Teori konspirasi itu adalah konspirasi


Aku dah tak ada line internet.
Streamyx yang menyakitkan hati tu aku dah potong dan sekarang aku cuma duduk melopong tanpa teknologi alam siber.

Tak kisah sangat pasal bosan, aku akan belajar menyesuaikan diri. Cuma aku dah tak boleh nak tulis entri dalam blog ni.
Takkan nak taip time kerja pulak kan 😦

by the way,
masih ada orang yang singgah dan tinggalkan komen dalam blog aku..
berkongsi link anti teori konspirasi..
kalau ikutkan aku dah malas nak ikut campur, lantaklah diorang dengan dunia diorang yang paranoid tu.
yang suka membesar-besarkan kemungkinan.
Tapi bila aku baca tulisan mereka yang bernas , rasa macam wajar dikongsi..

Here we go … !!!

Teori Konspirasi
1. Saya merupakan orang yang pantang mendengar mengenai teori konspirasi, dan tidak mempercayai apa jua teori konspirasi melainkan saya melihat sendiri bukti-bukti yang kukuh dan saintifik. Teori konspirasi yang berdasarkan dengar-dengar (hearsay) dan email-email forward saya langsung tak ambil endah, walau sebanyak mana ayat Al-Quran di manipulasikan untuk menyokong satu-satu teori karut itu.

2. Antara teori konspirasi terbesar ialah 1) 9/11 dirancang oleh kerajaan Amerika atau kerajaan Israel, 2) Pendaratan Neil Armstrong di bulan adalah satu penipuan (hoax) yang dirakamkan di sebuah studio, dan 3) dunia ini ditadbir secara senyap oleh satu pertubuhan sulit yang dikepalai Yahudi yang dipanggil Illuminati / Freemasonry / Bilderberg Group / Trilateral Commission / etc. Ada macam-macam lagi teori konspirasi yang karut, contohnya tentera Amerika meletupkan bom nuklear di bawah laut menyebabkan tsunami.

3. Pendek kata, dalam apa jua insiden geopolitik yang besar, ada sahaja teori konspirasi yang dicanangkan oleh geng-geng konspirasi ini.

4. Di Malaysia juga, geng konspirasi ini agak rancak. Kalau anda banyak melawat forum-forum yang dilawati oleh ramai orang-orang tidak terpelajar (selalunya forum bertema politik atau agama, yang banyak dilawati oleh orang-orang taksub), banyak konspirasi yang dibincangkan.

5. Terdapat dua ciri teori konspirasi.

6. Ciri pertama ialah, kepercayaan yang wujudnya suatu kumpulan yang didalangi satu institusi yang dianggap kuat (biasanya Yahudi atau Amerika) yang tugas mereka sepanjang hari ialah memikir bagaimana untuk menghancurkan umat-umat yang dianggap lemah (contoh: umat Islam). Dalam konteks politik Malaysia, teori konspirasi ini sering membabitkan kumpulan-kumpulan sulit daripada kelompok minoriti yang hendak menghancurkan golongan majoriti dengan bermacam-macam perancangan.

7. Contohnya: Yahudi letak florida dalam air untuk memandulkan orang Islam. Yahudi reka filem Hollywood dan Disney untuk menghancurkan akidah Islam. Yahudi mengasaskan MTV untuk melemahkan semangat jihad pemuda Islam. Yahudi mencipta _________ dan _________ untuk menghancurkan umat Islam. Tempat kosong boleh diisi dengan apa jua benda. Begitulah pemikiran geng-geng teori konspirasi ini.

8. Yahudi merupakan sasaran utama geng-geng teori konspirasi ini.

9. Tujuan teori konspirasi dibuat sedemikian ialah untuk mencipta “siege mentality”, iaitu pemikiran bahawa “kita” sedang ditindas dan diserang bertalu-talu oleh “mereka”. Kadangkala “kita” lebih kuat daripada “mereka” tapi oleh kerana “siege mentality” ini, “kita” merasakan bahawa “mereka” ini bersikap jahat dan harus diperangi. Di kalangan golongan-golongan perkauman di Malaysia, “siege mentality” ini masih tebal (terhadap kaum lain).

10. Ciri kedua ialah, teori konspirasi ini mestilah dibuat agar ia berbunyi mengarut (ridiculous). Lebih mengarut, lebih baik.

11. Contoh, katalah saya nak reka satu teori konspirasi: Doktor Yahudi di hospital-hospital Israel memberi layanan yang lambat kepada bayi-bayi Arab, menyebabkan mereka mengalami penyakit (contoh sahaja). Konspirasi ini bosan, dan kurang ummphh, dan kurang sedap didengar dan diforward ke email-email.

12. Teori konspirasi yang lebih best ialah: orang Yahudi bunuh bayi Arab dan minum darah mereka. Yeaaa…ini lebih sedap untuk disebarkan dan diforward dalam email, kerana bunyinya lebih ridiculous. Lebih besar sesuatu penipuan itu, lebih mudah untuk dipercayai (meminjam kata Joseph Goebbels, pakar propaganda Nazi).

13. Teori konspirasi yang berjaya mestilah mengarut, bertentangan dengan rasional dan logik, dan susah untuk dibuktikan. Anda boleh cipta macam-macam cerita karut untuk menghuraikan asal usul konspirasi tersebut. Contoh, ada paderi Vatican masuk Islam, jadi dia yang membocorkan rahsia-rahsia Vatican, atau ada bekas agen Mossad masuk Islam, dan dia beritahu bahawa orang Yahudi telah mencipta _________ dan ________ untuk menghancurkan umat Islam. Lagi mengarut cerita itu, lagi mudah ia diserap oleh pendengar-pendengar yang berotak dangkal.

14. Jika ada orang yang rasional bertanya pasal bukti-bukti teori konspirasi tersebut, anda boleh kata “apa bukti ko nak? berita dalam media? ko tak tau ke media ni dikontrol yahudi?”. Atau anda boleh jawab, “benda ni rahsia, cuma diketahui oleh kumpulan kami yang elit, sebab kami ni berfikiran terbuka, tak macam korang yang semuanya kena brainwash dengan yahudi”. Atau anda boleh gunakan ad hominem attack (serangan peribadi): “inilah ko ni, berpendidikan barat — apa amerika cakap semua ko percaya. dia cakap al-qaeda yang serang WTC pun ko pecaya. ko tak tahu ke itu semua dirancang oleh CIA dan Mossad? Kalau tak percaya tanya ustaz XXX dan ustazah YYY, dia yang bagitau aku masa usrah bulan lepas”. Kekeke…guna teknik ini gerenti orang takut nak persoalkan teori konspirasi anda.

15. Siapa percaya teori konspirasi bulat-bulat tanpa bukti yang kukuh dan saintifik, adalah: bodoh, bangang, dungu, dangkal, pendek akal, senang ditipu, senang dikencing, berakal pendek, berfikiran jumud, dan mempunyai tahap intelek setanding pelajar Akademi Fantasia, bukan pelajar universiti. Malangnya, teori konspirasi ini juga dipercayai oleh orang-orang terpelajar. Apa yang mereka buat di universiti ni sebenarnya? Belajar ke, main forward email sepanjang hari?

16. Mana-mana email yang bermula dengan “fwd:” eloklah anda terus delete. Tiada faedah membaca dan memforward email-email karut, walaupun email itu diakhiri dengan janji-janji seperti “jika anda fwd email ini kepada 10 orang, anda telah menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi munkar anda sebagai seorang Islam”…kekeke bangsat sungguh siapa yang manipulasi agama untuk teori konspirasi karut itu.

17. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah, dan berita-berita sahih dan kurangkan membaca bahan-bahan merapu seperti forum politik, forum agama (yang tak sahih sumbernya), email2 forward, newsletter picisan yang entah siapa pengarangnya, blog-blog yang tidak meningkatkan intelek, dan apa-apa jua pembacaan yang membodohkan minda pembaca (e.g. Mastika).

18. Dan janganlah anda mempercayai teori konspirasi. Terimalah hakikat bahawa yahudi tidaklah sekuat mana, kelemahan umat Islam adalah kerana umat Islam berpecah-belah dan tidak bersatu (baca sejarah Six Day War 1967). Terimalah hakikat bahawa 9/11 adalah rancangan Al-Qaeda dan bukannya konspirasi Yahudi. Terimalah hakikat bahawa “A’kum” direka oleh orang-orang Islam yang berniat baik ingin memberi salam di dalam chatroom dan SMS tapi malas untuk menaip salam penuh, bukannya direka oleh yahudi sebagai jarum halus untuk melemahkan akidah umat islam kerana kononnya “Akum” bermaksud binatang hina dalam bahasa Hebrew (kekekee…benda karut macam ni pun ada orang percaya ka?)

19. Kesimpulannya, jangan jadi bodoh. Jadilah orang yang berpelajaran dan tidak mudah ditipu atau dikenceng.

Contoh kebodohan:

http://www.ukhwah.com/print.php?sid=708

“BAGI PARA ULAMA’ MEREKA BERPENDAPAT BAHAWA INILAH
–==YA’JUJ DAN MA’JUJ==–
masyallah…dunia dah nak kiamat”

Kekekekeke…buduh betul. ini artikel asal: http://weeklyworldnews.com/mutants/3389/mole-people-being-exploited/ (Weekly World News ialah tabloid yang mengeluarkan cerita-cerita karut dan rekaan untuk hiburan semata-mata. adehh…senang betul geng-geng ni kena tipu)

Entri asal :
http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/05/10/teori-konspirasi/#comment-2205

P/S : sebenarnya bukan hobi aku copy-paste entri orang lain, tapi sebab tak ada line internet macam aku cakapkan tadi tu, maka aku tampal lah jugak … ada jugak entri baru dalam blog ni 🙂

Comments
One Response to “Teori konspirasi itu adalah konspirasi”
  1. xxx berkata:

    Amazing issues here. I’m very satisfied to see your post. Thanks a lot and
    I am taking a look ahead to contact you. Will you please drop me a mail?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: