woodstock’69 – festival musim panas


Kalau ada seekor jin afrit muncul tiba-tiba dari muncung lampu ajaib yang baru aku gosok. Memperlihatkan  wajah yang bengis di balik kepulan-kepulan asap hapak berbau kemenyan, menempelak dengan suara garau yang bergema-gema. Ternyata jin afrit itu tahu berbahasa malaysia :

” Sekarang saya adalah khadam tuan. Dan saya akan menunaikan satu permintaan .  Mintalah apa saja yang tuan suka “

Ok. pertama sekali aku tak suka berbertengkar. Maka aku takkan bertanya kepada jin afrit tu kenapa satu permintaan sahaja. Bukankah sepatutnya 3 seperti yang selalu aku baca dalam kisah seribu satu malam.

Dan kedua , aku akan cakap pada jin afrit tu.  “tolonglah, jangan panggil aku ‘tuan’.” Tak anarki langsung bunyinya.  No master , no slave la… please ..

Hanya pada fikiran jurus ke-tiga baru aku mula berfikir dengan cermat.
Apa yang aku nak minta dari jin afrit ni ?
Errr , adakah aku akan mengambil masa yang panjang untuk memikirkan satu permintaan penting dalam hidup ?
Hehehe, dah tentu tidak …. aku akan jeritkan sekuat hati supaya jin afrit tu tak salah dengar.

“Jangan berlengah lagi , wahai jin afrit…. bawak lah aku ke musim panas tahun 1969 di Woodstock. Bawaklah aku sekaranggg”.

SEX,  DRUGS AND  ROCK N ROLL ….. baby.. oh yeahhhhhhh….!!!!!!

Apa yang aku nak buat di situ ? Di tengah-tengah karnival, 400 000 hippies yang penuh dengan warna bunga-bunga flower Power. Adakah kerana kondom dan dadah diedarkan secara percuma?

Yang pastinya aku tak berminat dengan  Acid, LSD dan marijuana. Dadah-dadah tu takkan membuatkan aku horny.  Tapi segerombolan awek-awek berambut Afro yang berlari terlanjang sepanjang jalan semestinya sangat mengujakan sekali.  :)

flyers original untuk karnival woodstock

Persembahan muzikal yang dihidangkan percuma 3 hari tanpa henti. Oh yeahhhhh . Lihatlah pada senarai kugiran. Mereka adalah yang artis-artis paling terkenal di dunia.

Friday, August 15

  • Richie Havens
  • Swami Satchidananda – gave the invocation for the festival
  • Sweetwater
  • The Incredible String Band
  • Bert Sommer
  • Tim Hardin
  • Ravi Shankar
  • Melanie
  • Arlo Guthrie
  • Joan Baez

Saturday, August 16

  • Quill, forty-minute set of four songs
  • Keef Hartley Band
  • Country Joe McDonald
  • John Sebastian
  • Santana
  • Canned Heat
  • Mountain
  • Grateful Dead
  • Creedence Clearwater Revival
  • Janis Joplin
  • Sly & the Family Stone
  • The Who began at 4 a.m., 
  • Jefferson Airplane

Sunday, August 17 to Monday, August 18

  • The Grease Band
  • Joe Cocker
  • Country Joe and the Fish
  • Ten Years After
  • The Band
  • Blood, Sweat & Tears
  • Johnny Winter featuring his brother, Edgar Winter
  • Crosby, Stills, Nash & Young
  • Paul Butterfield Blues Band
  • Sha-Na-Na
  • Jimi Hendrix

Apa yang aku nak buat dekat situ ?
O yeah!! , aku nak berbogel di sebelah kandang lembu sambil mendengar lagu country Creedence Clearwater Revival . Dan nak menyanyi kuat-kuat supaya suara aku bergandingan dengan bunyi guruh di langit.  Tiada siapa yang peduli dengan masalah cuaca di sini. Bila hujan datang mencurah . Kawasan ini akan menjadi padang lumpur yang lecak. Maka akan berlakulah satu lagi pesta. Halusinasi hippie-hippie LSD akan membuatkan berlari dan mengelunsur di permukaan tanah. Lelaki dan wanita.  Ya, dan semestinya berbogel.

Setiap malam , padang ragut yang hijau ini sentiasa bertukar hangat. Cinta ada di mana-mana. Di dalam khemah yang bergoyang. Di dalam van Volkswagon yang berbaris atau juga yang beratapkan langitraya . Make love not war.

Woodstock  sering diingat sebagai antara peristiwa penting dalam sejarah rock n’ roll.

Semua artis yang beraksi pada persembahan 3 hari itu akan kekal menjadi lagenda yang immortal. Dan pada artis yang pernah menolak untuk membuat persembahan di tengah kawasan ladang lembu itu pasti menyesal selama-lamanya. Kerana Woodstock tak mungkin berlaku untuk kali kedua.

Mari dengar kisah kegagalan artis-artis  kerana tak mengetahui bertapa besarnya Woodstock

  • The beatles menolak untuk membuat persembahan di Woodstock kerana John Lennon mahukan satu lagi slot untuk band isterinya Plastic ono band. No way , dude…  tak ada slot untuk band plastik. Woodstock untuk band Hippie je, poor you !! Kau pergilah layan band bini kau kat dalam bilik je
  • The Door pula tolak pelawaan sebab  menyangkakan Woodstock hanyalah festival pop gred dua . Sebenarnya merekalah yang kempunan untuk bermain di festival gred satu. Losers !!!
  • Led Zeppelin pula menolak sebab tak mahu jadi salah satu daripada band besar dalam festival tu… mungkin kerana mereka dah biasa menjadi satu-satunya nama besar dalam setiap siri konsert mereka. Lalu mereka habiskan masa menonton Elvis. Gimme a break will ya…. Hippies sedang mencipta sejarah dan kamu cuma habiskan masa tengok tarian ketar-ketar kaki yang ketinggalan zaman je ??
  • Jethro tull pula salah faham bila dijemput bermain didepan hippie, dadah dan lumpur . Mereka kata tidak. Sebab mereka tak true hippie. mereka cuma Posers !!!!
  • The Spirit pula menolak kerana ada jemputan showyang lain. Ya, mereka juga tak tahu apa yang mereka bazirkan. Satu peluang untuk berada di festival yang paling hebat .
  • Bob Dylan menarik diri kerana anaknya sakit.
  • The byrds pun di-invite ke sebuah festival muzik tanpa bayaran. Mereka kata “tidak, kami mahu berehat” . Dan mereka tak sedar pun yang mereka telah membuang tiket untuk berada di Woodstock . Festival muzik terhebat sepanjang zaman.
  • Tommy james and the Shondells juga mendapat jemputan semasa mereka bercuti di Hawaii. Pihak pengurusan mereka memberitahu yang mereka dijemput oleh seorang penternak babi untuk membuat persembahan di tengah ladang. Mereka menolak dan hanya berberapa hari selepas itu baru mereka sedar yang mereka telah melepaskan festival muzik paling hebat sepanjang zaman.

Comments
8 Responses to “woodstock’69 – festival musim panas”
  1. Jahanam berkata:

    Ulasan sejarah yang menarik.
    Tapi macam kimak sebab Taking Woodstock tak ditayangkan di Malaysia.
    Haram jadah betui.

  2. adiospunk berkata:

    kalau ada mesin masa, memang aku nak ikut🙂

  3. nikadam berkata:

    aku pun hampir siap membina mesin masa untuk ke woodstock.mau ikot???
    xpayah pakai jin jin ni.lagi satu..John teramat cinta Yoko jadi dia xnak menyakitkan hati bini dia tu,terpaksa jugakla tolak festival ni.

  4. adiospunk berkata:

    avataraang-
    ini hasilnye bila aku tengok movie tajuk TAKING WOODSTOCK , lepas tu terasa nak tulis kat blog.🙂
    Semua yang aku tulis tu cuma fantasi liar aku je..
    apa yang baik, dicontoh..
    apa yang buruk tu jangan ..

    Take it as a joke…
    kau ingat aku nak berbogel kat tepi kandang lembu ?
    fikir 10 kali dulu beb … hehehehe

  5. avataraang berkata:

    aku ni agak buta muzik skit..especially benda2 sejarah macam ni..tapi kalau aku tnye adik aku pasti die tau..die nak jadi muzician(agaknye)..ade la ciri2 aku dah nampak..tapi bila baca sejarah ni..aku rasa boleh tahan la benda ni..thumb up..aku melihat dari sebelah muziknya bukan dari sebelah kurang akhlaknye..

  6. adiospunk berkata:

    selepas woodstock , ada macam2 festival muzik diadakan setiap tahun..
    tapi memang takde yang dikenang sepanjang zaman macam woodstock.😦

  7. koboi berkata:

    hahaha jin ifrit keluar dari lampu. ingatkan jin aladdin.
    hanya alasan Bob Dylan je yg aku tak bleh nak cakap apa.
    alasan lain banyak yg membuatkan aku tersenyum ketawa dlm hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: