Polis Vs Penjahat


  • secara timeline
  • macam biasa , aku pergi kerja lambat setengah jam, rasa bosan pulak tak kena tipu.. aku capai suratkhabar , baca
  • lepas kena tipu secara suka rela, aku keluar makan nasik lemak
  • bos belum masuk, aku mengular lagi.. layan internet update status kat FB
  • tengah aku berusaha gigih mengupdate status, aku dgr bunyi kereta sedang drift dari jarak dekat..
  • seterusnya dgr bunyi kereta eksiden. kemudian aku nampak 2 lelaki berlari depan kedai aku
  • di belakang lelaki2 tu ada suara menjerit “tangkap org tu”,”tangkap orang tu”, nada yg tergagap2 bagaikan menahan ejakulasi
  • nun di hujung simpang deret kedai ada ramai org tengah start berkerumun kat kereta penjenayah tu .. standet la , penyibuk
  • aku berlari ke kaki lima… nampak lah seorang polis bersaiz doraemon yg termengah2 pancit tak larat kejar penjenayah
  • aku tengok polis geledah kereta.. ada parang buruk 2 bilah. ada batang pancing sebatang dan ada safety boot sepasang
  • termasuk lah aku penyibuk… aku pergi tengok juga sebab nak tau plat kereta je..itupun bagi kepentingan draw hari sabtu
  • di kalangan crowd busybody tu dah mula tersebar khabar angin, kononnya orang indonesia baru lepas menyamun kena kejar polis
  •  aku cuba fikir kaitan barang kes dengan kegiatan samun..parang nampak berguna, tapi safety boot tu betul2 buat aku jd blur
  • makin pening bila memikirkan batang pancing tu.. mungkin diorang ada perancangan nak memancing lepas berhasil menyamun
  • lepas dapat nombor yg aku hendak, aku balik kedai sambung FB, waktu kerja terlalu berharga untuk dibazirkan berkhabar angin
  • 1 jam kemudian khabar angin merebak.. kononnya perompak tu lari sambil tangan terhunus pisau..
  •  khabar angin jadi semakin dramatik bila ada cerita penjahat terlepas tu berjaya merampas motor parking kat 7E
  •  aku malas ambik pot..aku balik nak solat jumaat
  •  bila kat rumah baru aku teringat.. depan kedai aku ada CCTV.. dari aku layan khabar angin , baik aku layan drama GERAK KHAS
  •  balik ke opis terus aku bergegas ke monitor CCTV.. cari punya cari dan bertemulah akhirnya …
  • serius, aku malu sendiri tengok polis tu buat kerja, masa berlari tu pistol dia tercampak ke lantai bergolek msk longkang
  • masa penjahat tu meloloskan diri celah tiang sempit, polis tu tersangkut perut boroi dia…
  •  jezz … kata aku pada diri sendiri.. aku sokong kau encik polis, jgn aibkan diri macam ni..aku kecewa
  • aku selalu tengok kehebatan polis menahan motorist tak pakai helmet dan menahan lori lebih muatan , tapi ….. aduhh
  • sepatutnya aspek yg patut diorang tekankan adalah menjaga keselamatan negara…sepatutnya diorang handal menangkap penjahat
  • dalam CCTV tu jugak aku tak nampak pun penjenayah berlari sambil hunus pisau, dan lagi muka mcm bebudak melayu malaysia je
  • aku buat andaian, mungkin bebudak drive takde lesen panik nampak polis terus lari. kalau betul camtu, nasib tak kena tembak
  • aku balik kerja, heboh semua orang cerita pasal tu aje… aku baring kejap terus terlelap…
  • bila aku bangun tidur pukul 12 malam, khabar angin jadi makin dramatik..kononnya seorang dari perompak tu kena tembak
  • tembak celah mananya weii..pistol pun duduk dalam longkang je.. aku ulang tayang part tu 5 kali sambil gelak..aku tau la
  • Kalau fitnah itu seperti makan daging saudara sendiri, Maka mendengar khabar angin tu samalah seperti berkongsi2 makan taik
  • #polisvsperompak     THE END

“Segala hal yg aku lihat dengan mata kepala pun aku tak percaya, apalagi hal yg cuma aku denga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: