Dante dan Beatrice
“Di saat kubertembung dengan Beatrice, kurasa hatiku bersemayam,
di dalam hatiku mengeletar begitu hebat dan seluruh tubuhku menggigil.
Aku dengar rohku yang menggeletar itu membisikkan kepadaku, ’di depanmu adalah seri dewi, yang datang untuk menakluk seluruh jiwamu’”
Ujar penyair Dante menggambarkan jiwanya ketika dia pertama kali melihat Beatrice.
Kita itu beliau berusia 9 tahun tahun, manakala Beatrice berusia 8 tahun, iaitu setahun lebih muda .
(mereka tak pernah ditakdirkan untuk bersama, Dante berkahwin dengan gadis lain seperti juga Beatrice yang berkahwin dengan jejaka lain. Malah, kali pertama mereka bertegur sapa hanya berlaku 9 tahun selepas hari di zaman kanak-kanak mereka itu.
Namun Beatrice adalah inspirasi terbesar dalam karya-karya masterpiecenya Dante, malah Dante turut menamakan anak perempuannya Beatrice sempena nama gadis yang dicintainya itu.
Pada hari kematian Beatrice, Dante begitu tertampar sekali, sehinggalah dia bermimpi arwah Beatrice datang kepadanya dan mengatakan bahawa cinta sejati adalah cinta yang abadi. Kata-kata membuatkan Dante terus hidup dan mengajarkan erti cinta kepada dunia menerusi karya-karyanya)