Sebelum takdir mencipta Punk, Ia telah pun mencipta Poser
Dunia tak pernah berubah, sebaliknya manusia sendirilah yang berubah. Dunia cuma berputar seperti biasa pada paksinya.
Umur 13 hingga 15 adalah saat paling sesuai untuk berkenalan dengan perubahan.
Dunia fesyen.
Ianya adalah satu permainan yang kamu tak akan menang. Permainannya mudah. Sama ada kamu dipoyokan oleh trend ataupun kamu jadi poyo sebab tak ikut trend.
Aku pernah ada seluar GQ. Semua orang pakai style GQ maka aku terpaksa tempah satu. Kemas dan kacak. Aku tak tahu muzik apa yang mereka dengar, mungkin lagu Fiona. Seawal tingkatan satu, aku sudah tergolong di kalangan remaja kool.
Nasib baik juga ada Otak-Kapasiti-Rendah dengan entri ni. Tu yang aku teringat pada zaman kebangkitan GQ tu. Jadi tak payah aku cerita secara detail tentang gambaran seluar dan zaman peralihan trend dari GQ ke seluar boot-cut.
Masa tingkatan dua, aku pakai seluar boot-cut, kasut penguin dan pakai baju Sodom warna hitam.
Zaman Trash. terpaksa tiru Cromok dan FTG. Baru nampak ganas. Rambut pendek tak apa. Janji seluar Boot-cut.
Walaupun aku pakai baju Sodom, tapi sebenarnya aku tak suka pun lagu SODOM. Diorang menyanyi lagu bising, lepas tu suara vokalisnya macam suara kambing.
Aku senang lagi dengar lagu melayu je. Xpdc dan Search. Aku syak , band melayu yang dua ni Trash jugak. Lantak la. Janji seluar Boot-cut.
Tapi aku tak mahu ketinggalan zaman. First time masa aku beli baju tu, aku ingatkan nama band tu SOFOM sebab tulisan macam tu. Kalau aku tau ejaannya sodom dengan maksudnya dalam kamus, mungkin aku tak beli baju tu .

Kugiran SoFom
Aku terlalu naif. Lagi baik aku beli baju Incubus (yang trash punye, bukan yang MTV tu). Gempak juga design baju tu. Gambar kubur terbang. Tapi kawan aku kata suara vokalis tu macam suara katak. Terpengaruh dengan kata kawan aku tu. Aku beli sehelai baju SoFom. Err, maksudnya band Sodom.
Masa tu aku tak reti main gitar. Aku tengok diorang main lagu Metallica. Bila aku mintak tolong ajar, diorang setakat ajar lagu Misteri Mimpi Syakilla je. Macam mana aku nak layan Trash. Aku pakai seluar Boot-cut beb~ apa kelas layan lagu jiwang ni.
Menyedari betapa aku kelihatan terlalu kool dan tak sesuai dengan lagu meleleh, baru diorang ajar aku main lagu Pilgrims. Senang aje. Lagu 3 jurus. Aku mati-mati ingat lagu Trash sebab sama je bisingnya. maklumlah telinga budak yang selalu dengar lagu melayu je.
Lama aku main, baru diorang cakap Pilgrims tu kugiran Punk. Pelik aku. Setahu aku Punk tu dari jenis yang rambut terpacak. Baru aku tahu kalau tak pacak pun boleh Punk jugak.
Daripada aku layan Trash yang main gitar susah nak mampus, baik aku layan Punk. Lagi Kool . Aku try Nirvana, Sex Pistols, Carburator Dung, The Bollocks. Tapi bising sikit.
Bila aku layan Punk rock dari NoFX , Rancid dan The Offsprings, baru aku rasa tak serabut lagi. Susunan muzik yang teratur dan macam profesional.
Bila dah kenal, baru aku faham.Ternyata Punk bukan hanya fesyen rambut tercacak. Punk adalah permulaan untuk aku dengar lagu bising.
Selepas dengar lagu-lagu Punk baru aku berjaya memahami muzik keras Trash Metal dan Heavy Metal. Kehebatan sodom bukan terletak pada vokalnya, tetapi pada riff dan solo maksima dalam gubahan muziknya.
Tapi aku tetap layan Punk Rock, biarpun Blink 182 tak sehebat Sodom, dan Greenday adalah idola budak-budak sekolah.
Aku mahu kekal Punk-Rock.
Dah aku ceritakan semuanya zaman prasejarah aku. Lepas ini, sesiapa pun jangan tanya macam mana aku boleh jadi seorang Punk.
Jujurlah pada diri sendiri, semua Punk bermula dari seorang poser.
huahahahahahaha smuanya di bodohi oleh tren…….. hihihihi
haa… tu laa.
skrg nih dah meriah.
koy nak tunggu mayhem ngan rusak mental plak masuk radio.
hahaha.
zaman sekarang dah lain,
awal 90 an dulu, deep purple ngan scorpions je lepas masuk radio,
nirvana, metallica pun sakit.
heh.
baru tengahari tadi koy dengar lagu reigning blood – slayer kat radio. ada pulak mamat metal mana yang request lagu tu.
kau memang suka lagu hantu polong.
Sorry brader…
sodom gua stakat dengar2 camtu je.
satu dua lagu je yg gua layan.
gua minat slayer je.
hahahaha.
koboi-
Ini sejarah aku la.sejarah subkultur jalanan zaman aku, huhuhu.
Dude-
Sodom tu kan band pujaan kamu.
banyak main pulak.
Sodom? Sofom?
Apsal semenjak dua menjak ni..
entri aok ada kena mengena dengan kisah cinta terlarang aok bersama fakyew?
macam belajar sejarah pulak aku rasa. hehehe