Bila buku lebih dari sekadar lubang senggama


Buku adalah wanita penggoda, sedangkan pengghairah bacaan pula adalah lelaki penzina,

Tindakbalas sensual kedua-duanya hanya menjanjikan  maksiat besar yang tak terhindar.

Biar apapun alasan dosanya.

Biar seluas mana ukuran nerakanya.

 

Memang, manusia tak dilahirkan untuk mencintai buku ( mereka telah ditakdirkan begitu ..)

Dan celakalah segelintir manusia yang nafsu membacanya sedemikian ghairah.

Kerana api penzinaan dengan buku yang bernyala dalam jiwa mereka itu akan terus membakar,

Hanya akan terpadam oleh tiupan trompet sangkakala.

Dan selama itu pula, mereka akan tersisih ke dalam dunia kebahagiaan mereka tersendiri.

Satu lintas dimensi yang rumit dimengertikan.

 

Dan diantara para wanita penggoda yang munggil

atau pemalu;

atau montok

atau boleh jadi juga telanjang.

 

Dan diantara para penzina yang ceroboh

atau sombong;

atau periang

atau boleh jadi juga pengkhayal.

Kini saling kenal dan terhubung dalam sebuah brothel teragung , GOODREADS.COM, sarang  segala maksiat .

Yang turut pula menganjurkan satu perlumbaan aneh, demi mengcapai 50  penzinaan sepanjang tahun.

 

 

Senarai 50 buku yang ternoda

 

  • 1) Perawan Remaja Dalam Cengkeraman Militer ~ Pramoedya Ananta Toer
  • 2) Suffering, Suicide and Immortality: Eight Essays from The Parerga ~ Arthur Schopenhauer
  • 3) Perempuan di Titik Nol ~ Nawal El Saadawi
  • 4) Belenggu ~ Armijn Pane
  • 5) Si Lugu ~ Voltaire
  • 6) Harimau, harimau ~ Mochtar Lubis
  • 7) Art of war ~ Sun Tzu
  • 8) Larasati ~ Pramoedya ananta Toer
  • 9) Sekali Peristiwa di Banten Selatan ~ Pramoedya Ananta Toer
  • 10) Renungan Pak Sako ~ Ishak Haji Muhammad
  • 11) The Forbidden Rumi ~ jallaludin ar rumi
  • 12) Introductory Lectures on Psychoanalysis ~ Sigmund Freud
  • 13) Manjali dan Cakrabirawa ~ Ayu Utami
  • 14) Maya ~ Jostein Gaarder
  • 15) Jesus anak manusia ~ khalil Gibran
  • 16) Alam – Manusia ~ khalil Gibran
  • 17) bertuhan tanpa agama ~ Bertrand Russell
  • 18) The Interpretation of Dreams ~ Sigmund Freud
  • 19) Tagore dan masa kanak ~ Rabindranath Tagore (terjemahan ayu utami)
  • 2o) sang penguasa ~ niccolo machiaveli
  • 21) Discourse on Method ~ René Descartes
  • 22) The Alchemist ~ paolo coelho
  • 23) a child called it ~Dave peltzer
  • 24) simposium tasawuf dan tariqat ~ Prof Dr Burhanuddin al-Helmi
  • 25) Shahnameh: The Epic of Kings ~ Abolqasem Ferdowsi
  • 26) 1001 masalah jiwa manusia ~ yusoff zaky yacob
  • 27) Chronicle of a Death Foretold ~ Gabriel García Márquez
  • 28) Rantau selamat – Abdullah Hussain
  • 29) Badai semalam – khadijah hashim
  • 30) Keadilan Ilahi – Hamka
  • 31) abzyxx ~mana sikana
  • 32) 13 mei sebelum dan selepas ~ tunku abdul rahman
  • 33) melihat tanah air ~ ibrahim yaacob
  • 34) nadja tragedy ~ hada maideen
  • 35)budak beca ~ pak sako
  • 36) Gitanjali ~ Rabindranath Tagore
  • 37) Sumbanganmu dikenang ~ Ramlah Adam
  • 38) bahaya mengekor non-muslim Mukhtarat Iqtidha’ Ash-Shirathal Mustaqi (ebook)~ Ibnu taimiyah
  • 39) Risalah bai’at (ebook) ~Ibnu taimiyah
  • 40) Sri Sumarah and Other Stories ~ Umar Kayam
  • 41)Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara
  • 42) ikhtisar ilmu tasawuf ~ Dr yusof nooor
  • 43) Iblis Menggugat Tuhan ~ Da’ud ibn Tamam ibn Ibrahim al-Shawni
  • 44) Masalah roh ~ Ibnu Qayyim
  • 45) Muatan Cinta Illahi dalam Doa-Doa Ahlul Bayt ~ Syaikh Muhammad Mahdi Al- Ashify
  • 46 ) Khazanah Intelektual Islam ~ Nurcholish Madjid
  • 47) Pengantin Baru ~ Pak Sako
  • 48) Aristotle – Jonathan barnes
  • 49 ) pudarnya pesona cleopatra ~ habiburahman el-shirazy
  • 50 !!! the story of a shipwrecked sailor ~ gabriel garcia marquez

 

[ i ] Aku takkan berzina dengan buku yang sama 2 kali.

[ ii ] Buku yang terhebat di ranjang aku baca tahun ini adalah : The Alchemist ~ paolo coelho  

[ iii ] Buku paling sundal dan membuang masa aku tahun ini adalah : Masalah roh ~ Ibnu Qayyim 

[ iv ] Buku paling ilmiah aku baca tahun ni adalah :  Khazanah Intelektual Islam ~ Nurcholish Madjid

[ v ] Buku rencam paling menggugah :  Iblis Menggugat Tuhan ~ Da’ud ibn Tamam ibn Ibrahim al-Shawni

[ vi ] akrobatik ranjang paling diluar dugaan :  Harimau, harimau ~ Mochtar Lubis

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: