Khutubkhanah Leluhur (empty Library)


Dia hanyalah seorang perpustakawan belaka
Dia sendirian sudah berjumlah tak terhingga
setelah kuukur dari meter kejahilan
Aku pasti, dia memang berjumlah tak terhingga

Nun di sebuah library kusam di hujung dunia
Yang perpustakawannya lebih ramai daripada buku
Yang bukunya lebih sedikit daripada hantu

Aku yakin, ini bukan syurga seperti yang dibayangkan Borges
Lihatlah ! perpustakaanmu ini sebenarnya adalah sebuah restoran
Perpustakawan kurus itu tak pernah mendapat hidangan berkhasiat calvino dan Marquez
Menunya tetap sama seperti kurun kelmarin
buku cinta, buku cinta, buku cinta dan Mee segera

Saat mataku terpaku pada satu-satunya buku yang layak digelar buku
Aku ditegah dari menyentuhnya;

“Buku ini bukan untuk dibaca,
bahkan ia satu-satunya buku yang kami ada,
andai kamu pinjam buku ini,
Library ini takkan layak dipanggil library lagi”

Aku tak mahu meleterinya dengan serba-serbi.
Aku harap dia tahu bahawa Pak Sako itu pernah menulis :
”Masyarakat kita memang ramai yang jual tanah untuk naik haji.”

Andai dia masih hidup, aku yakin benar yang bakal ditulis adalah;
“Gadaikan saja tanah-tanah ini kepada penjajah,
itu lagi baik dari dibiarkan tanah sendiri dibuat Library yang semacam ini.”

Image

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: