kicauan kelelawar malam


Aku tak pandai nak mereview muzik, jadi kalau ada orang bertanya,  muziknya band Kelelawar Malam tu macam mana?
maka akan kujawab seperti ini  :
“Seperti The Misfits tapi bukan 100% The Misfits,
mereka membawa elemen horror dalam muzik punk, tapi masih 100% bunyi Indonesia”

Dan andainya mereka bertanya lagi , “The Misfits itu apa?”

Baiklah, kamu sedar , ini memang masalah. Bukan mudah untuk memberi gambaran bunyi melalui ungkapan kata-kata. Apalagi setepat-tepatnya.

Selamatkan waktu usia hayatmu yang berharga dan cuba elakkan dari memberi gambaran tentang The Misfits. Cukup berpaut pada akar persoalan asal, mengandaikan muzik Kelelawar malam itu sesuai dengan ukuran paras IQ orang  yang bertanya.

“‘Cuba kau bayangkan zombie-zombie dari ‘The Dead man walking’   menubuhkan kumpulan punk 80an , dan menyanyikan lagu tentang malam jumat kliwon dan tentang Suzanna, aktress filem horror yg bertaraf lagenda itu. Maka begitulah muzik kelelawar malam.”

Andai jawapan kamu itu masih mengundang soalan susulan…yang mungkin berbunyi:

“Suzanna itu siapa?” atau “zombie-zombie menyanyi itu bagaimana bunyinya , ya?”
atau lebih ekstrem “the dead man walking itu kedengarannya sangat black metal”

Maka terima saja hakikat, muzik harus menjauhi manusia dari golongan seperti ini.
Begitu juga kamu.
OK , aku tau, aku memang tukang review yang teruk.
Makanya…. Kenapa tak layari saja youtube , dengar sendiri dan beri komentar sendiri.
Bukankah kita harus belajar memanfaatkan teknologi🙂

Cari sendiri di FB, atau follow alamat tumblr mereka ini
http://kelelawarmalam.tumblr.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: