Terpanah petir Pramoedya


Pramoedya Ananta Toer

Manusia yang bernama pramoedya ini lebih besar kuasanya daripada api.

Dia tak mengajak aku membaca , tapi sekali aku sudah terbaca karyanya, dapat aku rasakan bahawa diri aku ini ikut terbakar keseluruhan.

Gila ! Aku pasti percaya kalau manusia bernama pramoedya ini mampu menangkap petir dengan jari-jemarinya. Yang kemudian petir itu diperahkan menjadi dakwat. Dan itulah yang digunakan untuk menulis segala macam karyanya. Novel-novel agung, cerpen-cerpen yang menyentuh.

Aku pasti bahawa aku bukan satu-satunya yang terusik.  Salah satu dari video dokumentarinya di Youtube , diceritakan sendiri olehnya  tentang seorang tahanan zaman perang  yang lari dari penjara. Bila ditangkap dan disoal kenapa dia lari, jawabnya kerana mahu menjadi ‘Minke’ , iaitu watak utama dari novel nya yang masyhur Bumi Manusia .

Begitulah besarnya pengaruh penulis ini ke dalam psikologi pembaca. Dia menanamkan sifat cuba melawan. Dia menanamkan sifat saling menyayangi sesama manusia. Dia memainkan watak-watak rakyat miskin dan tertindas. Sesekali kita dapat merasakan dia sedang memberikan isyarat-isyarat bagaimana caranya kita harus melawan. Menggunakan plot-plot dan permainan karekter-karekter ciptaannya. Kadang-kadang berasa sinis bila dia menyindir. Tiada kisah-kisah lucu menandakan dia seorang yang tegas. Dalam erti kata lainnya, dia memang seorang genius.

Pertama kali aku membaca novel tulisannya adalah Keluarga Gerilya. Buku edisi pelajar milik kakak aku . Sebagai seorang yang dah biasa membaca zine-zine punk, pastilah aku tahu serba sedikit tentang falsafah kesamarataan dan kemanusiaaan. Itu kerana punk itu sendiri adalah bahagian budaya subversif, sosialis dan anarkis. Biarpun dalam punk ianya dihuraikan sedikit keanak-anakkan ( kerana memang penulis-penulis zine pun rata-ratanya budak-budak sekolah ) sedangkan apa yang aku temui dalam penulisan Pramoedya ini adalah nilai-nilai kemanusiaan yang digarap secara serius.

Buat pertama kalinya aku berjaya keluar dari kepompong. Kini aku tahu bahawa punk bukanlah generasi pertama yang bertindak kritis terhadap  authority dan fascism. Kerana dunia kesusasteraan sudah lama melaungkan penentangan untuk kaum-kaum yang tertindas. Baik di dalam negara, mahupun di luar negara sama sahaja.

Seperti yang telah aku nyatakan, Pramoedya tak mengajar aku membaca.  Aku memang dari jenis kaki buku. Biasanya kisah pengembaraan lawan pedang, atau buku dongeng dan hikayat seribu satu malam dan bacaan non-politikal lainnya. Tapi Pramoedya adalah manusia yang mengubah haluan pembacaan aku kepada realistik. Dan mencetuskan perasaan ingin menulis ke dalam diri aku.  Dia membuatkan aku percaya bahawa bukan semua orang perlu dilahirkan menjadi Che Guevara , sesetengah orang dilahirkan untuk menjadi Pablo Neruda.

Sebenarnya, watak-watak yang ditulis oleh Pramoedya tidak seburuk dengan nasib dirinya sendiri. 3 kali dipenjara dari tiga kerajaan berlainan iaitu Belanda, Sukarno dan Suharto. Berberapa buah buku ditulis sewaktu di penjara dan terpaksa diseludup keluar dan tak kurang juga buku-bukunya dibakar sebelum sempat terbit. Lebih aneh, dia pernah ken hukuman diharamkan memegang alat tulis. Buku-bukunya dilarang di Indonesia sewaktu zaman Suharto sehingga generasi muda mereka tidak pernah mengetahui tentang dirinya sedangkan karyanya di luar negara diterjemahkan kepada berpuluh-puluh bahasa seluruh dunia.

Dia tak pernah mengalah. kerana itu dia sering tercalon ke anugerah nobel.

“Tahu kau  disayangi lebih dari siapa pun? Karena kau menulis. Suaramu takkan padam ditelan angin, akan abadi, sampai jauh, jauh di kemudian hari. ”
— Pramoedya Ananta Toer

Check video-videonya di Youtube. Dia memang punk :

1 )

2 )

3 )

4 )

5 )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: