manifesto 1Dunia


Sebagai manusia, kita tiada kuasa untuk memilih bangsa dan jantina sendiri sewaktu kita dilahirkan.  Semuanya adalah takdir dan kententuan alam.

Semasa kecil, otak aku masih lemah untuk berfikir. Dan memori aku tak dapat merakamkan perkataan pertama yang terkeluar dari mulut sendiri.  Dan bila suatu hari ,  juga ketika aku masih kecil , baru aku sedari, yang aku ini adalah seorang laki-laki. Dan itu bukanlah atas kemahuan aku sendiri untuk menjadi laki-laki.

Adakah aku bernasib baik kerana aku tak dilahirkan sebagai seorang perempuan ? Jawapannya dah tentu TIDAK.

Perempuan sama juga seperti lelaki, ada kelebihan dan ada kekurangan. Tak susah untuk memahami konsep jantina. Sekadar jawapan objektif sama ada A atau B. Perempuan atau lelaki. Dan aku tak meletakkan darjat diantara kedua-duanya.

Sama juga konsepnya dengan bangsa. Aku tak berkuasa memilih untuk dilahirkan sebagai bangsa Arab, atau dilahirkan dalam bangsa Sepanyol, atau bangsa minoriti Kurdish, atau bangsa Afrika. Akan tetapi aku telah dilahirkan dalam bangsa Melayu.  Maka kewarasan fikiran telah membukakan mata aku bahwa tiada bangsa yang lebih mulia dari bangsa lain.

Aku tak berminat mahu mendukung mana-mana perjuangan bangsa kerana aku lebih mendukung perjuangan yang menguntungkan umat manusia keseluruhannya.

Sama seperti konsep jantina, semua bangsa adalah setaraf.

Hanya kelompok berpemikiran kolot sahaja  yang tak berani berfikir diluar tempurung untuk  melihat hakikat  kebenaran. Dan mereka terus menyemai rasa kebencian dan iri hati berdasarkan perbezaan ras, bangsa dan warna kulit. Mereka berda di sekelilingku. Dan pemikiran kolot mereka membuatkan aku lemas.

Dan sehingga akhir hayat pun, tetap teguh mempercayai bahawa apa yang aku pegang ini adalah benar. Dan aku akan terus berdiri menentang unsur perkauman dan dikriminasi ke atas jantina…………. mandatori

No RACISM , No SEXISM

Pendekatan berbeza dengan  konsep kepercayaan, ideologi atau orientasi seks yang aku lihat sebagai pilihan individual. Yang mana menjurus kepada  ‘menghormati kebebasan memilih’.

racism dan sexism adalah satu jenayah ke atas manusia sejagat.

Comments
One Response to “manifesto 1Dunia”
  1. koboi berkata:

    sebab kenapa selama ini aku menolak pemikiran bodoh yg membezakan warna kulit:
    1. ustaz aku cakap malaikat dlm kubur akan tanya apa agama kamu. warna kulit dia tak tanya.
    2. aku ramai kawan yg bukan sama warna kulit dgn aku tapi baik dengan aku
    3. aku pernah ada kawan yg sama warna kulit dgn aku tapi perangai tak ngam dgn aku
    4. warna kulit aku mungkin tipikal coklat, tapi ras keturunan aku dah banyak kawin campur. secara otomatik aku bukan melayu pure. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: