Aku depresif , lalu aku ada


Padahal aku sudah tahu sejak mula
Jarak antara aku ke Taman Melankolia itu merentas jurang  semesta
Bahkan aku sudah tahu pula
Bahawa mendesak diri untuk ke sana adalah lebih buruk dari hukuman penggal kepala

Kadang-kadang kita tahu membezakan antara malaikat dengan berhala
Kadang-kadang kita gagal membezakan antara rama-rama dengan serigala
Kadang-kadang aku memohon dari sang pencipta
Agar dikurniakan telinga yang paling tajam
Yang membolehkan aku  mendengar fikiran manusia
Biar ku tahu isi hati mereka
Ya, kalau mereka bicara tentang kelopak-kelopak bunga
Apakah mereka fikirkan tentang anggerik sepenuhnya
Atau mawar,
atau teratai
atau bunga matahari
Atau memang mereka berbicara tentang bunga yang mereka sendiri tidak kenali.

Taman Melankolia tak seperti taman yang ada dalam fikiranku
Tak ada papan gelunsur,
tak ada jongkang -jongkit,
tak ada bangku
Yang ada hanyalah buaian-buaian palsu
Aku menjegilkan bebola mataku
melihat taman ini yang kuanggap horror
Kerana perempuan yang sedang menghayun buaian itu
Memang pernah ku lihat dalam dalam lirik-lirik lagu A minor yang mendayu

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: