Cerita Di Ampaian
Ah ! ada rompakan besar di ampaian.
Tiada pakaian yang hilang kecuali seluar dalam.
Makhluk jenis apakah yang laparnya pada spender jemuran?
bukankah itu sesuatu yang sulit miliknya orang lain.
Ah ! Sekurang-kurangnya yang hilang itu bukan seluar dalam aku.
Yang aku masih ku pakai.
Biarpun sudah kuning lusuh.
Tapi ku beli sendiri.
Ah ! Tunggu sahaja hari esok.
Saat kejiranan bersiap menjerat toyolnya.
Mengusai misterinya
Ah ! itu dia kelihatannya seperti orang yang kita cari
Anak kecil yang menyarungkan seluar dalam ke muka
Buat topeng-topengan
Seperti ninja
Lalu tertangkaplah dia kesiangan
“Hey ! Anak kecil, dari mana kau belajar mencuri spender, hah? ”
” Ah ! ini seluar dalam kepunyaan saya sendiri. Hadiah hari jadi dari teman saya”
” Hey ! bodoh sekali teman kau, hadiahkan seluar dalam bersaiz besar, sedangkan kau layaknya memakai seluar dalam saiz S.
” Ah ! Ini milik saya sendiri. Ini buktinya. Sambil bangga menunjukkan tulisan namanya yang cakar ayam M. A. L. I. N. G tercatat secara vertikal pada bahagian dalam seluar itu.
” Kalau seluar dalam ini kepunyaan orang lain , pasti lah dia menulis nama melintang seperti biasa”
“Ini semua adalah FITNAH semata-mata. Fitnah.
Ah ! masih ada yang jenis begini.
Yang membuktikan dunia ini tak patut berfikiran waras secara horizontal. Dan masih lagi ada yang terpedaya. Masih .
Dasar pencium spender jemuran.
Memang ada, tapi biarlah .. hilang jadi misteri
ada yang ‘terkena’ dalam cerita ni. tapi siapa ye?
Friday the 13th
hehe 😆
itu pasti Jason Voorhees masih kecil! pasti!
Mungkin juga pengaruh ahli gusti bertopeng
seluar dlm ke muka?
hmmm… barangkali pengaruh spiderman
Entahlah
Semua tak nak mengaku
Adoi la.. hehe.. pasti budak2 ye yang maling tu..