Punk in love –


punk itu cinta

Memang lumrah bulan ramadhan, cacing-cacing dalam perut aku selalu mendendangkan lagu-lagu keroncong. Kalau hari kerja , tak sedar sangat waktu berlalu, tapi bila hari cuti macam hari ni aku lebih suka mengadap facebook. Main game Bejeweled blitz dengan harapan mencapai markah tinggi dan mengutuk saingan2 dalam friendlist aku. Ralit !! macam upacara membalas dendam 🙂

Tapi hari ni internet kecundang lagi. Perompak-perompak yang bertopengkan streamyx seakan memaksa aku mencarut. Mungkin mereka tak tahu buruk padahnya bila dicarut oleh orang lapar dan dahaga.

Muak dan bosan. Pc aku tak banyak movie sebab baru lepas format. Cuma ada 3 movie je

  1. Jan Dara – Tak sesuai sebab filem thailand yang banyak aksi-aksi telanjang.
  2. Black death – baru je siap download. Tak sesuai juga sebab aku baru tengok 2 hari lepas.
  3. Punk in love – ya , satu-satunya movie relevan untuk aku tonton. kali terakhir aku tengok pun dah agak lama. Ini adalah last resort untuk aku atau pilihan lainnya adalah main game solitaire sampai waktu berbuka.

Dari start je movie, terus berkumandang muzik band Marjinal . Sebuah band punk yang sangat berpengaruh.

Mungkin aku tak berminat mempersoalkan keterjebakan  Marjinal dengan filem arus Mainstream. Kerana aku tak pernah ambil peduli soal-soal picisan berlandaskan etika semata. Pada aku etika hanyalah TEORI. Sedangkan manusia hidup dalam alam realiti, termasuk juga punk sebab punk juga manusia. Maka teori punk harus disadur kedalam alam praktikal supaya ia menjadi realistik. Membawa mesej keluar dari kelompok punk bukanlah sesuatu yang buruk kerana yang penting adalah mesej yang baik untuk dikongsi masyarakat.

Dalam menilai filem Punk In Love , Filem ini cuma kisah perjalanan 4 orang anak punk yang cuba mendapatkan kembali kekasihnya. Aku tak melihat filem ini sebagai mengangkat budaya punk dalam masa yang sama ia tidak memburukkan budaya punk. Dalam erti kata lainnya ia tak menggambarkan punk di sudut negatif manakala sesetengah babak pula memberi gambaran positif. Terutama bila melihat anak-anak punk ini prihatin dan sedia membantu orang2 dalam kesusahan.

Keseluruhannya aku menyukai filem ni. 3 1/2 bintang untuk mereka 🙂

Walaupun budaya punk yang ditonjolkan dalam filem ini adalah gaya hidup punk di Indonesia dan sangat berbeza dengan punk yang wujud di Malaysia. Tapi aku tetap mengkagumi filem ini. Terutama kepada pengusaha perfileman indonesia yang berani mengangkat tema punk. Sekurang-kurangnya mereka membuat research dan tahu apa yang ada di dalam punk untuk digambarkan dilayar perak.

Kalau di Malaysia, budaya punk itu sentiasa saja dilukiskan sebagai perompak, penyembah setan, ilmu hitam, perogol dan entah apa-apa lagi yang langsung takde kena-mengena.Perspekstif masyarakat biasa tentang punk pasti menjadi igauan yang sangat menakutkan .

Lalu aku tinggalkan satu persoalan. Kenapa pengusaha filem Malaysia tidak pernah membuat research mendalam terhadap subjek dalam filem mereka ? Membuat research dari bacaan suratkhabar ternyata merepek . Kalau mereka buat cerita punk, bukan sahaja menjadi bahan gelak oleh budak punk.. tetapi dalam kebanyakkan keadaan ternyata cuma menyakitkan hati.

Even dalam filem pasal rempit pun aku rasa nak tergelak tengok TZM berlumba dengan RXZ.

Adios !!

Comments
One Response to “Punk in love –”
  1. Ida Punk berkata:

    aku setuju giler ngn ko…mmg setuju lah sbb Punk kt Malaysia selalu je dipandang entah pe2 sedangkan Punk kt sini pun tolong orang gak..Punk ialah perjuangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: