filem-filem yang sehaluan dengan jiwaku


Aku tak tahu movie apa paling trendy sekarang ni, lagipun aku memang tak berapa ikut perkembangan sangat.
Aku ni cenderung tengok movie-movie jerman, perancis, sepanyol, serbia, romania, amerika selatan dan entah apa-apa negara lagi yang aku pun tak tahu.
Biasanya movie yang aku suka, orang lain mesti tak suka.
Tapi lantaklah , ye tak ? Takkan nak paksa aku ikut selera movie orang lain pulak kan .
Lagipun kesan estetika tu adalah hakmilik  peribadi semua orang.

Aku suka tengok movie negara asing tu supaya dapat keluar dari tempurung Hollywood.
Walaupun kebanyakkan pengarah-pengarah tu lama-kelamaan akan jadi sellout jugak,
satu demi satu akan pergi melacur kat Hollywwood, mengarahkan movie-movie budget besar.
Tapi tak apalah, kalau dah terbukti sellout nanti baru aku boikot.

Untungnya dalam scene  perfileman ni tak ada istilah poser, dan aku bebas nak tonton movie apapun yang aku suka. Tak payah layan movie anti-establisment pun tak apa. kadang-kadang aku layan je cerita jiwang, cerita gangster, cerita vampire.
Even cerita Hermano yang berkisar tentang bolasepak kat sebuah kampung di venezuela pun tengok ( padahal aku tahu sangat negara tu bukan hebat pun main bola).

Lagi satu untungnya movie-movie macam ni biasanya tak dikaitkan dengan propaganda freemason.
Maklumlah movie ni tak box-office. Kalau nak dikaitkan pun buat rugi je pasal takde orang tengok.
Walaupun ada bermacam-macam genre, biasanya kalau movie yang menyentuh kisah-kisah penentangan atau pasal anarki adalah wajib tengok.
Tak kiralah anarki true ke tak true, yang aku tahu aku suka tengok movie macam tu.

INI ANTARA LIST MOVIE AKU

edelweisspiraten Malam semalam aku tengok cerita Edelweisspiraten ni, katanya berdasarkan kisah benar di zaman pemerintahan Nazi di Jerman.

Nun di tengah-tengah negara yang mengamalkan Fasisme tepu, di mana bendera dan lagu kebangsaan dianggap lebih suci dari hal-hal agama. Di situlah wujud sekumpulan remaja jerman yang tak terpengaruh langsung dengan propaganda fuhrer yang gila kuasa.

Mereka tak suka dengar dakyah-dakyah pemerintah.Mereka bergerak secara underground, Masa tu takde lagi scene punk lalu diorang semua layan lagu Jazz je… and yep, diorang tak pakai pathes jugak, aku buat andaian masa tu patches pun belum dicipta lagi.

Selain tu mereka juga kerap bertumbuk dengan ABH (angkatan belia Hitler .. aku kasi sendiri je nama tu sebab aku tak tahu nama jermannya apa) 

 

 

 

the waveDIE WELLE , Filem ni pun aku baru tengok seminggu dua ni. Kisah berputiknya Fasisme yang dikisahkan ke dalam kelas di sekolah secara metafora.

Bermula dengan seorang guru yang cool pergi sekolah pakai baju ramones dan dengar lagu punk. Mulanya dia berkobar-kobar penuh semangat untuk buat eksperimen pasal anarki, kononnya dia dah 5 tahun duduk kat squatter tapi last minute pihak atasan sekolah suruh dia tukar kepada subjek autoritarian. Dia memang la pissed off tapi layankan aje atas dasar guru yang profesional.

Dari sinilah permainan metal, dia mula ajar murid-murid dia buat secret hand sign, buat logo dan menamakan group mereka DIE WELLE (the wave). Sikit demi sikit mulalah semangat fanatik menular dalam murid-murid sehingga mereka tumbuh menjadi fascist. Mereka mengenakan uniform putih dan mula memulaukan orang yang berbaju warna lain. Dan mereka mula bermusuhan dengan pelajar dari kelas Anarki.

Walaupun banyak dibincangkan hal menarik, tapi aku suka bila seorang budak cakap dia bukan fascist kalau dia bangga dengan pasukan bola jerman. dan cikgu tu yakinkan bahawa fascist tu nasionalis yang sangat ekstrem.

Cerita ni berdasarkan kisah benar melalui pengalaman seorang guru di california.

