LETHOLOGIKA 2.0
Tentang kepercayaan-kepercayaan bodoh dan melarat
Ternyata mereka masih menyangka guruh adalah petanda kiamat,
tak lebih buruk dari teori kemurkaan dewa Zeus yang tercela
atau tersangka ledakan granat yang terlepas jatuh dari tangan para malaikat
Dan kita yang masih berpijak di muka bumi
tetap mencongak rahsia di balik langit
dari akal yang separuh adalah fantasi dan selebihnya datang dari pancaran satelit
Maka guruh adalah permainan illusi bunyi
sementara yang berkata benar itu ternyata cuma Benjamin Franklin
Berinjak dari otak masyarakat yang berpaksikan kejahilan
dan institusi pemerintah yang menderita paranoia jejadian
Tak semudah membungkus atmosfera dengan api muslihat
kerana membakar sentimen hanya membiakkan populasi fasis Abu Jahal
menyangka negara ini pedati yang mudah didorong andai mereka bersarungkan topeng keldai
manusia adalah daging yang sentiasa berfirasat
sedangkan mati lebih baik dari bernafas hidup dalam liang lahad
propaganda paling tolol sentiasa datang dengan parang
walau perjuangan paling benar adalah yang bersedia terbakar menjadi arang
maka hari ini Socrates adalah suatu proses pembenaran
Mansur Al-Hallaj adalah proses pengorbanan
dan Jesus adalah proses perjuangan
Kerana mereka semua membuktikan penentangan bersifat fatal
manakala kematian bukanlah garisan penamat
Pontias Pilate berfirman dari sarangnya di Putra Jaya
menjerut mereka yang masih beriman kepada media massa
menyebar template tentang konspirasi lubang cirit
dan memanipulasi traumatik jumud terhadap tukul dan sabit
sebangang menyalahkan freemasons atas kewujudan semua simbol piramid
Dan kemuncak kelucuan adalah molotov dalam botol plastik
takutilah takhyul yang tak pernah ada
maka benarlah kata para sufi,
“manusia sentiasa takut kepada hal-hal yang tak pernah diketahuinya”
Dirikan tembok Berlin berbatu-batakan fantasi
bangkitan karekter anasir luar negara dan kafirisme
melambakkan fobia-fobia tolol yang melangkaui batas logis
Selucu menggambarkan sengketa perkauman atas nama sosialis
Kebodohan apakah untuk dipanggil sebegini kalau bukan JAHIL
KENAPA MEMENINGKAN DIRI DENGAN KONSEKUENSI RUMIT ???
BERSIH CUMA TUNTUTAN SUPAYA BERLAKU ADIL
atas ketulusan demokrasi biarkan mereka berhimpun aman
Sebelum dicampuri tangan-tangan publisiti yang selalu kelaparan
Kerana implementasi ternyata adalah kisah yang berlainan
Kesilapan terbesar Judas Iskariot ialah mencuba dildo berjanama FASIS
Lebih baik percaya pada penis getah sejak perjuangan sebenar Ibrahim Ali adalah berpiknik
Orang yang mahu bersorak di jalanraya adalah hak mereka
Orang yang mahu mengkritik orang bersorak di jalanraya juga adalah hak mereka
tapi pembantaian militer terhadap orang awam yang berhimpun adalah dayus
Dataran Tienanmen jangan sampai berlaku di Kuala Lumpur
tangani kemarahan dengan akal sejuta kali lebih mulia dari tangani dengan peluru
Aku takkan pernah mengatakan kerajaan ini layak digelar sempurna
Aku cuma menuntut penguasa agar lebih banyak menggunakan akal
Kerana rakyat tak pernah terhibur berada di bawah cengkaman authoriti dangkal
Aku takkan pernah mengatakan pembangkang lebih bijaksana
kerana petah bercakap tak bererti petah melaksana
aku faham konsep oren lebih baik dari epal
tapi aku masih belum faham mengapa ada monster baru yang lebih baik dari monster lama
Aku adalah apa yang aku percaya
terbatas pada cara otakku menganalisis suasana
Kesempurnaan takkan pernah wujud di dalam dunia
Maka yang terbaik adalah bersifat kritis terhadap kesemuanya
Selayaknya Pramoedya sang manusia raksasa,
humanis yang memusuhi semua penguasa
Kebenaran bukan terletak pada tokoh, tapi pada situasi
Ada garis yang menjadi sempadan antara teoris dan pragmatis
seperti garis perantaraan antara magic realisme dan surrealisme
Kerana kita adalah kuman-kuman alam semesta yang belajar secara empirikal
Najib tak perlu jadi predator kerana Anwar sendiri adalah serigala
harus menjadi relevan kepada rakyat multi-ethnic
putuskan segera hubungan dengan perkasa
etnik chauvinis adalah barah tapi ultra-nasionalis adalah nazak
tak perlu lagi memomokkan rakyat dengan kisah dongeng buku sejarah
Rakyat seperti juga ekonomi dengan konsep kehendak
mendengar tuntutan mereka bukan tindakan rugi jika pemerintah bijak
Kita berbicara tentang masa depan rakyat yang lebih baik
Kesombongan adalah kesilapan paling basic
Sebagai rakyat, aku juga punya tuntutan sendiri
apa yang aku mahu adalah kebebasan yang hakiki
apa yang aku mahu adalah keseimbangan kosmos yang eterniti
Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh kedamaian