Aku benci review filem Serbia


Bukan susah mencari filem dengan bantuan internet. Berlambak dan boleh dimuat turun.
Pengusaha filem melayu tak payah takut, aku tak laparkan filem-filem kamu.
Bukan juga pengusaha filem-filem Bollywood dan empayar perfileman Hollywood ?
Rasanya, mereka juga akan terselamat selagi filem mereka tak membabitkan Monica Bellucci.

Yang aku lapar adalah filem yang tak pernah-pernah sampai ke malaysia. Filem asing.

 

imagesLepa sela lepo gore (1996)

Dapat review 10 bintang dalam ImdB.com. Cerita tentang Perang Bosnia. Memang aku teruja sangat.

Tapi tahukah apa risikonya memuat-turun filem macam ni? Tak syak lagi. Aku terdownload filem paling bodoh pernah aku tengok dalam dunia. Kualiti lakonan dan set penggambaran tahap yang lebih hina dari  drama swasta kat Malaysia.

Jalan cerita pula lebih biadap dan tak ada otak.

Lepa sela lepo gore (1996) adalah sebuah filem dakyah di mana  askar-askar berbangsa Serbia mempertahankan negara dari pejuang Islam yang jahat, suka merogol wanita Serbia dan membunuh ibu-ibu tua bangsa Serbia.

WTF !! Semua surat khabar dalam dunia ada gambar warga Islam Bosnia disiksa, dirogol,dibunuh kejam. Pembersihan etnik.

Selamba je buat filem yang faktanya terbalik.

Bila aku check balik , apasal dapat 10 bintang , rupanya tukang review kat Imdb tu seorang nasionalis berbangsa  Serbia.

 

Bullshit !!!

Comments
8 Responses to “Aku benci review filem Serbia”
  1. adiospunk berkata:

    apa-apa je la

    tapi crite tu memang bodoh betul

  2. Dude berkata:

    Lepa sela lepo gore (1996) adalah sebuah filem dakyah di mana askar-askar berbangsa Serbia mempertahankan negara dari pejuang Islam yang jahat, suka merogol wanita Serbia dan membunuh ibu-ibu tua bangsa Serbia. <—– dah jelas propaganda nasionalis.

  3. aedie berkata:

    itu dah jadi sembelit bukan sembilu lagi..haru2…

  4. adiospunk berkata:

    bukan filem nasionalis , tapi cerita perang.

    tukang review tu yang nasionalis. sampai cerita tak ada kualiti pun kasi 10*.

  5. Dude berkata:

    Laaa…
    filem nasionalis rupanyer.

  6. adiospunk berkata:

    tertipu aku.
    rugi masa.

    sekarang baru siap cerita LEMON TREE.

    cerita pasal seorang janda berbangsa palestin . cuba mempertahankan ladang LEMON dari dibeli oleh seorang kapitalis berbangsa yahudi.

    7* kat imdb.
    nanti aku try malam kang.

    tapi rasenya macam cerita cintan.
    kalau janda tu bercinta je dengan org kapitalis ,
    mesti jenis cerita cinta tipikal.

  7. aedie berkata:

    patut la dapat 10* celaka tul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: