mimpi-mimpi indah anarki

Aku tak tahu kalau ini adalah sambutan pesta atau perayaan menyambut kedatangan kiamat.
Gema hinggar-binggar disulami letupan-letupan mercun terus membingit sepanjang malam.
Bunga api tak putus-putus mekar di bentangan tirai langit . Bergiliran satu demi satu tak ada putusnya.
Di bawah tiang-tiang lampu ada himpunan manusia berpesta riang dan bernyanyikan lagu-lagu dalam nada mabuk.
Dari atas balkoni sepanjang jalan, gadis-gadis munggil menghadiahkan senyuman-senyuman hangat.
Kenderaan lalu lintas memekik hon sepanjang jalan. cukup bingit untuk menghalau burung-burung gagak yang selalu bertenggek atas wayar elektrik. Anak-anak kecil pun ikut bernyanyi sambil berlari-lari di kali lima.
Lagu internationale pastinya.
Aku tahu dari lantunan iramanya. Sejak zaman-berzaman lagu keramat itu dianggap para fasis sebagai tiupan sangkakala.

Aku yang berjalan di tengah kesesakan manusia tak rasa tertarik dengan sambutan mereka. Aku mahu cepat ke rumah. Aku letih, aku mahu tidur. Biar besok saja kulihat hari barunya.
Hari kemenangan yang dirindui oleh semua penduduk kota ini setelah sekian lama.
Hari yang tak ada lagi ular-ular bisa di tampuk kuasa.
Kota ini sudah berjaya menyingkirkan parti politik fasis melalui pemilihan yang demokratik.
Franco sudah jatuh digulingkan oleh suara rakyat.
Kuku besinya sudah tumpul, taringnya sudah patah,
mahligai korupsinya juga sudah hangus dibakar. Rakyat sudah bersuara.
Kerumunan manusia yang semakin sesak membuatkan membuatkan langkahku kian tersekat.
Hampir sukar nak bergerak. Himpunan manusia masih lagi bernyanyi dan menari di sepanjang jalan dan lorong. Diiringi tepuk tangan orang disekitarnya.
Entah bagaimana, tiba-tiba aku terlihat ada sesusuk tubuh manusia yang membelok ke arah satu lorong kecil.
Kelibat itu entah kenapa sangat menarik perhatian aku.
Dalam hatiku mungkin itu jalan pintas.
Aku tak fikir panjang kerana memang tak salah kalu mahu mencuba jalan baru.
Aku mengambil berberapa minit untuk lolos dari kerumunan orang ramai itu dan langsung saja menuju ke lorong yang kulihat tadi.
Semakin jauh aku melangkah semakin aku jauh dari keriuhan.
Lorong sempit itu juga menjadi semakin sunyi kerana tak ada sesiapapun yang melewatinya. Kini aku hanya bertemankan dengan derap tapak kaki aku sendiri sahaja. Setelah agak jauh melangkah , aku mula tertanya-tanya, jalan ini sebenarnya menuju ke mana ?
Oleh kerana lorong itu lurus tak ada cabang kiri-kanan, maka aku berjalan saja tanpa mahu memikirkan apa-apa.
Sayup dari jauh, kulihat kelibat seseorang di hadapan. Dalam hatiku mesti dia adalah orang yang kulihat membelok ke lorong semasa keramaian tadi. Tapi kenapa dia seperti cuba melajukan langkah kakinya. Aku pun turut melajukan juga langkah kakiku.
Aku cuma mahu bertanya tentang jalan keluar lorong.
Tapi bagaimana aku mahu bertanya kalau dia kelihatan semakin menjarakkan diri sahaja.
“Saudara !” pekikku separuh berteriak.
“Saudara!” pekikku kali kedua bila lelaki itu kelihatannya mahu berlari.
Sewaktu aku bergegas mahu mengejar, tiba-tiba dari celah-celah dinding lorong melompat di hadapanku 2 orang pemuda. Seorang bersenjatakan pistol yang muncungnya dihalakan ke arah aku.
“Kau pengintip fasis ya?” sergah lelaki yang bersenjata.
Bebola mata temannya yang seorang lagi melilau melihat dibelakang. Khuatir jika aku bukan datang berseorangan.
“Siapa lagi yang datang dengan kamu?” tegurnya perlahan , tapi tegas.
“Korang cerita apa ni? aku sorang je la…” jawabku.
“Ohhh… Datang mengintip sendirian? ”
“aku bukan pengintip la. aku baru balik kerja ni”
“Mana ada pengintip yang mahu mengaku dirinya pengintip …betul tak ?” Kata salah seorang dari mereka seraya kedua-dua mereka ketawa serentak.
Sewaktu hilai tawa itulah aku terasa ada benda keras yang menghentak kepala aku.
Aku tak sedar. Aku terpadam …………….
* * *

Sewaktu aku tersedar dari pengsan, ternyata aku sudah berada di atas sebuah kerusi di dalam sebuah bilik yang agak gelap. Di hadapanku ada sebuah meja. Dan di atas meja itu ada satu-satunya lampu gaslin yang menyinarkan cahaya ke seluruh ruang bilik. Memang samar tapi aku masih dapat memerhatikan adanya orang-orang lain selain aku. walaupun cuma aku saja yang tangannya terikat.
Tubuh aku masih lemah, tengkuk aku masih sakit, dengan kundrat yang sedikit aku cuba bersuara minta dilepaskan.
Seorang yang berbadan gempal datang menghampiri aku dan bertanya :
“kau bekerja untuk siapa ?” soalnya dengan suara garau.
“Aku kerja kedai mozek , kenapa ni ? lepaskan aku la !! ”
“Aku tak suka orang bergurau” katanya lagi sambil duduk di atas kerusi. Setentang denganku. Hanya meja yang jadi perantaraan. Dan dari cahaya lampu gaslin dapat kulihat lelaki gempal itu berserabut dengan jambang. Dan lebih mengejutkan, bahawa lelaki yang berada di depan aku itu adalah Karl Marx. Mataku hampir tersembul tak percaya. Aku tahu itu adalah Karl Marx, sama seperti dalam gambar-gambar dalam buku yang pernah aku baca.
“Oh … syukurlah kepada tuhan, sebab yang menangkap adalah komunis” kataku penuh kelegaan.
“Syukur ? hehehe ternyata kau juga pelahap candu. Orang-orang fasis memang selalunya begitu” balas Marx mempersendakan aku.
“ehhh aku takde kena mengena dengan perjuangan kamu la…. lepaskan aku boleh tak?”
“Lepaskan kau ? tentu saja boleh” jawapan sinis yang disambut gelak ketawa semua orang yang ada di dalam bilik tersebut.
Kali ni aku betul-betul jadi cuak, nampaknya mereka betul-betul sangka aku pengintip fasis.
Bukan gurauan.
Fikiran aku mula bergerak ligat. sangkaan-sangkaan buruk mula menghujat wilayah dalam benak kepala.
“Apa yang mereka beritahu kau tentang komunis ?” Marx menyoalku dengan serius.
“Errr, komunis ?”
“Ya , komunis, aku suka sekali mahu mendengar apa yang dipropagandakan oleh pihak fasis ”
“Maksud kamu…..”
Marx tak menjawab, aku dapat rasakan dia tersinggung..
wajahnya berubah merah, sama seperti warna merah bendera bintang dan sabit tukul bersilang.
“Pertama sekali, kalian semua mesti betulkan dulu sangkaan kalian, aku bukan dari pihak fasis, ok”
Aku cuba meredakan kemarahannya.
“Ya, ya… tak kisahlah kau di pihak mana pun, teruskan jawap soalan aku tadi” Keras sekali tegurannya kali ini.
“Baiklah…. Tentu saja komunis adalah tentang kesamarataan di kalangan rakyat, manusia tak lagi terbahagi mengikut kelas, tak ada kaya tak ada miskin, semua orang sama rata, semua pemilikan harta akan dijadikan milik negara jadi manusia tak perlu lagi berlumba-lumba mengumpul harta atas dasar tamak haloba seperti sistem kapitalis …”
“hmmmmm…. nampaknya itu bukan jawapan yang aku mahu…”
SLAAPPPPPP !!!!
Satu penampar hinggap di atas belakang kepalaku.
“Jawapan yang aku mahu adalah propaganda yang memburukkan kami, kau faham tak?”
Marx bertempik sambil kedua belah tangannya menepuk meja, kemudian dia menyambung bicara.
” Kami pengkhianat bangsa, kami merompak harta rakyat, kami memeras ugut, arghhh !! kami apa-apa saja yg buruk lah…. atau mungkin mereka kata kami ini kanibal, manusia makan daging manusia…jawapan yang macam tu aku mahu….”
” Ohhh yang macam tu ke, pembaca suratkhabar memang fikir macam tu, tapi aku tahu commies takkan rompak harta rakyat… malah mencuri buah dari dusun penduduk pun adalah kesalahan bagi mereka, merekakan berjuang untuk membebaskan rakyat… merompak cuma memburukkan reputasi mereka je”
“Hmmm ..hairan juga… bagi seorang fasis, pengetahuan kau tak seteruk yang aku sangkakan”
“Kann aku dah kata…. aku bukan fasis !!”
“Habis tu kau percaya pada revolusi komunis? ”
“Tak, aku tak suka. Apa bezanya pemimpin dengan pemimpi.”
“Maksud kamu ?”
” Diktator … kan kamu sendiri pernah katakan bahawa perang kelas harus dipimpin oleh diktator dari kalangan proletariat, yang mana kediktatoran itu sendiri akan menjadi konstitusi yang akan terus menghapuskan sistem kelas”
“Kenapa? sepertinya kamu tidak yakin dengan perlaksanaan revolusi dengan cara sebegitu ?”
” Dah tentu tidak, kamu cuma memikirkan cara untuk menghapuskan jurang miskin dan kaya, tapi kamu mencipta satu jurang baru iaitu antara kelas tentera dengan kelas rakyat biasa…bukankah itu semua mengarut?
perlaksanaan sistem jadi makin gila apabila kerajaan autokrartik mengikut acuan idea kamu langsung tak berlandaskan humanity dan ……”
“Ok cukup………!!” Marx memotong kata-kata aku walaupun aku belum lagi habis berhujah.
” Takkan dah cukup, belum habis lagi tu… kau sepatutnya kaji sifat manusia juga.
Secara semulajadinya sifat tamak dan angkuh akan datang sendiri dalam diri diktator kerana mereka adalah manusia. Memberhalakan seorang manusia dengan memberinya kuasa mutlak selayak tuhan ternyata lebih gila dari agama menyembah kuda kayu”
“kuda kayu?”
“Yep kuda kayu, kerana kuda kayu tak reti memberi arahan, tapi tuhan diktator ciptaan kamu tu tak reti buat apapun selain memberi arahan, boleh tak kau lihat perbezaannya”
“Lihat saja diri kau sendiri ketika ini, kau mengikat aku dan kau memberi arahan kepada aku untuk menjawab soalan..
kau diktator… sedangkan kebebasan aku pula terbatas. Itukah dunia sama rata yang kamu mahu ciptakan encik marx? ”
“Baik kau tutup mulut kau yang busuk tu atau aku sumbatkannya dengan peluru”
” Huh !! Dasar diktator … ”
Ternyata Karl Marx dah naik angin, dicapai pistol yang terselit di pinggangnya. Namun sebelum dia bertindak lebih jauh , tiba-tiba ada suara yang melarangnya.
“Lepaskan aja tawanan kamu tu, dia tu budak aku…..”
Aku menoleh kepada arah datangnya suara tersebut, aku jadi semakin kaget, suara itu ternyata datang dari seorang tua gempal dengan baju kot bulu-bulu seperti seorang pengemis homeless .
Mukanya yang agak tembam itu diselaputi jambang agak pendek jika dibandingkan dengan Marx.
“Bakunin….” bibirku bergerak namun dia suara yang terkeluar.Betulkah itu gerangan Bakunin.

“Kau dah semakin rabun , Marx. Lihatlah kau tak tahu membezakan musuh dengan sahabat.”
sindir Bakunin.
Marx hanya senyap dengan air mukanya membusuk.
Berberapa orang yang tadi membuntuti Bakunin maju ke arah aku sebelum membebaskan ikatan tanganku.
Aku bangun dalam keadaan tubuh yang masih lemah, aku menggosok-gosok pergelangan tanganku yang masih sakit sambil mataku menyoroti muka berak Karl Marx , mulutku sengaja berkumat-kamit perlahan “fuck you” tanpa suara. Marx yang perasan dengan carutan aku itu menjadi semakin suram. Aku berlalu ke arah bakunin sambil berkata :
” Seronoknya dapat berbicara tanpa tangan terikat, semua orang dalam dunia patut berbicara dengan cara begini, baru rasa bebas dapat dinikmati secara total ”
Bakunin hanya tersenyum. Aku menjabat tangannya sambil berkata,” Hasta la Victoria Siempre, viva la anarchy !!”
Bakunin membalas dengan senyuman, bukan senyuman seorang ketua, tetapi senyuman seorang sahabat.