Sang Kancil menggugat Tuah


Nyamannya suasana di rimba, di pagi hari.Mergastua bergembira, menikmati keindahan alam semulajadi  ~suasana hutan rimba waktu subuh, rama-rama berterbangan, monyet melompat pokok ke pokok, burung-burung berkicauan, ikan melompat di permukaan kolam. dari air berkocakkan akibat lompatan ikan tu tadi perlahan2 muncul imej Sang Kancil. Di dalam hutan inilah tinggalnya Sang kancil yang bijaksana, dengan sahabat baiknya … Teruskan membaca

Rimba Hitam


Rimba Hitam. Namanya sudah cukup untuk meniupkan hawa ketakutan. kengerian menyeringai , belum lagi diungkit timbunan kisah puaka yang menyelubunginya. Pasti memenuhi kapasiti ruang dengan perasaan paling horror. Ibu Sejak kecil, ibu sering menceritakan, Bahawa Rimba Hitam itu letaknya nun di kaki bukit. Dari jendela kamar, dapat ku lihat bukit dimaksudkan ibu. bukit yang menanjak … Teruskan membaca

Malangnya aku bukan sebuah kota


Jika aku sebuah kota, pastilah ia sebuah kota yang murung. Kota yang dibelah oleh jalan-jalan sempit yang tak berhujung. Andai ada pengembara yang singgah dan bertanya: “Di manakah arah menghala ke Syurga ?” Penghuninya hanya mendepakan tangan mereka sambil tersenyum. Mereka tak membazir walau sepatah kata . “Jika kau mahu, di sinipun boleh didirikan sebuah … Teruskan membaca

Eros dan Psyche – Epik Asmara Dewa-Dewi


I. Psyche, sang puteri paling rupawan yang pernah lahir di tanah agung Greek. kata mereka, Sepekat manapun gelapnya malam, tiada siapa pun yang akan menghirau tentang kerlipan bintang dan bulan. Kerana saatnya  mereka  terpandang pada wajah puteri ini, mereka sedar akan paras rupanya mempunyai cahaya yang cukup buat menerangi seluruh alam semesta. Maka, tidak sedikit … Teruskan membaca

Seharian di Lorong Kasih Sayang


Penanda jalan usang memaparkan dengan jelas tulisan  Lorong kasih Sayang , tersenyum menyambut kunjungan. Menyentap rasa ingin tahu tak ubah sebagai pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan. “Selamat datang, selamat datang” kata penanda jalan itu dengan mesra. Sebetulnya kau tak perlu menjawab, kerana pintu itu hanya dilatih untuk bertutur dua perkataan tersebut sehingga fasih. Sekalipun kau bertanya khabar kepadanya, … Teruskan membaca

Merodok Tengkolok Setan


Di langit kilat sambar menyambar.  Dentuman guruh berteriak garang. Deru angin yang menggila meniup langsir-langsir sehingga berbuai-buai. Tingkap-tingkap masih terbuka luas. Tempias hujan lebat diluar menujah masuk ke dalam. Perabot-perabot yang  terletak berhampiran sudah mula basah disiram air. Segala kejadian itu berlaku di depan Dzul tanpa diendahkan olehnya. Matanya terbelalak  . Dia merenung tepat pada langsir … Teruskan membaca

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios