Empodecles : sang pemakan api


Bahawa dikalangan warga Greek itu sendiri, ada insan yang terserlah dari insan-insan lain.

Mereka itu lazimnya, akan dipahat menjadi berhala bersaiz gigantik, yang sepenuhnya diukir dari batu marmar , tak lain sebagai penghormatan, Seakan souvenir untuk masa depan.

Di antara berhala-berhala gadang yang tersusun dalam formasi mirip bintang-bintang zodiak itu, lazimnya terdiri daripada insan yang dalam hidupnya terserlah kerana kearifannya, keperkasaannya, adapun juga kerana jasa-jasa besar semasa hidupnya.

Empodecles, itu salah satu dari berhala agung, pemikir kelas atasan. Menempa namanya sendiri sebagai model aneh campuran kebijaksanaan dan kebodohan.

Kata orang Roman, Empodecles itu separuh manusia separuh dewa.

Empodecles pula mendakwa bahawa dirinya bukan manusia dan bukan pula dewa. Melainkan dirinya itu adalah tuhan.

Empodecles menyihir seluruh Roman dari hujah geniusnya, alam semesta ini hanyalah permainan jigsaw puzzles yang berakar pada 4 unsur primordial. Api , air, tanah dan udara.

“Yang memisahkan unsur-unsur itu adalah BENCI, dan yang menyatukan unsur-unsur itu pula adalah CINTA”

Proses reinkarnasi berulangan secara eternity. Seperti yang mereka percaya. Dan Empodecles itu memang sifatnya rhetorikal.

Dahulu, perut ku mungkin pernah menjadi sebahagian dari badan unta dan telapak tangan ini pula adalah punggung beruang.

Penduduk Roman kian pandai bermain sifir. Anak-anak bebal pastinya kerana otak mereka terhasil dari elemen udara. Dan anak-anak liar adalah hasil perkongsian roh dengan serigala.

” Manusia itu terhasil dari unsur-unsur api” kata Empodecles memperbetulkan.

Seusai dia membongkar hukum kejadian manusia, dia mula percaya yang bahawa dia adalah tuhan agung. yang dia telah menemukan jampi untuk menghalau setan, menahan taufan, malah juga menghidupkan para arwah. Bergelandanganlah Empodecles ke serata lorong-lorong kota. Mencari pesakit.

” Manusia itu terhasil dari unsur-unsur api” Empodecles sekali lagi ingin meyakinkan. ” buktikanlah ” teriak warga Sicily sebulat suara. Demi membuktikan kebenaran

teorinya bahawa manusia berasal dari api, atas nama egoistik. Empodecles melemparkan dirinya sendiri ke dalam lahar api Gunung Etna. Terpanggang oleh neraka yang di carinya sendiri.

Begitulah kesudahan seorang egomaniac, dia benar-benar telah menyatukan tubuhnya dengan elemen api, cuma malang dia tak sempat menulis sendiri tentang kejayaannya.

Pengikut-pengikutnya yang setia, masih percaya Empodecles itu punya mukjizat dan tak pernah mati.

Mereka malah yakin kalau Empodecles sudah tersejat naik ke Bulan. Sehingga sekarang pun dia tetap masih bernyawa. Dia menghidupi dirinya dengan memakan embun

Footnotes: satu letupan gunung berapi bawah laut pada 2006 telah diberi nama Empodecles sempena kenang-kenangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: