Batas kejujuran
“Tidak pernah ada akhbar sehingga hari ini dalam sejarah Amerika, yang boleh dikatakan sebagai akhbar bebas. Kamu tahu dan aku tahu. Tidak ada antara kamu yang berani menulis pandangan yang jujur dan jika kamu menulis pun, kamu tahu awal-awal lagi yang tulisan kamu itu tidak akan diterbitkan.
“Aku dibayar setiap minggu kerana mengetepikan kejujuranku daripada akhbar yang aku tulis. Kamu yang lain dibayar dengan gaji yang sama untuk muslihat yang sama, dan jika ada antara kamu yang bodoh menulis pandangan kamu yang jujur itu, kamu akan berada di jalanan mencari kerja lain.
“Jika aku benarkan pandanganku yang jujur diterbitkan dalam akhbarku, sebelum 24 jam pasti kerjaya aku akan musnah. Tugas wartawan ialah memusnahkan kebenaran, berbohong secara terbuka, menyelewengkan fakta, mencerca, tunduk pada kaki si tamak haloba, dan menjual negara dan bangsanya untuk periuk nasinya.
“Kamu tahu dan aku tahu… Kita adalah alat dan pelindung kepada manusia kaya yang berada di belakang tabir. Kita adalah boneka dan mereka memainkan tali supaya kita menari. Bakat, keupayaan dan hidup kita adalah milik orang lain. Kita adalah pelacur intelektual.”
— | Petikan di atas hanya sebahagian daripada sekian banyak petikan serta fakta-fakta menarik yang terkandung di dalam Jurnal Pemikir edisi terbaru, Julai-September 2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm |
|