Aku Ramalkan 2012 belum Kiamat


Abaikan ramalan Kiamat 2012, sebab ia adalah ramalan yg sama sekali bodoh.
Kebodohan yang hampir setaraf dengan ramalan wartawan malaysia pada tahun 1997 ,
kononnya industri filem malaysia akan menggantikan empayar perfileman Hong Kong sebagai gergasi utama perfileman Asia.
Sudah terang lagi bersuluh,
baik ahli nujum kaum Mayan purba , mahupun wartawan patriotik yang mengharapkan Mami Jarum jadi filem box-office di Hollywood, semuanya bualan moron belaka.
[ OK retard.. Kalau memang ramalan perlu dianggap penting..
Aku malah meramalkan kubur kamu harum dan bersinar seperti syurga  …
nah, sekarang baik kamu boleh pergi mati. ]
Dan seperti selalu,  kita akan menyaksikan ulangan ritual-ritual sambutan tahun baru. Tawaf pusat bandar, menyembah bunga api dan berpesta pora sampai pagi.
Memang tak salah merayakan dengan cara demikian menurut pandanganku secara peribadi, cuma aku melihat dari sisi lain, bahawa semua keramaian itu tak lagi membawa sebarang erti.
Ia bukan merayakan ulang tahun ke 2012 usia planet bumi.
Bahkan ia juga bukan perayaan ulang tahun manusia mencipta kalendar, kerana dikatakan manusia sudah mencipta kalendar 25,000 tahun Sebelum Masihi.
Kalau ia bukan ulang tahun planet bumi,  sekaligus bukan ulang tahun kalendar, maka ritual-ritual pesta pora itu semua untuk apa sebenarnya?
 Peduli apa aku dengan keramaian seperti itu , kerana akhirnya aku percaya juga bahawa  ia bukan satu perayaan yang penting . kita takkan mengenang tahun 2012 dalam masa 8 tahun lagi sama seperti kita tak lagi mengenang tahun 2003 pada hari ini.
Sejak aku belajar membebaskan diri dari pembodohan mutlak yang membebalkan masyarakat, aku selalu meletakkan tahyul sebagai candu nombor satu.  Ramalan dan tilik nasib tergolong dalam strata kebodohan tingkat atasan.
Namun hari ini, aku buat kali pertamanya membuat ramalan tentang takdirku sendiri pada 2012.
[ Tak perlu risau, ramalan aku tak berinspirasikan bahtera penangkis kiamat dengan duit tambang usd 1 billion satu kepala. Itu ramalan yang sangat berbau kapitalis ]
  • Januari – Bulan yg penuh kejanggalan, terutama minggu pertama tahun baru… sekali-sekala tersilap tulis tarikh 2011.
    Tapi mulai akrab dengan 2012 dalam minggu-minggu seterusnya
    Tengah bulan januari ni juga ada perayaan tahun baru cina. Cuti sampai lebam14 hari
  • Februari – Menanti kemunculan Anti-Flag beraksi kali pertama di Malaysia.
    Bulan ini juga laman sosial akan jadi bosan dan dipenuhi dengan gerakkan ahli syurga menghentam perayaan valentine.
    Cerita sambutan tahun baru 2012 mula jadi cerita basi.
  • Mac – mula melupakan tahun 2011 secara total.
  • April- belajar menerima kenyataan 2012 cuma tahun yang biasa saja, tak ada yang istimewa.
  • Mei – Keluar status pasal hari buruh. Perayaan hari buruh lebih suci dari perayaan lain kat malaysia.
    Cerita pasal Thomas cup? anyone ? Depend lah…
    Selain nama kejohanan thomas cup/ Uber 2012…. tahun yg pernah jadi tahun baru ni dah mula dianggap lama.
  • Jun – Bulan yang penuh dengan sembang bolasepak Euro 2012. Dari yang power macam aku sampailah pada golongan kaki bangku, semua cerita bola, judi bola, kutuk bola.
    Macam biasa , aku dilahirkan berdarah biru. Forza Italia.
    Satu-satunya yang akan kekal dalam lipatan sejarah 2012 adalah Juara EURO. 100 tahun lagi pun tetap termaktub dalam sejarah bolasepak.
  • Julai –  1hb julai final Euro, seminggu lepas tu reda cerita bolasepak . Kita mula cerita pasal puasa, ramadan , kurma dan menulis status2 beriman dilaman-laman sosial.
    Kita juga akan bercerita pasal sukan Olimpik London dalam keadaan lapar.
    Tak macam Juara EURO, pemenang2 pingat emas Olimpik 2012 akan ghaib dan tak dikenang lagi dalam masa 20 tahun akan datang.
  • ogos –  Sangat sinonim dengan bulan merdeka, tapi rasanya tak ada siapa nak cerita tentang tu sebab kita masih lagi dalam suasana olimpik dan semangat menyambut hari raya puasa.Dah mula terima hakikat, 2012 cuma nombor
  • september – Kau nak cerita pasal tahun 2011 ke , 2012 ke…kau cerita dengan orang lain.. Aku tak senang.
  • november – Cuma orang gila je yang masih teruja cerita pasal tahun 2012 masa ni.
  • oktober – Mula tertanya-tanya, kiamat 2012 bila nak start?
  • november – piala AFF Suzuki , malaysia juara bertahan dan tuan rumah bersama thailand. Sudah 3 tahun berturut-turut harimau malaya bawa berita gembira pada hujung tahun, diharap kali ni pun sama.
  • Disember – Kita akan sampai ke titik musim cuti Krismas macam hari ni.
    Kemudian kita mula teruja pasal tahun baru 2013. Nak sembah bunga api, nak pesta pora sampai pagi.
    Semakin berada di penghujung tahun, Masa ni mula memikirkan nasib filem 2012 yang akan jadi filem expired.

Aku tetap mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada mereka yang masih suka merayakannya.
Biarpun pada aku tahun baru adalah hal yang biasa saja. 

Comments
One Response to “Aku Ramalkan 2012 belum Kiamat”
  1. Tanpa Nama berkata:

    sama.. gueh juga gak percaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: