Eros dan Psyche – Epik Asmara Dewa-Dewi
I.
Psyche, sang puteri paling rupawan yang pernah lahir di tanah agung Greek.
kata mereka,
Sepekat manapun gelapnya malam, tiada siapa pun yang akan menghirau tentang kerlipan bintang dan bulan.
Kerana saatnya mereka terpandang pada wajah puteri ini, mereka sedar akan paras rupanya mempunyai cahaya yang cukup buat menerangi seluruh alam semesta.
Maka, tidak sedikit pemuda yang tertawan akan kecantikkannya.
Bahkan bukan sedikit juga yang menjadi mereng dan gila.
Mangsa cinta berahi.
Kerana kecantikkannya itu jugalah , maka dia dipuja dan disembah.
II.
Namanya yang menjadi bualan itu turut terdengar juga nun sampai ke Syurga.
Tempat bersemayamnya para dewa-dewi.
Dan yang paling tertampar oleh kemasyhurannya adalah Dewi Aphrodite.
“Celaka sungguh. Keperibadian yang ku pelihara selama ini tercalar gara-gara seorang pelacur” Bentaknya di dalam hati. Tangannya menggeletar menahan perasaan marah.
Aphrodite, mula merasa cemburu bila seorang manusia biasa disembah melebihi dari dirinya iaitu seorang dewi.
” Aku akan memberi pelajaran yang wajar kepada dia”
III.
Dan pada malam itu, Aphrodite bertitah kepada raja, iaitu bapa kepada puteri yang malang tersebut.
Dewi itu tak menjelmakan dirinya, hanya suara keras dan berbau ancaman yang kedengaran.
Dewi itu bersabda.
Menitahkan raja itu supaya meninggalkan Puteri Psyche sendirian di atas puncak sebuah gunung untuk dijadikan korban.
Dia sudah melanggar peraturan bahwa manusia biasa tidak berhak. Keterlanjurannya disembah itu telah membuatkan dewa-dewi menjadi murka.
Sekiranya raja itu engkar, maka kerajaannya akan musnah dalam bencana yang dahsyat.
Mendengarkan prophecy tersebut,
Raja itu tahu bahwa dia tak berkuasa untuk menderhaka.
Maka segala titah dewi itu diturutkan saja.
IV.
Puteri Psyche yang malang itu ditinggalkan di puncak gunung seperti yang dijanjikan.
Tiada apa yang dapat dilakukannya selain teresak-esak menangis sambil menunggu kematiannya.
Di Syurga,
Dewi Aphrodite menitahkan puteranya sendiri, Eros, agar turun ke bumi untuk menamatkan riwayat puteri itu dengan busur panah.
Eros, sang dewa cinta itu sentiasa setia pada perintah bondanya.
Tanpa banyak soal, dia mengibarkan sayapnya lalu terbang di sela-sela kepulan awan.
Menuju ke puncak gunung yang telah dijanjikan.
Setibanya dia di puncak gunung.
Dengan jemarinya yang sudah bersedia untuk melepaskan anak panahnya.
namun segalanya tak berjalan lancar.
Buat pertama kalinya, Eros melihat sendiri kecantikkan Puteri Psyche yang masyhur itu.
Erosi tersihir oleh paras rupa puterinya.
Maka sekarang, pecayalah dia bahwa kecantikkan puteri itu memang tak ada tolok bandingnya.
Dan Eros, sang dewa cinta itu sendiri yang jatuh cinta.
V.
Sudah menjadi taboo buat penghuni alam dewata.
Pantangan terbesar dalam kod etika syurga.
Seorang dewa atau dewi tidak berhak mempunyai berhubungan dengan manusia biasa.
Namun cinta bukanlah urusan akta dan undang-undang.
Cinta adalah urusan hati dan perasaan.
Kalau tidak, masakan Dewa Eros juga rebah.
tersihir oleh cinta.
Eros akhirnya mencari jalan untuk menyembunyikan Puteri Psyche
Ke suatu tempat yang terselindung dari penglihatan bondanya, Dewi Aphrodite.
VI.
Puteri Psyche itu kemudiannya dikahwini dan disembunyikan didalam istana pelangi.
Pada setiap malam,
didalam suasana suram istana dan bergelap gelita tanpa obor dan lilin,
Eros akan hadir mendatangai isterinya kesayangan itu.
Melepaskan rindu berahinya.
Dan sebelum subuh berlabuh, Eros hilang meninggalkan.
Eros juga memberi satu syarat agar jangan pernah cuba melihat rupa dirinya.
Dan biarlah percintaan mereka menjadi kisah tersembunyi dalam sisi gelap kamar istana pelangi.
Kesaktian leluhur dewa menjadikan Eros itu invisible di mata Puteri Psyche,
namun suara pujuk rayunya adalah nyata.
Begitupun jua dengan sentuhannya.
Puteri Psyche turut merasa senang.
Dibuai perasaan cinta dibawah belaian sang dewa.
VII.
Lama-kelamaan, perasaan ingin tahu terbit juga di dalam nurani Puteri Psyche.
Bagaimanakah rupa suami yang mendampinginya saban malam itu ?
Kenapa dia hanya wujud di dalam dunia gelap ?
Adakah kerana wajahnya hodoh seperti monster ?
Pada suatu malam, sewaktu suaminya itu sedang nyenyak tidur, Puteri itu memberanikan dirinya menyalakan sebatang liling.
Dari remang-remang cahaya itu, Puteri itu menyuluh wajah suami yang disangkakannya berwajah monster.
Namun alangkah terkejutnya dia bila mendapati suaminya itu seorang yang sangat tampan.
Wajah suci seorang dewa.
Tanpa disangka, tiba-tiba Eros terjaga dari lena.
Dia menjadi murka kerana medapati isterinya sudah melanggar perjanjian.
“Tidakkah sudah aku peringatkan supaya jangan melihat wajah ku sebenar. Apakah untuk menurutkan syarat semudah itu pun terlalu berat untukmu ?”
Eros kecewa.
Perlahan-lahan sayap pada belakangnya mengibas lalu dia pun terbang.
Menghilang bersama angin.
Sirna di celahan langit.
Dia kembali menuju ke syurga.
VII
Menyedari akan kesilapannya.
Psyche berasa sesal.
Dia tahu suaminya tak akan kembali lagi kepadanya.
Dengan membawa hatinya yang lara penuh penyesalan, dia berkelana ke merata-rata mencari syurga.
Sehabis berikhtiar , dia mengalah.
Singgahlah dia ke sebuah temple, memohon ke hadrat dewa-dewi agar dikasihani.
Dan doanya yang luhur dalam genangan airmata itu tersejat juga naik ke syurga.
Di antara yang mendengar doa dan rintihan hatinya adalah Dewi Aphrodite , iaitu musuhnya sendiri.
Tidak melengahkan masa, Dewi itu segera mendapatkan chariot angsa-angsa sakti untuk segera turun ke bumi.
VIII
Di perkarangan Temple, dia menjelamakan dirinya di hadapan Psyche.
” O anakku, Telah ku dengar doamu yang bergema-gema menggegarkan tiang syurga. Sudikan kiranya kamu menceritakan masalahmu itu agar dapat kiranya ku membantu” Tegur Dewi Aphrodite dengan lembut menyembunyikan perasaan dendam dan khianatnya.
Puteri Psyche yang naif itumenjadi terkejut dengan kehadiran Dewi
Dia sungguh teruja dan gembira lalu diceritakan kisahnya kepada sang dewi.
” O anakku, ternyata percintaan kamu itu penuh dosa yang tak terampunkan. Adalah sukar untuk membawa kamu ke syurga untuk bertemu suamimu itu kerana kamu tentu sedia maklum bahawa manusia biasa tak dibenarkan menjejakkan kakinya ke syurga. Melainkan kau sanggup berkorban”
“Katakanlah apa saja syaratnya wahai dewi, ku sanggup melakukan apa saja demi dia ” ujar sang puteri Psyche.
” Menurut firasatku , hanya dewa Hades (dewa kematian ) yang boleh menemukan engkau kembali kepada suami mu. Dengan melalui underworld (lohong neraka) “
Ternyata Puteri Psyche sanggup melaluinya, lalu dewi Aphrodite terus membawanya ke gerbang Underworld. Dan menitahkan puteri itu menuruni tangga curam yang menuju lubang gelap jauh ke perut bumi.
Sesudah itu Sang dewi pun kembali naik ke langit dangan hatinya yang berbunga-bunga.
Tidak disangka tugas untuk menamatkan riwayat seterunya itu lebih mudah dari yang disangka.
IX
Setibanya di syurga, Dewi Aphrodite terus menuju ke istana Dewa Eros untuk mempersoalkan kesetiaan puteranya itu.
“Sungguh bunda tak menyangka, anakanda sanggup menderhaka titah perintah ibu hanya kerana seorang perempuan pelacur”
Dan dengan kemurkaannya yang tak terhingga dia terus menceritakan nasib malang isteri puteranya itu tentang perjalanannya ke lohong neraka.
Eros menjadi terkejut.
” tak kusangka bunda sanggup berlaku khianat terhadap dia sedangkan puteri Psyche itu masih lagi isteri saya”
Eros pun bergegas untuk menyelamatkan isterinya yang tersayang itu.
Namun dia berubah fikiran.
Dalam situasi rumit seperti itu, dia memerlukan bantuan tuhan segala dewa, iaitu Zeus.
lalu dia pun terbang ke langit tingkat yang paling atas.
Mempersembahkan masalahnya untuk didengari oleh Zeus yang mulia.
“Kita tidak punya banyak masa lagi , Ayuh kita ke underworld sekarang juga. Sekiranya isterimu itu sudah terjun ke dalam lohong neraka itu, tidak ada apa lagi yang dapat kita lakukan”
Lalu Zeus dan Eros pun terbanglah ke Bumi dengan kelajuan tuhan segala dewa.
X.
Di Underworld, dewa hades menyambut kedatangan mereka.
” Yang mulia, apakah yang bisa saya bantu” kata dewa hades sambil membongkokkan dirinya memberi hormat.
Lalu Zeus pun berceritalah hajat kedatangan mereka untuk mencari Puteri Pcyshe. Dan ternyata nasib mereka baik.
” Oh tentang puteri itu, usahlah dikhuatir. Saya juga hairan bagaimana dia boleh sampai ke underworld sedangkan masa kematiannya belum lagi tiba.” titah Dewa Hades lalu mengarahkan pengikutnya agar membawakan puteri itu mengadap para tetamunya.
Saat dipertemukan semula , Eros dan Psyche terus berdakap dan menyesali perbuatan masing-masing.
Mereka berjanji tidak akan berpisah lagi sampai bila-bila pun . Tak kiralah apa hukuman pun yang bakal mereka terima atas kesalahan mereka melanggar pantang larang dewa-dewi.
Melihatkan kemesraan mereka, Dewa Zeus bersabda kepada Eros agar isterinya itu dibawa ke syurga.
Maka mereka pun beredarlah dan terbang ke langit.
XI
Di alam dewata, majlis perkahwinan Eros dan Psyche diadakan secara meriah.
Semua tuhan dan dewa-dewi dijemput untuk merayakan hari kebahagiaan mereka berdua.
Menyedari yang puteri Psyche adalah manusia biasa dan tidak layak untuk tinggal di syurga, maka Dewa Zeus telah menggunakan kesaktiannya untuk manaikkan taraf psyche menjadi seorang dewi.
Di hadiahkan juga sepasang sayap rama-rama supaya Psyche bisa bergerak bebas kemana-mana pun yang disukainya.
Semenjak itu , maka terbang lah pasangan Eros dan Psyche ke mana-mana pun bersama-sama menikmati cinta mereka yang tidak ada hujungnya.
Eros (cinta ) dan Psyche ( jiwa) pun hidup bahagia dan kekal selama-lamanya ………