Dalam kotak ini ada apa ?


78862-harmonique

Sebongkah kotak ,
masih lagi mengalunkan melodi setiap kali dibuka.

Dan sesiapa pun dapat meneka kewujudan magnet dibawah permukaan lantai kacanya, sebab itu ia masih mampu memutarkan patung kecil wanita mungil telanjang berdansa mengikut irama. Mekanisma yang mudah dijangka.

Melodinya bagaikan lagu romantik yang sudah sering sangat didengar. 

Bukan lagu Fur Elise, tapi mirip. Ah, tajuknya bukan penting. Nama apa pun yang diberikan ia masih jua tetap sebuah gubahan instrumental tanpa lirikal.

Lalu kita biarkan patung tadi bergerak malas mengikut rentak yang tak sekata.

Kotak ini masih lagi mampu menerbitkan rasa kagum kepada mereka yang membuka kali pertama. 
Kekaguman lewat harmoni bunyiannya, keghairahan lewat penarinya.

Tapi bukan kepada sang pemilik yang sudah membukanya tak kurang 100 kali. Dan tidak juga buat patung yang sudah lelah berdansa sejak ia diciptakan sedekad lalu.

Dah lama tak tulis apa-apa, memang aku sengaja. sebab aku perlu kosongkan jiwa  . Aku perlu ke studio untuk rakamkan lagu hujung minggu ini. Aku mesti fokus.

Selepas itu aku tiada lagi bebanan untuk aku dukung .

Minggu depan sahaja aku sudahkan kisah babi-babi yang radikal itu.

Comments
5 Responses to “Dalam kotak ini ada apa ?”
  1. koboi berkata:

    papa chinos menari separuh bogel???

    peh… rela makan kaki sendiri dari tengok live.

  2. adiospunk berkata:

    eh , roket ,
    macam mana kau tahu patung perempuan bogel tu sebenarnya papa chinos ?
    memang hobi dia 2 step sambil berbogel dalam kotak..

  3. Roket Saintis berkata:

    Dalam kotak tu ada Papa Chinos. Thanks.

  4. adiospunk berkata:

    aku tengah berbicara dangan jiwa sendiri dan biasanya memang begitulah perbualannya.
    Berbual mengenai konflik dalaman dan senandung melankolik.

  5. budak sengals berkata:

    gila ar malam ni tiba2 adi jadi syadu.. hehehe
    sentimental entri kau kali ini eks..
    hehehe ..
    ya kosong jiwa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: