“Dua pemuda punk Aceh cuba lari dari kem akhlak” Kosmo


Dicopy dari Kosmo

 

 

SEORANG peminat muzik punk turun dari sebuah trak untuk bersolat di sebuah pusat latihan polis di Seulawah, Aceh Besar, Aceh pada Sabtu lalu.

 

SEULAWAH, Indonesia – Dua daripada 65 peminat muzik punk termasuk lima wanita yang sedang menjalani proses pemulihan akhlak di sebuah pusat tahanan polis di sini, Aceh hampir berjaya melepaskan diri sebelum mereka dibebaskan pada Jumaat ini.

Dua pemuda terbabit berpura-pura mahu ke bilik air sebelum mereka melarikan diri ke bandar Banda Aceh yang terletak 50 kilometer dari lokasi mereka ditahan.

Kedua-duanya dipercayai berbuat demikian kerana benci berada di pusat berkenaan.

Polis menemui mereka merayau-rayau di jalanan sembilan jam selepas melarikan diri dan membawa mereka pulang sejurus selepas tengah malam.

“Mereka menyatakan rindu pada ibu bapa mereka tetapi jelas, mereka menipu,” kata ketua polis tempatan, Kolonel Armensyah Thay.

“Mereka tidak pulang ke rumah. Mereka selama ini hidup di jalanan,” tambahnya.

Semua 65 belia punk itu akan dibebaskan pada Jumaat ini selepas menjalani proses pemulihan selama 10 hari.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka diajar ilmu agama dan akhlak selain melakukan kawat tentera bertujuan untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin.

Bagaimanapun, seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Yudi, 19, menyatakan, kem akhlak tersebut tidak berjaya.

Dia meronta dengan kuat apabila beberapa anggota polis cuba mencukur rambutnya.

Apabila kepalanya dibotakkan, Yudi mula menitiskan air mata.

“Ia merupakan satu seksaan buat saya. Saya tidak sabar untuk keluar” katanya.

“Mereka tidak boleh mengubah diri saya. Saya sayang punk. Saya tidak merasa bersalah tentang gaya hidup saya. Kenapa saya perlu rasa bersalah? Tiada apa yang salah tentangnya.” tambah remaja berkenaan.

Teman wanitanya, Intan Natalia, 20 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

Rambut perang Intan dipotong pendek dan diwarnakan hitam dengan dia dipaksa memakai tudung.

“Mereka boleh berkata apa saja yang mereka mahu tetapi saya suka dengan cara hidup punk. Ia sesuai dengan diri saya,” katanya.

Semua 65 belia punk itu dibawa ke pusat tahanan polis berkenaan pada minggu lalu selepas polis menyerbu satu konsert di Aceh.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam.

Belia itu ditangkap pada konsert muzik punk pada 10 Disember lalu dan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

Mereka dibawa ke pusat latihan polis pada 13 Disember lalu bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis. – Agensi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: