Seharian di Lorong Kasih Sayang


Penanda jalan usang memaparkan dengan jelas tulisan  Lorong kasih Sayang , tersenyum menyambut kunjungan. Menyentap rasa ingin tahu tak ubah sebagai pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan.

“Selamat datang, selamat datang” kata penanda jalan itu dengan mesra.

Sebetulnya kau tak perlu menjawab, kerana pintu itu hanya dilatih untuk bertutur dua perkataan tersebut sehingga fasih. Sekalipun kau bertanya khabar kepadanya, ia akan hanya berterusan mengucapkan “selamat datang”.

Hanya berberapa langkah ke hadapan, setelah melepasi penanda jalan dan rumpunan pohon-pohon Ketapang yang berdiri menjajar itu, barulah kau dapat melihat keadaan Lorong Kasih Sayang seperti yang digambarkan oleh orang-orang yang pernah mendahului kamu.

Bagi para pengunjung yang melaluinya kali pertama, pasti akan terpinga-pinga dalam deru perasaan yang tak berketentuan.

Apakah lorong itu penuh bunga-bunga tulip seperti Taman Eden ? Atau lebih indah lagi seperti yang dibayangkan oleh penyair-penyair era romantisme? Atau mungkin juga di situ hanyalah sarang penyamun yang bersiap sedia meraikan kedatangan kita ?

Namun aku percaya kamu akan beranikan juga akan diri mengorak langkah. Mengharapkan ada jambatan untuk meniti jauh menuju ke Taman tergantung Babylon, sebuah kota emas yang berdiri megah dalam awan-awan rahsia.

Apabila kamu melewatinya dengan tenang, maka kamu mula menyedari.

Di sini cuacanya tidak mengikut musim yang lazim. Ada hawa panas di dalam udaranya yang berbaur serat-serat debu. Dan deru angin berhembusan bersama daun-daun Ketapang kering berwarna merah.  Berserakan di atas jalan.

Permandangan kota ini tampak riuh sekali dengan kehidupan. Ianya adalah deretan kedai-kedai daif . Dindingnya adalah ubin-ubin batu yang berlumut. Kain-kain jualan berkibaran di kaki lima. Penuh dengan warna-warna yang ceria. Ada lelaki-lelaki separuh abad berurusan jual beli. Ada pula anak-anak kecil berlari telanjang. Bermain kejar-kejar ke sana ke mari.

Sekumpulan besar pemuda-pemudi sedang sibuk berniaga. Aneh juga kerana semua mereka berjualan jam. Bila terlihat mereka melambai-lambai sambil berteriak, “Singgah dulu, bang. Kami tak menjual jam, tapi kami menjual masa”. Seeloknya kau abaikan saja kerana mereka tak pernah mengapa-apakan kamu sekiranya berbuat begitu. Malah mereka tak pernah menganiaya sesiapapun.

Di papan iklan besar ada gambar seorang peminta sedekah. Anehnya tertera jelas di atas potretnya itu dengan kalimat “Undilah saya sebagai datuk bandar”.

“kenapa kau nampak terkejut” tegur seseorang dari belakang yang kelihatan sedang mencari parkir untuk basikalnya.

Dia kelihatan seperti seorang ahli koperat tapi dia hanya mengayuh basikal sahaja ke sekeliling kota.

“Saya cuma berasa hairan, tidakkah dia nampak seperti seorang yang melarat untuk diundi menjadi datuk bandar”

“Hahahaha!!!. tak ada apa yang patut membuatkan kau rasa terkejut dalam dunia ini, anakku. Itulah yang dinamakan politik”

Lalu kau pun meninggalkan dia dan terus memerhati sekelilingmu tanpa sekalipun matamu berkelip.

Di Seberang jalan, kelihatan perempuan-perempuan gemuk separuh usia sedang menjemur kain. Sambil mereka bersembang sesama sendiri penuh asyik. Tak jauh dari perempuan-perempuan gemuk itu ada sekumpulan pengemis sedang bertaruh wang di meja judi. sesekali mereka bergaduh dan kepingan-keping syiling berterbangan di udara bersama daun-daun terup. Tak lama sebelum mereka berbaik semula dan kembali berjudi.

Di tengah jalanrayanya pula, tak pernah ada kenderaan. Lengang sahaja menjadi tempat kanak-kanak sekolah bermain hoki.

Sesekali ada tikus berlari. Dibelakangnya ada kucing yang mengejar, di belakangnya lagi ada anjing-anjing yang menghambat. Di belakangnya lagi ada polis-polis berpakaian seragam sedang berlari deras dengan wajah yang pucat. Dan terakhir sekali di belakang polis-polis itu ada sekumpulan pencuri-pencuri gemuk sedang termengah-mengah mengejar dengan sisa-sisa tenaga mereka yang nampak semakin lelah.

Tak perlu diragui. Takkan ada yang tersalah jalan. Walaupun permandangannya tak membayangkan tempatnya, Lorong Kasih Sayang.

Itu baru sedikit saja keanehan. Kerana lebih lama di situ, maka akan lebih banyaklah kau kejanggalan dan keganjilan yang akan dapat dinikmati.

Misalnya hujan turun dengan tak semena-mena dari titisan air berwarna hitam. Serta merta jugalah, lorong itu bertukar menjadi murung. Pemilik toko-toko memberhentikan jualan. Dan semua manusia besar dan kecil ghaib entah kemana-mana.

Mereka masih percaya bahawa hujan hitam itu petanda sial. Bagi yang suka berteori, mereka mengatakan itu adalah hujan asid. Bagi mereka yang suka berpraktikal akan mengatakan hujan itu pesanan tuhan. Bagi mereka yang tak suka berteori dan berpraktikal, mereka lebih senang menganggap itu sekadar tumpahan minyak kenderaan yang ditiup oleh puting beliung ke angkasa dan kembali ditarik graviti turun menyirami ke bumi sebagai hujan hitam.Terserah kepada kamu untuk berfikir. Dan yang terbaik adalah kau memikirkan sendiri tanpa mendengar fikiran orang lain. Tak ada bezanya dengan wilayah lain, di lorong yang kebejatan seperti ini juga tak terlepas dengan manusia yang bercerita tentang kiamat.

Jika kamu mampu bertahan sehingga senja seperti yang kamu lakukan sekarang, maka dongaklah sedikit ke hujung langit. Hayatilah langit merah yang kelihatan seperti buih-buih dalam secawan teh. Itu sebenarnya adalah cahaya matahari senja yang terlindung dibalik awan, sebentar lagi cahaya itu akan merubah Lorong kasih sayang menjadi warna emas. Dan sekali lagi Lorong Kasih Sayang akan riuh rendah dengan penghuni-penghuni yang datang entah dari mana. Rasanya kau tak terkejut lagi kali ini kerana mereka memang suka datang dan pergi secara melulu. Lebih baik kamu hayati sahaja warna-warna emas itu sementara ia masih ada kerana ia tak pernah kekal lama.

Lihatlah sebentar lagi, bila neon bernyala dan berputar. Lorong Kasih Sayang akan terang-berderang bagaikan disinari cahaya bintang. Dalam keriuhan yang hingar bingar itu kau mungkin mendengar kemerduan irama. Pejamkan matamu  dan turuti saja ke mana arah datangnya bunyi itu. Kali ini kau berpura-pura menjadi tikus yang tersihir oleh flute sakti. Semakin lama-bunyi itu semakin dekat. Bukalah mata mu dan lihatlah sendiri.

Cafe Cinta

Itulah tempatnya yang dipenuhi sejuta irama, Pada pintu cafe itu terpampang motto kedai yang berbunyi ” Kami isikan kekosongan jiwa pelanggan kami dengan cinta”. Motto yang sangat-sangat menguja.

Tolaklah pintu dan kamu akan mendapati diri kamu terperangkap dalam ruang legar pelangi. Dinding dan semua perabotnya berwarna merah jambu dan di sana sini dihiasi dengan gambar hati yang sedang meruntum.

“Silakan masuk tuan, kami akan melayan tuan seperti v.i.p” kata penyambut tetamu.

Maka kamu pun masuklah walaupun dalam keadaan terpinga-pinga. Antara rasa kagum dan terpesona. Duduklah di atas kerusinya empuk dan matamu akan melilau penuh kejernihan.

Perhatikan pada pentas kecil yang kosong. Dari sanalah datangnya irama yang yang membawakan kau ke mari. ia sebenarnya adalah nyanyian burung-burung serindit yang paling merdu di atas muka bumi. Kau mungkin tersenyum sendiri kerana bunyi itu bukanlah datangnya dari flute sakti.

Di meja sebelah terdapat seorang yang agak berumur yang kelihatannya seperti pengemis sedang membuat pesanan. Ya, dialah calon datuk bandar yang terdapat dalam poster kempen mengundi di luar tadi.

“Berikan saya hidangan biasa, Puding Cinta sehati sejiwa” katanya kepada pelayan yang kelihatan sedang menunggu.

“Ada pesanan lain lagi” Dia bertanya.

” Dan secawan Jus Asmara yang paling manis untuk  tekak saya”

“Baiklah, ada lain-lain pesanan lagi?”

“Cukup dulu, kalau ada apa-apa , saya akan panggil”

“Baik tuan, pesanan tuan akan sampai sebentar lagi”

Gadis pelayan yang berwajah manis itu pun berlalu.

Sedang memerhatikan mereka, tanpa disedari akan kedatangan seorang pelayan wanita muda yang montok sedang bersedia untuk mengambil pesanan sambil tangannya mengedarkan buku menu.

Sebolehnya kamu cuba alihkan perhatian dan jangan sesekali memerhatikan pada alur buah dadanya yang menonjol. Tindakkan seperti itu hanya akan dibalas dengan ketawa sinis.

“Apa hidangan terbaik yang ada di cafe ni, cik?”

“Semuanya terbaik, tuan boleh pilih hidangan dalam buku menu tu . Yang mana-mana tuan suka”

Pertama kali membelek kandungan buku menu itu pasti kamu terkejut dengan hidangan-hidangan cinta yang lazat dan mengiurkan.

“Bolehkah dapatkan saya hidangan ini?” sambil menunjukkan secara rambang pada buku.

“Dildo pedas?”  kata pelayan yang agak terkejut.

“Hah, kenapa terkejut” kamu mula bertanya untuk menyembunyikan rasa cuak.

“Tuan pasti ke ? Kerana tuan sedang memesan makanan yang terdapat pada muka surat hardcore.”

“Oh, begitukah” kamu pun membalas sambil menyelak halaman lain.

Halaman softcore, halaman same gender, halaman interracial dan mata kamu mula terpaku pada muka surat Gangbang.

“Bolehkah saya dapatkan masakan ini” sambil menunjukkan pada menu yang bertulis seafood cinta 3 rasa.

” Selera yang nakal.” katanya sambil tersenyum.”Tentu sekali boleh , tuan. Ada pesanan lain lagi tak ?”

“Cukup dulu yang itu, bolehcepat sikit tak, saya betul-betul lapar sekarang ni”

Tidak berberapa lama kemudian pesanan calon datuk bandar itu sudah pun sampai. Dua orang lelaki berbadan tegap sedang menolak troli yang berisi pesanan beliau.

Apabila tudung saji dibuka. Ternyata yang diheret dngantroli tadi adalah seorang wanita munggil separuh bogel. Dia hanya mengenakan Bikini yang berkelip-kelip berwarna biru, dan seluar dalamnya ada lampu-lampu yang akan bernyala-nyala selang 30 saat.

“Itulah sebabnya saya suka menikmati juadah di cafe ini. Cepat dan tepat” katanya sambil merangkul wanita munggil itu ke pangkuannya.

Pastilah permandangan indah itu akan membuatkan kamu semakin teruja. Tetapi tidak bila kamu mendapati para pelayan dan pekerja cafe itu tiba-tiba berlari keluar dan menjerit-jerit seperti orang gila.

“Cepat lari, ada iblis datang !!”

Dan ternyata semuanya berlalu dengan cepat. Cafe itu menjadi kosong dalam sekelip mata sebelum kamu sempat berfikir. Tak mungkin ada iblis yang pernah menyerang cafe. Tidak pernah kau dengar kisah-kisah seperti itu sepanjang hidup kamu. Dan bila sahaja kamu tersedar kamu hanya sendirian dan terkepung oleh makhluk-makhluk bertubuh besar berwarna biru.

* * * * * *

“Sekarang tolong beri kerja sama. Kamu akan ditahan atas dakwaan melanggan pelacur”. Kata seorang polis yang tadinya kamu menyangka dia adalah iblis.

“Tapi tuan, saya tak bersalah. Saya boleh ceritakan kembali kepada tuan semua yang berlaku sejak dari mula bagaimana saya boleh ke sampai ke sini. Cuma saya khuatir pihak tuan tidak akan percaya dan menuduh saya mereka-reka cerita”

Lihatlah permandangan tempat itu kali terakhir, ada segerombolan pihak berkuasa sedang menyita barang-barang dari Cafe Cinta. Dibelakang sana pula ada segerombolan lagi manusia berkerumun dan menjerit-jerit menghina kegiatan pelacuran. Ternyata pengemis yang sedang berkempen untuk menjadi datuk bandar juga ada di tengah-tengah mereka sambil memegang megafon dan memberi taklimat.

“Sampai bila kita akan membiarkan bandar kita dipenuhi maksiat? Sampai bila” katanya bertempik-tempik sambil menerima tepukan gemuruh para pendukungnya.

Dan nasib kamu dan berberapa orang lagi yang tertangkap akan dibawa ke pengadilan. Pihak berkuasa bertungkus lumus mengheret kamu ke atas trak berjaring sambil kamu bertempik-tempik seperti kerasukkan setan:

“Aku bukan mencuri !! Aku cuma membeli”

Dan suara kamu hilang bersama deruman trak yang semakin menjauh dari Cafe Cinta di Lorong Kasih Sayang.

Comments
5 Responses to “Seharian di Lorong Kasih Sayang”
  1. krakko berkata:

    ahahha..lazat betul cerpen ni..indah2 belaka.. cool

  2. adiospunk berkata:

    ala, Yana…. inilah cerita yang aku nak hantarkan pada kamu tu… Ok tak ?
    tapi kena kemas kini balik semula. Nanti kalau senang aku cuba edit semula 🙂

  3. ainunlmuaiyanah berkata:

    adi.. hoi, bila nak hantar bahan kat aku untuk buat projek itu? penat aku tunggu ni?

  4. adiospunk berkata:

    Terima kasih … koboi

    tulisan yang teruk, banyak bahagian yang patut di- edit semula 🙂
    biasalah, dah lama tak menulis panjang-panjang macam ni.

  5. koboi berkata:

    bravo. kritikan sinis penuh makna. hahaha aku suka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: