Kita seekor burung


Sudah genap sepurnama tak ku lihat bayang-bayangmu di cermin.
Bahkan tidak mendengar juga suaramu menembus gelombang angin.
Sejak kita memilih untuk berhenti menjadi burung
Berbahagi belahan sama rata.
Kau mendapatkan sayap di belahan kanannya, dan aku mendapatkan sayap belahan kirinya.
Tapi pernahkah kita sedar bahawa kita tak mampu terbang dengan satu sayap ?
Kau mahu  ke kaki langit, terbanglah.
dan  aku ingin ke hujung dunia.
Tapi yang ku lalui hanyalah negeri-negeri mendung, aku lelah.
dan aku bertaruh kau menempuh cuaca yang sama, kalaupun bukan awan mu jauh lebih gelap.

Aku sedang belajar bertatih. Menghayun langkah.
Sehinggalah semalam, tiba-tiba kau menghatar pesan melalui telefon bimbit.
“tak rindukah engkau padaku ?”
Egoku menjawab tidak, tapi fikiranku tetap menconggak.
Kau mahu tahu perasaanku atau kau mahu menyatakan perasaan kamu sendiri.
Mahukah kau terbang bersamaku menjadi burung ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: