T-shirt sakti yang mampu selamatkan dunia


Dunia semakin sepi, kejahatan semakin berleluasa. Sebahagian manusia sibuk bermain facebook dan sebahagian lagi sibuk bermain twitter. Tidak semena-mena, muncul sebuah video ajaib yang menyentap perasaan seluruh warga alam siber. Dalam sekelip mata sahaja, cita-cita mat dan minah siber berubah untuk bersama-sama menyelamatkan dunia.

Video berjudul #STOPKONY memang mengkagumkan. Apatah lagi dengan lakonan-lakonan mantap dan plot cerita yang menggugat fikiran. Dan lebih mengkagumkan, mereka telah menemukan jalan paling mudah untuk menyelamatkan dunia, iaitu dengan cara memakai baju yang tertera nama KONY. Memakai bracelet (sejenis gelang tertulis nama mirip jemaah haji) dan menampal poster yang berwarna-warni.

PERSOALANNYA :

MENGAPA RAMAI YG TAK TERFIKIR BAHAWA DUNIA BOLEH DISELAMATKAN MELALUI AKTIVITI SESAME STREET ??

70,942,020 penonton di youtube

16,000,000 penonton di vimeo

Dengan pencapaian menakjubkan, 3 hari trending topic di twitter.

Dan bersepah-sepahlagi  pos di Facebook. Aktivis #StopKony adalah yang pertama dalam meraih populariti diluar dugaan mengalahkan populariti youtube najwa latif dan Yuna.

Siapakah Joseph Kony?

Ini adalah pokok persoalan kepada masalah ini. Dia adalah punca.

Menurut apa yang disampaikan dalam video #StopKony, maka Joseph Kony adalah seorang ketua pemberontak  LRA di Uganda. Seorang barbaric berhati perut busuk, suka menculik  kanak-kanak dan jadikan tentera dia sendiri, suka merogol dan membunuh orang kampung. DALAM ERTI KATA LAINNYA , JOSEPH KONY MEMANG PATUT DITANGKAP DAN DIHUKUM SULA DENGAN OBOR YANG APINYA BERNYALA.

Siapakah INVISIBLE CHILDREN ?

Nah , mereka ni sekumpulan remaja film maker dari USA yang pernah melawat Uganda. Mereka dah ‘berjuang’ selama 8 tahun dalam mempromosikan Joseph Kony ke mata dunia. Dan cuba membongkar kejahatan Joseph Kony yang menurut mereka mempunyai 30,000 askar kanak2.Sehinggalah nama Invisible Children meletup ke carta greatest hits 2 minggu lepas bersandarkan video klip #StopKony yang dijaja mereka. (sebenarnya ada banyak lagi video yg mereka hasilkan sepanjang 8 tahun tu)

PENYELESAIAN Yang GENIUS ….

~ Menurut INVISIBLE CHILDREN, Joseph Kony gagal ditangkap oleh kerajaan Uganda disebabkan kekurangan teknologi ketenteraan. Maka apa yang diusahakan oleh mereka adalah menjual box-set ( yg didalamnya ada t-shirt, bracelet, dan poster) yang mana hasil jualan tersebut akan dihantarkan ke kerajaan Uganda untuk tingkatkan lagi ketenteraan mereka.

Mari beli box-set dan selamatkan dunia…..

i. Peragakan baju yang tertera nama Joseph Kony dimana saja anda berada  kerana cara tersebut dipercayai akan membuatkan Joseph Kony lemah dan akhirnya mati tersiksa di tengah2 hutan Afrika.

ii. Pakaikan Bracelet yang tertera nama seorang penjenayah pada pergelanggan tangan kita akan membawa kekuatan Psikik dan menggagalkan niat jahat Joseph Kony secara voodoo.

iii. Tampal poster Joseph Kony di serata jalan di amerika akan membuatkan dia merasa tak selamat sedangkan semua orang tahu dia berada nun jauh di tengah hutan Sudan.

i, ii, iii … kesemua jalan yang dipilih mereka adalah bertujuan untuk membuatkan Joseph Kony popular sebagai penjenayah perang.

Baiklah , kenapa kita mesti buat kerja amal sesame street untuk jadikan dia popular? Apa relevannya ?

Dah berapa kes penjenayah hutan Afrika yg telah diselesaikan dengan mekanisma mempopularkan penjenayah ?

Kenapa INVISIBLE CHILDREN tak menukar taktik dengan meminta semua follower mereka menggunakan DP facebook gambar Joseph Kony kalau benar popularity akan membuatkan penjenayah kejam itu mati eksiden dikejar paparazi?

OK , guna DP facebook takkan menjana wang USD30 kepada kempen mereka.

Kenapa kempen menyelamatkan dunia juga menerima kritikan?
Bukankah ianya amalan baik lagi menyihatkan?

Nah… lebih 20 tahun jenayah brutal Joseph Kony dipandang sepi oleh masyarakat antarabangsa kerana tumpuan biasanya ke arah krisis negara-negara Arab Timur tengah. Namun penemuan minyak di Uganda mungkin menukar prospek menjadikan mereka sekuel timur tengah seterusnya. Dalam sekelip mata nama Uganda menjadi trend di twitter membuatkan negara-negara tak terkenal seperti Bhutan dan Djibouti menjadi cemburu.

Kita sedang bercerita tentang keuntungan USD2 billion setahun.

Populariti sekelip mata itu diraih #StopKony dengan bantuan laman2 sosial milik amerika dan dipelopori sepenuhnya  oleh INVISIBLE CHILDREN. Sebuah organisasi NON-PROFIT yang financialsnya tahun 2011 saja mencecah $8,676,614.
Yang mana hanya 30% dari jumlah tersebut disalurkan ke Uganda manakala selebihnya untuk pembiayaan staff.

CHECK SINI  http://www2.invisiblechildren.com/financials

INGAT SEMULA MATLAMAT INVISIBLE CHILDREN :

  1. Memperkenalkan Joseph Kony dan jenayahnya kepada dunia.
  2. Membantu meningkatkan teknologi tentera uganda bagi memudahkan usaha mereka menangkap Joseph Kony
  3. Meminta bantuan USA dalam mempertingkatkan kecekapan tentera Uganda

 

Menurut Angelo Izama  pemenang award Writer, Journalist, Analyst and Researcher yang tinggal di Kampala, Uganda:

Jika sebelum 6 tahun lepas, memang Nama Joseph kony menimbulkan kengerian yang brutal. Tapi sekarang namanya tak lagi menimbulkan kebimbangan. sebaliknya masalah terbesar yang banyak meragut nyawa di Uganda sekarang adalah penyakit misteri “nodding desease” :

Sebenarnya semua orang Uganda tahu, sudah 6 tahun Joseph Kony bersembunyi seperti tikus di dalam hutan. 30,000 askar yang digembar-gemburkan cuma mitos kerana pengikut setianya yang sanggup berlaparan dalam hutan Afrika tu cuma sekitar 250 orang.

Berberapa usaha cuba membawa dia ke meja rundingan, tetapi Kony meletakkan syarat meminta bantuan makanan jika mahu berunding. sekalipun bekalan makanan sudah dihantar namun dia tak juga tampil membuat rundingan.

Oleh kerana status Joseph Kony sendiri yang tak pernah dilihat itu menimbulkan persoalan sama ada beliau masih hidup atau sudah mati. sekiranya sudah mati, maka kempen memburu KOny ini akan menjadi kempen Paling Syirik dalam sejaran internet. Buat julung-julung kalinya, seluruh dunia menderma wang besar-besaran untuk menangkap mayat.

Turut menimbulkan tanda tanya , kenapa mesti meningkatkan ketenteraan Uganda, padahal Joseph Kony sudah 6 tahun melarikan diri ke belantara negara Sudan ? ianya seperti upgrade ketenteraan indonesia padahal memburu penjenayah yang diketahui berada di fiilipina. Kan itu kedengaran aneh ?

dan yang paling membimbangkan askar Uganda yang cuba ditingkatkan teknologinya itu sendiri terkenal korupsi dan sering melanggar hak asasi manusia.

Dan akhir sekali, kenapa mesti tentera amerika sentiasa wujud di tengah-tengah semua negara2 minyak yang sedang dalam krisis?

Zaman propaganda melalui CNN dan BBC sudah berlalu, amerika sedang cuba mengawal pemikiran global menggunakan laman sosial yang semakin meluas penggunaannya oleh generasi Y.

Jika ketulusan dalam memperjuangkan keadilan tidak mempunyai agenda tersembunyi, kita akan sentiasa menyokong.adalah satu kemenangan besar kepada umat manusia bila penjenayah kejam seperti Joseph Kony dihukum atas segala kesalahan yg pernah dilakukannnya.Tapi adalah sesuatu yang tak adil sekiranya keperihatinan jagat manusia diperalatkan bagi kepentingan sendiri,organisasi mahupun kekuatan sesebuah empayar penakluk.

 

Video-video lain untuk ditonton:

Video tentera Uganda

 

Video joseph Kony

 

 

Comments
One Response to “T-shirt sakti yang mampu selamatkan dunia”
  1. Junedichqtana berkata:

    Bgay kmi sosial adlah dirukh yank sepanjank umur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: