Kehabisan Nyawa


Bukan pembual akhlak atau moral,
apalagi tentang taboo atau pantangan-pantangan berkudis yang telah termaktub sejak azali,
semua itu langsung tak ada kena mengena.

Tapi aku perlu jujur dengan diri sendiri, aku tak suka dadah.
Khayalan sober aku jauh lebih berpuaka.
Aku tak perlukan bantuan dadah sintetik,

SAYA SOBER, SAYA OK.
Tanpa dadah pun aku tetap boleh mengkhayalkan lembu belang yang berkeupayaan berenang,
Bukankah membeli bateri untuk lampu suluh berkuasa solar adalah perbuatan yang sia-sia.

Seperti seorang pengkhayal waras terhormat, yang menetapkan akal pada pusat alam semesta.
Aku belajar dari sejarah-sejarah hidup yang pahit.
Aku tak berhak menempelak seluruh isi langit tentang tabiat baik atau buruk,
tapi aku selalu berharap kebijaksanaan akan sentiasa menang dalam perseteruannya menentang kedangkalan.

Aku pernah kenal seorang sahabat yang datang dari planet yang berlainan.
Dia bertubuh kurus dengan mata yang hampir terkucil keluar setiap kali dia berbicara.
Di dadanya ada tattoo XPDC terukir dari font cakar ayam,
sementara di lengan kanannya terpahat tattoo nama bekas kekasih sejati yang telah meninggalkannya sekian lama.

Kelantan, bukan negeri kelahiran dia, tapi itu memang nama panggilan dia.
Kelantan datang dari negeri kedah atau penang kalau aku tak silap, sebab dia memang cakap loghat utara. Pekat.
Seperti aku, dia juga merantau. Kami berkerja dan menyewa rumah sama.
Dan seperti aku, dia juga sedang dalam proses memaknai sebuah kebebasan mutlak dalam jiwa muda.
Kami sama-sama menjelajahi wilayah hidup yang liar tak bermoral.
Dan hidup liar takkan dipanggil liar kalau tak hisap dadah.

Hidup memang selalu aneh, dan larangan memang selalu menguja sifat ingin tahu.
Dari dadah level picisan, kami beralih ke darjat lebih tinggi.
Apa gunanya nak jadi Kurt Cobain kalau tak cuba Heroin.
Selaras dengan populariti heroin dalam kempen anti dadah zaman tu,
di papan-papan iklan tepi jalan mahupun kempen anti dadah dalam tv: “rupa-rupanya Mona lebih advance daripada aku”,
Semua promosi menjurus kepada heroin, Dan secara tak langsung dadah jenis tu dipandang lebih berkualiti.

Setiap kali kena je, mesti layan lentok.
Lepas tu berbual benda yang sama je,
” barang hari ni tak power macam yang semalam”, atau “barang hari semalam tak sehebat yang kelmarin”.
Dan setiap kali lentok aku selalu membayangkan imej Kurt Cobain.
Disebabkan cerita ni sekitar tahun1994/1995,
maka cuba bayangkan berapa besarnya pengaruh Nirvana dalam jiwa memberontak aku pada masa tu.
Tapi itu bagi aku lah, bagi kawan aku yang nama kelantan tu mungkin dia sekadar membayangkan imej saleem iklim je sebab dia tak layan Grunge.

Ketagihan memang seriously sucks ! Kerja pun makin tak semangat, last2 kena buang kerja.
Harta benda yang sedia ada pun semua dah tergadai buat modal beli barang.
Tv, radio, tong gas, baju, seluar, asal barang boleh jadi duit aje.
Pengaruh Kurt Cobain memang betul-betul macam celaka.

Bila rakan seperjuangan aku dah mula pecah masuk rumah orang,
Aku tahu yang kami memang dah tahap melarat, aku berundur balik kampung.
It’s not easy to quit, but once i quit, aku tak pernah usik lagi. never again !!
Kali terakhir aku dengar berita pasal kelantan, dia dah disahkan positif HIV.

Nah, aku bukan nak membebel tentang masa lampau,
lagipun, aku dah abadikan dia dalam lirik lagu yang aku tulis.

“Life is something u dont understand,

between the dreaming and to chase a dream” 

Tak kisahlah apa yang dah berlaku,
Kisah ni pun dah berbelas-belas tahun dulu.Kelantan bukan satu-satunya kawan aku yang jadi mangsa HIV,
6 tahun lepas pun ada lagi seorang kawan aku dah arwah sebab benda tu.

“Drugs are a waste of time. They destroy your memory and your self-respect and everything that goes along with with your self esteem.” ~ KURT COBAIN


Comments
2 Responses to “Kehabisan Nyawa”
  1. adiospunk berkata:

    betul tu koboi, dunia lebih sempurna tanpa dadah

  2. koboi berkata:

    kalo ada agensi kerajaan tak kirala polis ke, AADK ke, kesihatan ke yg buat pertandingan cerpen pasal dadah, dah boleh try ni. hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: