korban politik panik
Aku memang bosan nak tulis pasal politik. Tapi aku rasa banyak sangat pembodohan yang perlu dijernihkan. Sebagai pemerhati yang tak menyokong mana-mana pihak, aku rasa suasana politik malaysia langsung tak matang. Terutama pasal 6 orang tahanan politik PSM atas alasan baju berimej Che Guevara.
Kalau mereka memang komunis, maka aku sendiri pun hari-hari akan berkempen agar fahaman mereka jangan sampai bertapak di negara kita !!
Malaysia tak perlukan diktator !! Malaysia tak perlukan authoritarian !! Malaysia tak perlukan kuku besi !!
Tapi pada aku ini semua sangat bodoh.
Ia seperti membuat kelakar yang tak lawak, tapi nampak bodoh. (Rujuk amir maharaja lawak)
SOSIALIS dan KOMUNIS adalah dua hal yang sangat sangat BERBEZA.
SOSIALIS adalah SISTEM EKONOMI
manakala KOMUNIS pulak adalah sistem pemerintahan politik.
Apa saja konsep ekonomi yang memberi faedah kepada rakyat golongan bawahan dipanggil SOSIALIS. atau mungkin istilah yang selalu disebut adalah ‘negara kebajikan’
~Even dalam islam tentang zakat itu pun tergolong dalam konsep sosialis iaitu mengutip wang dari golongan berkemampuan dan diberikan kepada golongan yang miskin.
(dalam istilah sosialis dipanggil golongan atasan (kaya) dan golongan pekerja (miskin).
~Even dalam konsep kerajaan Malaysia hari ini pun, di mana peruntukkan khas untuk golongan rakyat termiskin itu pun adalah sosialis juga. Faham??
sosialis mengamalkan demokrasi dengan sistem mengundi pilihanraya.
manakala komunis adalah negara diktator. Tak ada mengundi .
SATU-SATUNYA PERSAMAAN ADALAH , NEGARA KOMUNIS JUGA MENGGUNAKAN SISTEM EKONOMI BERASASKAN SOSIALIS.
Selain itu, tak ada lagi yang sama,
Apatah lagi sosialis itu sendiri memang dah wujud lagi lama sebelum Karl marx tulis kitab komunis dia tu. Dan itu adalah fakta. (check wikipedia)
Perhimpunan haram BERSIH 2.0 sudah pun berlalu.
Namun jenakanya belum lagi berakhir. Sebagai sebuah negara demokrasi, penahanan kesemua 6 anggota PSM adalah tidak wajar dan tuduhan komunis terhadap mereka adalah terlalu mengarut.
Dalam percubaan untuk menghalang berlakunya perhimpunan Bersih 2.0, ternyata media massa telah menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat agar tidak melibatkan diri. Mereka memperbesarkan kemungkinan-kemungkinan tentang rusuhan kaum, molotov, parang dan salah satu daripadanya adalah mengaitkan perhimpunan tersebut dengan fahaman komunis.
tujuannya supaya rakyat panik dan paranoid.
Taktik tersebut ternyata gagal, perhimpunan haram itu tetap juga berlangsung. Manakala 6 orang anggota ‘parti sosialis malaysia’ yang dijadikan umpan mereka pra-perhimpunan bersih tak lebih dari orang-orang yang teraniaya dan tertindas.