 

 

 

the anarchist’s wifeLa Mujer Del Anarquista , Ok masanya untuk kembali kepada dunia perjuangan anarki yang sebenar. Kembali ke satu zaman di mana anarkis tak perlu bersolek untuk kelihatan buruk.

Nope ! menggabungkan ideologi dengan pakaian hanya  menghasilkan lebih banyak korban-korban fesyen.

walaupun movie ini lebih menjurus kepada percintaan seorang isteri kepada suaminya, tapi sedikit sebanyak movie ni memberi aku satu jawapan pada persoalan yang selama ni aku nak tahu:

“Bagaimanakah caranya anarkis sepanyol di era Civil War dapat membawa mesej anarki sehingga idea-idea mereka difahami oleh masyarakat bawahan termasuk golongan pekerja dan petani ?”

Dan salah satu jawapannya ada dalam movie ni. Ternyata di zaman tu mereka ada stesen radio mereka sendiri. Seperti juga watak utama dalam cerita ni. Justo, seorang DJ radio.

Baiklah. Anarkis tak patut guna radio sebab radio tu rekaan  kapitalis. Skip this one .

aku suka satu quote dalam movie ni.

“Tahukah kamu sesuatu tentang syurga? Di sana tak ada fasis.”

 

 

 

 

Land and freedomLand and Freedom , ini pun dari zaman civil war sepanyol.

Tapi movie ‘land of freedom’ ini mengisahkan seorang Marxist dari liverpool yang berjuang di bawah panji POUM, dan dia bukan anarki. Mereka ini ialah sukarelawan dari luar sepanyol yang mahu mengangkat senjata bagi pihak republikan menentang serangan fasis Franco. (ramai sukarelawan dalam perang ni yang kemudiannya jadi penulis terkenal seperti Orwell dan Hemingway)

Kemudian di hujung cerita, watak utamanya david mula menyedari perkomplotan antara POUM dengan komunis adalah sia-sia. Kerana komunis berperang untuk merampas kuasa, sedangkan POUM dan anarkis berjuang untuk pembebasan. Dan akhirnya di komunis ternyata telah menyingkirkan anarki kerana mahu menjadi kuasa dominan sebelum mereka kalah kepada Fasis.

 

 

 

 

 

libertariasLibertarias , untuk kisah anarki sepanyol, ini adalah movie yang paling king sekali. Libertarias membawa aku ke dalam suasana paling anarki. Menyusuri kisah seorang birawati yang mengikut perjuangan sekumpulan anarkis wanita di medan perang. Yep baris hadapan bukannya tukang masak.

Kenapa mesti aku asyik cerita pasal perang sepanyol 1936-1939 ni je? Ok mari aku berterus terang saja, dari kacamata aku cuma perang ini saja wujudnya yang benar-benar dinamakan anarki, baik dari politik mahupun sistem ekonomi, manakala pergerakkan anarki sesudah itu tak lebih hanyalah sandiwara lawak belaka.

Spanish Civil War seperti yang diketahui  sebenarnya adalah perang proksi diantara hitler dan stalin. Di pihak kanan Franco mendapat bantuan ketenteraan dari Nazi jerman. Sementara pihak kiri pula terbahagi dua dimana komunis mendapat bantuan ketenteraan dari Russia sementara anarkis tidak mendapat mana-mana biaya dan terpaksa berjuang dengan cara sendiri. Disebabkan keadaan darurat, pihak anarkis terpaksa merompak gedung senjata komunis dan mendapat bekalan senjata-senjata yang sudah rosak untuk mereka bertempur dan menyelamatkan diri.

 

 

 

love and anarchyLove and anarchy adalah sebuah kisah tentang seorang lelaki yang mahu membalas dendam dengan menembak kepala benito mussolini. Dia adalah seorang lelaki yang lurus bendul dan sangat tongong.

Dalam perkomplotan yang telah dirancang rapi, dia hanya perlu bersembunyi di rumah pelacur sebelum menunggu hari perarakan seperti apa yang telah dirancangkan. tetapi kebodohan telah membuatkan dia jatuh cinta dengan salah seorang dari pelacur dan telah menceritakan tentang perancangan rahsia tersebut.

Apa yang menariknya adalah filem ini bermula dengan satu pertanyaan dari seorang anak kecil kepada ibunya.

“Mama, anarki tu apa ?”

“Seseorang yang membunuh raja-raja dan melempar bom.

seseorang yang selalu berakhir dengan tali tertambat dilehernya, sekarang baik kamu diam” jawab si Ibu.

Tiba-tiba ayahnya menyampuk, “Sosialisme adalah apa yang kita mahu, bukannya anarki. Atau seseorang mesti dihukum mati”

“Kita juga perlukan hukuman mati”, jawab kawan ayahnya,

“Selagi dunia menjadi satu, untuk kita semua, lelaki dan perempuan, bebas dan sama rata. Seperti mana alam semulajadi telah mencipta kita”.

 

 

 

Anarchists (korea)The anarchists, Satu pujian pada nama movie ni tapi percayalah, ini bukan cerita anarki, ini cuma cerita kung fu dari Korea. Penuh dengan aksi terbang dengan tendang terajang yang nampak seperti dilatih oleh kareografer dari Hong Kong.

Oh ya, mereka juga ada seorang ketua… err ketua anarkis hehe. Segala serangan-serangan terror yang akan dilakukan adalah dibawah arahan beliau. Dan juga hebatnya mereka ada sponsor untuk membiayai serangan mereka.

Rasanya dalam filem ni juga ada definisi anarkis yang diungkapkan dalam skrip mereka.

“Kau tahu apa itu anarki?”

“Anarki itu adalah anak-anak kapal tanpa kapten”

OK aku paham apa yang dia katakan, dan aku paham kapten dan ketua itu tak jauh bezanya.

 

 

 

 

baader meinhorf complexBaader Meinhof Complex , Lama gila aku tunggu mereka filemkan cerita Baader meinhof ni. Mereka adalah grup RAF, salah satu dari tajuk lagu dendangan Wizo yang paling aku suka. Dan aku sangat-sangat bosan mencari dokumentari mengenai pergerakan mereka yang bukan saja bercakap bahasa jerman tanpa sarikata. Dan kebanyakkannya dokumentari tersebut dibikin oleh kerajaan jerman sebagai propaganda menentang mereka.

Kehadiran Baader Meinhof dalam bentuk filem memang cool. Dan di sini baru dapat lihat sendiri bagaimana dari gerakan pelajar mereka terpesong menjadi gerakan radikal menentang kapitalis. Dan akhirnya tekanan dari pihak penguasa sendirilah yang menukar grup ini menjadi sepenuhnya terrorists.

Tak kiralah sama ada suka atau tidak pada cara mereka, tetapi baader-meinhof sudah sekian lama meletakkan nama mereka sebagai taraf  lagenda.

 

 

 

 

la prima lineaLa Prima Linea , Tak banyak bezanya grup ni dengan RAF. Kecuali mereka lebih menjurus kepada fahaman Marxist-leninisme dan mereka beroperasi di Italy. Filem ini juga berangkat dari kisah benar.

Memulakan kebangkitan dari demonstrasi jalanan, akhirnya mereka bergerak sebagai group radikal bersiap sedia melakukan aksi-aksi terror. Jika RAF mendapat publisiti meluas dan menjadi popular dikalangan remaja Jerman. La Prima Linea pula mendapat tekanan bila laporan kegiatan mereka di suratkhabar yang cenderung terrorist itu membuatkan mereka hilang populariti dan semakin hilang sokongan dari masyarakat. Sehinggakan parti politik komunis di italy ketika itu turut tak mengiktiraf mereka sebagai rakan seperjuangan.

 

 

 

 

 

 

1 may1.Mai . Ini adalah sebuah filem komedi tentang perarakan hari pekerja. Tentang seorang petugas FRU di jerman yang kecewa dalam perkahwinan. Tentang seorang budak Turki bawah umur yang teruja nak sertai riot dalam perarakan tu. Tentang 2 orang budak stylo dengan seragam black bloc tapi sebenarnya semata-mata datang nak rasakan sendiri seronoknya chaos. Tentang Pendukung komunis tua yang berkobar-kobar nak menyambut hari rusuhan.

Dan ada macam-macam lagi jenis manusia.

Dan cuba bayangkan hari 1 mei tersebut adalah hari perakan paling aman dalam sejarah dan membuatkan semua orang berasa sangat pissed off. tapi kool sebab ada diceritakan tentang sejarah 1 mei dalam dialog diorang, aku tak ingat start tahun berapa, lol .

 

 

 

 

 

 

the anarchist cookbookThe anarchist cookbooks , ini sangat bangang. Setiap kali hollywood cuba ikut campur dalam penghasilan movie-movie rebel pastilah hasilnya akan jadi bangang juga.

Filem ini bukanlah anarki sebenarnya, tapi sebuah filem hippies. Terlalu stylo. Tujuan filem ni bukan untuk anarki tapi semata-mata bertujuan komersial.

Aksi paling ganas yang dilakukan oleh para anarkis ini adalah menipu resit golden chicken entah apa ke namanya company makanan segera mirip KFC tu.

Dalam squatter yang bercampur antara bebudak punk dengan hippies, ada seorang lelaki yang macho dan paling berkuasa kat dalam komuniti tu. Bila ada komrad baru nak join, dia akan buka kamus pada mukasurat,

A- nar-chy = Society without government and law.

Dan dia adalah seorang hippies yang begitu bangga dengan Sweden , negara paling demokrasi di dunia, 500 tahun tak pernah berperang. Terlalu bongok !! kat sweden pun ada band politikal hardcore la, kalau mereka betul2 bebas, kenapa mesti mereka nak buat band politikal macam tu ?? busett !!

 

 

the edukators The Edukators , Ini pun bukan filem kegemaran aku. Ini adalah kisah pemuda-pemuda liar yang memberontak dengan cara masuk ke dalam rumah orang kaya dan menukar dekorasi dengan bertujuan provokasi. Membuatkan mangsa menjadi takut dan tidak selamat.

Entahlah, aku pun tak tahu kat mana impaknya membuat perangai macam tu. Walaupun mereka tak mencuri, tapi perbuatan macam tu langsung tak menggambarkan sesuatu yang positif pada aku.

Kumpulan ini menjadi semakin sulit bila terjebak dalam cinta tiga segi. Dan nasib mereka lebih buruk lagi bila mereka kantoi dengan tuan rumah yang akhirnya mereka terpaksa culik bagi menyelamatkan identiti mereka dan kumpulan sulit mereka.

Yang okaynya, percintaan 3 segi mereka berakhir dengan threesome. so semua orang adalah pemenang 🙂

what to do in case of fireWhat To Do In Case Of Fire , ini adalah filem paling CULT dalam semua senarai aku. Catchy, ada lagu-lagu latar yang hebat, jalan cerita sempurna, dan membuatkan sesiapa saja yang menonton cerita ni rasa nak join jadi ahli kumpulan mereka.

Kisahnya mudah, tentang anarkis jalanan dan semangat setia kawan. Bagaimana kehidupan mereka menjadi orang-orang yang berjaya dalam hidup. Peguam, designer, walaupun pada masa muda mereka adalah punkers sejati yang tak fikir dua kali untuk kencing di atas muka pasukan anti rusuhan. Bagi menyelamatkan karier dan nama baik, mereka terpaksa bergabung semula menjadi punk untuk menghapuskan bukti pembabitan mereka dalam satu letupan.

Rasanya tak payahlah diceritakan pasal cerita ni sebab mesti ramai yang dah tengok.

 

 

CERITA-CERITA YANG AKU BELUM TENGOK LAGI

Salvador puig antich

Salvador puiq Antich, movie ni dah ada dalam pc aku, tapi tak ada sarikata. dah jenuh cari. bloody fucker sungguh !!

battle in seatle

Battle in Seatle, ini pun dah ada dalam PC, tapi setiap kali nak tengok mesti rase nak tertidur. Filem rebel hollywood memang sesuai jadi ubat tidur.

this revolution

This Revolution, yang ni memang suwey, itu hari dah nak siap dah aku download, boleh pulak hard disc kong..sampai sekarang belumpernah tengok lagi

TRIVIA :

Adakah dengan menonton movie-movie rebel akan merubah keperibadian individu itu menjadi sosok seorang politikal yang sejati ? 

Nah, ini bukan persoalan rumit.

Sama seperti muzik, movie juga bukanlah instrumen yang unggul,

Jika movie itu betul-betul instrumen yang cukup kuat untuk merubah penonton, maka filem seperti AVATAR sepatutnya mampu memberi kesan moral berguna dari garapan metaforanya menyangkut hal racism dan imperialism.

Tapi tidak, kebanyakkan penontonnya cuma menceritakan kehebatan 3D nya saja.

Comments
One Response to “filem-filem yang sehaluan dengan jiwaku”
  1. svchost.exe berkata:

    cool story bro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: