Khasiat-khasiat Kebebasan Akademik


 

Pertama, kebebasan akademik yang diperjuangkan mahasiswa yang huru hara kebelakangan ini tak ada kaitan dengan kes sensasi  mahasiswa 17A di oversea.

Dan kedua, perbincangan tentang kebebasan akademik sebenarnya tak ada kaitan pun dengan punkrock kerana secara tradisionalnya punk lebih suka membenci sekolah.
Tapi melihat aksi gerombolan mahasiswa ni,  nampaknya mereka  jauh lebih chaos dari golongan punk sendiri.

Sejauh mana pun kita cuba menghindari politik, kita tak pernah berada jauh darinya.
malah hidup kita sendiri, masih ditadbir sepenuhnya di bawah pengawasan mereka.

Apa kaitannya Auku dengan aku? Sedangkan aku bukan mahasiswa.
Memang tak ada kaitan sangat sebenarnya, kecuali tindakan fasis di depan pagar UPSI, sebab aku berhak mengecam tindakan fasis seperti itu atas nama Kemanusiaan.

Kali pertama aku dengar perkataan AUKU pun dari dalam sebuah zine punk fotostat sekitar 10 tahun dulu. Tak ingat zine apa, mungkin ditulis oleh seorang mahasiswa yang juga seorang punk pada masa itu . Disebabkan takde kaitan dengan aku peribadi, maka aku langkau mukasurat tu.

Tapi sejak drama sensasi perang youtube di antara golongan mahasiswa dan ugutan gengster para penyokong kerajaan, semakin ramai  rakyat malaysia yang mula celik mata.

Satu pujian perlu diberi kepada Adam Adli dan kawan-kawannya kerana telah membawa isu ini ke peringkat domestik.
sejak sekian lama, akhirnya perhatian rakyat Malaysia mula tertumpu pada apa yang dipanggil dengan kebebasan akademik.

 

APA ITU KEBEBASAN AKADEMIK ?  Tengok saja video ini untuk mengetahui khasiat-khasiatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: