    -kata-kata yang cukup bermakna. hahaha jom isap rokok.

  6. adiospunk berkata:

    fakyew-
    malas layan , otak dan komen kau yang ‘BUSUK’ tu

    aedie-
    Cool !! memang ramai yang terkena impak. ‘come as you are’ memang kick !!

  7. aedie berkata:

    antara perkara 2 yang memberi impak dalam hidup aku adalah Nirvana…(intro come as you are) bergema di dalam kotak fikiran aku…

  8. fakyew berkata:

    dua orang grungy sedang bercium

  9. adiospunk berkata:

    kekeke

    serius –
    aku tak ingat umur aku sendiri.
    malas kira. biar konfius.
    Terpaksa tipu otak sendiri supaya rasa muda selalu.

  10. matjai berkata:

    Umur memang satu penjenayah yang cukup kuat dan selalu menyusahkan orang. Mampukah kuasa umur kalahkan jiwa punkrock ?

    “Oh yeah!!!??
    Tidaakk!!!”
    *Sebut macam lagu ‘masberto’. haha

  11. adiospunk berkata:

    hehehe yep , jai
    kurt cobain memang cool… perintis.
    setiap kali aku nak hampir ngan hari jadi, memang aku ingat kat dia.
    sebab aku ukur umur aku dengan dia.

    dulu masa gilakan Kurt Cobain, aku ingat sampai umur 27 je aku nak layan rock. sebab mengikut umur Kurt Cobain. skarang dah terlajak dah .. hmm sikit…. sikit ke? banyak dah kot? ntah !!

  12. matjai berkata:

    hui! hidup adi!

    Kurt cobain bertanggungjawab menghasut aku supaya tidak dengar lagu-lagu rock kapak satu ketika dulu waktu kanak-kanak. Sebab tu sampai sekarang aku tak pro main gitar. haha.

    Sebab kurt cobain juga aku namakan satu-satu kenderaan aku, motosikal grungy! ekeke! motosikal tak berlampu dan dipenuhi minyak hitam pada rim dan cukup semput.
    “I’m too busy acting like I’m not Naive. I’ve seen it all, I was here first. -kurt cobain”
    Mungkin aku patut basuh motor aku esok.

    “Oasis, weezer, Ash dan Blur..” Pada pendengaran aku. lama kelamaan muzik mereka jadi bosan di telinga aku. Tapi tidak radiohead, mudhoney. Mungkin betul cakap kau muzik yang tiada elemen memberontak didalamnya sangat membosankan.

    Woh! panjangnya komen! haha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: