Sang Kancil dan Sang Katak – Sebuah dongeng versi aku


Pada zaman dahulukala, rimba raya adalah kawasan yang paling riuh kerana semua binatang boleh berbicara sesama sendiri menggunakan Bahasa Malaysia. Walaupun mereka tidak tahu menulis, tapi dikirakan binatang-binatang ini bijak sekali kerana mereka pandai berfikir.

Di antara binatang yang paling terkenal adalah Sang Kancil kerana dia suka menipu binatang lain untuk menyelamatkan diri sendiri. Namun lama-kelamaan, Sang Kancil mula menjadi angkuh dan riak serta sering mendakwa dialah binatang yang paling bijak di seluruh rimba raya. Kesombongan Sang Kancil telah membuatkan dirinya semakin dibenci bukan sahaja oleh binatang yang selalu ditipunya seperti buaya, gajah dan monyet, tapi oleh binatang di seluruh alam jagat. 

Pada suatu hari, semua binatang telah membuat perbincangan untuk menjatuhkan Sang Kancil yang suka meninggikan diri itu. Setelah merangka strategi yang rapi dan berkongsi pendapat , akhirnya mereka semua bersetuju meletakkan Katak sebagai wakil mereka untuk membalas dendam.

Pada suatu hari, Sang Kancil yang tidak tahu pakatan jahat untuk menjahanamkannya telah pergi ke tepi kolam untuk meminum air. Sememangnya kolam itu adalah sumber air minuman paling penting di rimba raya tempat tinggal mereka.

Semua bintang terpaksa berebut-rebut untuk menjamah air di kolam tersebut. Hanya bahagian di sebelah pohon beringin yang sengaja dibiarkan  kosong. Sang Kancil telah memerintahkan semua binatang supaya tidak meminum air di sana kerana telah dikhaskan tempat itu untuk kegunaan raja sahaja. Padahal , itu semua adalah helah Sang Kancil semata-mata, supaya dia dapat meminum air sehingga perutnya buncit tanpa perlu berebut-rebut.

Sewaktu dia sedang asyik menghirup air kolam, dia telah ditegur oleh satu suara. ” Hai binatang yang hodoh, tidakkah kamu rasa bersalah kerana telah minum air di kawasan kepunyaan raja”

Sang Kancil menjadi kaget. Setelah dicarinya ke kiri dan ke kanan, maka dia perasan pada seekor katak yang berdiri tidak jauh daripadanya.

musky-flying-frog-barbara-keith

 

“Kau rupanya , katak.  Apakah yang kau maksudkan dengan ‘binatang hodoh’? tidakkah kau kenal akan diri aku ini”

“Kalau tidak diberitahu, masakan saya boleh kenal” Jawab Sang Katak.

“Akulah Sang Kancil, apa kau tidak pernah kenal nama itu”

” Tak pernah pun, apa gunanya aku ambil tahu siapa engkau” Kata sang Katak dengan sengaja mahu menyinggung perasaan Sang Kancil.

“Akulah Sang Kancil, binatang yang bijaksana. Sungguh malang sekali kau wahai  katak kerana tidak berkesempatan mendengar kecerdikan aku yang sangat terkenal itu” Kata Sang Kancil dengan nada yang angkuh.

“Apa buktinya kau binatang paling cerdik?” tanya katak.

” Kerana memang aku cerdik” jawab Sang Kancil yang semakin pening melayan karenah Sang Katak.

Sambil menjelirkan lidah bercabangnya, Sang Katak terus membodohkan Sang Kancil.

“Aku sebenarnya tak tahu maksud perkataan cerdik. Bolehkah kau lukiskan di atas tanah gambar cerdik seperti yang kau maksudkan itu wahai Sang Kancil ?aku ingin sekali melihatnya”

Sang Kancil menjadi bertambah bingung. 

“Bagaimana aku ingin melukis gambaran cerdik itu sedangkan cerdik itu bukanlah suatu benda yang boleh dilukiskan”

” Ah ! Ternyatalah kau sama saja dengan keldai dan lembu, mereka juga tak tahu melukis gambar cerdik. Apa bezanya antara kau dengan mereka? Bagaimana kau boleh berbangga kerana cerdik sedangkan kau sendiri tak tahu melukis gambar cerdik”

Binatang-binatang lain yang telah berpakat dengan Sang Katak, mula keluar dari persembunyiannya. Mereka mengerumuni Sang Kancil dan Sang Katak seakan mereka sengaja ingin melihat Sang Kancil yang angkuh itu diaibkan. Terdengar mereka berbisik sesama sendiri disulami ketawa-ketawa kecil yang bertujuan untuk menyindir. Sang Kancil mula berasa cuak.

Bila keadaan kembali reda, terdengar Sang Katak kembali bersuara:

“Baiklah Sang Kancil, oleh kerana kau tidak tahu melukis gambar cerdik , baik kau uji kebijaksanaan kau dengan cara kami dari keluarga katak. Dalam keturunan amfibia, kami hanya akan mengaku binatang itu cerdik dan bijaksana melalui kebolehannya melompat. Jadi aku ingin mencabar kau, kiranya kau boleh melompat lebih jauh daripada aku, maka aku bersetuju kaulah binatang paling bijak dan cerdik di seluruh rimba raya ini”

Sang Kancil tahu dia tidak boleh mengelak lagi. Semua binatang sedang menonton perbalahannya dengan Sang Katak. Menarik diri hanya akan menjejaskan reputasinya sendiri.

“Baiklah , aku terima cabaran kau, Ayuh kita mulakan” kata Sang kancil dalam keterpaksaan.

Sang Katak pun bersiap untuk membuat lompatan ke dalam kolam. Dengan satu lonjakan, Sang katak telah melambung ke udara dengan momentum yang sangat luarbiasa. Mencecah 8 kaki jauhnya. Dia mendarat di atas daun bunga teratai yang tumbuh permukaan kolam.

“Ayuh Sang Kancil, Gilirang kamu” teriak Sang Katak.

Melihat jarak katak yang tidak sejauh mana, Sang Kancil sangat yakin dia mampu melompat lebih jauh.

Sang Kancil berundur 20 tapak dibelakang. Dia berlari setempat selama berberapa saat dan berlepas dengan satu larian kencang. Dia telah membuat satu lompatan di luar kemampuannya. Hampir 15 kaki . Sekali ganda melebihi Sang Katak. 

Kedebushhhhhhh !!!!!

Bunyi percikan air dimana dia jatuh mendarat. Mulanya dia mahu merayakan kemenangannya , tapi dia lupakan hasratnya itu. Baru dia sedar, Kancil bukanlah binatang yang tahu berenang. Mengelupurlah dia di dalam air berberapa minit sebelum tenggelam dan tidak timbul lagi.

Hanya 3 hari selepas itu, barulah mayatnya timbul dengan perutnya membesar seperti belon, hasil keangkuhannya yang melebihi kecerdikannya.

SEKIAN

 

 

➡ Moral: Jangan memperkecilkan orang-orang yang bodoh bila mereka bersatu dalam jumlah yang besar.

Dah lama cerita dongeng negara kita mengagung-agungkan Sang Kancil. Dah tiba masanya golongan anti-hero seperti aku membunuh watak superior seperti dia.

Comments
20 Responses to “Sang Kancil dan Sang Katak – Sebuah dongeng versi aku”
  1. Tanpa Nama berkata:

    Maaf sebener nya nama saya jagad satrya

  2. jagad satrta berkata:

    Bagus cerita ini menarik jadi bacalah buku in karna buku ini sangat baguss

  3. sultan berkata:

    bagus karena ada
    makna

  4. sukts berkata:

    atdhsgXkkislodJotjksdIzuskSvkdahgsjkYJAAASTGJIAJIAHKJDLKHASJPSDYIUSUUDTIPIHGDAARSS£π^FGJJxGllgGjjlkaftyiAt

  5. LIRA PUSPITA Cantik berkata:

    Aq memang suka sama cerpen kancil???
    Maju terus cerpen kancil yg bijak,,,
    H@h@h@….

  6. efshi ccc- berkata:

    Bagus,bagus.bagus!!!
    Banyak in lagi ya cerpen nya!!
    SUKSES!!!!

  7. lira vhirna berkata:

    Aq suka banget sma cerpen ny,,
    THANK YOU ya cerpen nya…..”’@

  8. Tanpa Nama berkata:

    Good

  9. AJENG berkata:

    BAGUS CERITANYA AKU SUKA BANGAT ERITA NYA

  10. adiospunk berkata:

    hehehe ini cerita lawak je

  11. abe berkata:

    ni cerite bagus sangat

  12. adiospunk berkata:

    Yana-
    Kau boleh buat cipta dongeng kau sendiri kepada anak-anak kau nanti. Tak ada masalah pun.
    Tapi kau kena ceritakan juga dongeng yang asal tu.
    Nanti , anak orang lain semua tahu pasal kancil pijak buaya, anak kau seorang je tak tahu.

    Cikgu Dyll to Pagal hay-
    Kau pun kena faham jugak level pemikiran budak-budak tu. Tak mungkin kepandaian mereka tu sama dengan kau. Kan kau tu seorang cikgu. Kau dah habis belajar.

    Masa kau pergi sekolah dulu pun, mesti kau pun banyak benda tak tahu kan?
    Kau ajarlah slow-slow. Kata nak mendidik anak bangsa.

    (Cis! aku pulak macam bagus, nak nasihat cikgu. heheehe)

    Bah acis tu siapa pulak?

  13. lady_dyll berkata:

    encik adi bole la buat kisah sang kancil version org asli plk pas ni.. sbb ramai anak murid koi perasan pandai sangat kat betau ni..

    meh koi bg tajuk cadangan – BAH ACIS & TEACHER DILA.. haha.. tak bole eksploitasi nama koi. maroh GB koi nanti.. sume kena dengan kebenaran ketua jabatan.. ermm.. BAH ACIS YANG BODOH SOMBONG. yess!!

    ni baru nama emosional…

  14. ainunlmuaiyanah berkata:

    Dulu aku tak suka sang kancil. Aku rasa sang kancil itu mementingkan diri dan dia bukan bijak tetapi licik.

    Nanti kalau aku ada ada anak aku nak buat dongeng sendiri. cerita sang kancil yang bijaksana bukan yang licik dan mempersendakan orang

  15. adiospunk berkata:

    Oh, sebab Ninja Turtles.
    Aku tak salahkan kau sebab terdedah dengan kartun barat.

    Salah bangsa kita sendiri tak cuba bersaing dengan watak bawaan barat,
    tak buat kartun/anime yang mengangkat watak Sang Kancil sebagai watak hero yang cool.

    Aku pun macam kau juga, tapi aku terdedah pada kartun Thundercats dan popeye.
    😆

  16. koboi berkata:

    bukan sebab suka kung fu panda. tapi sebab dah bosan tengok kancil2 yg ada kat Malaysia ni.
    aku lagi suka ninja turtles. cawobangga.

  17. adiospunk berkata:

    Koboi,
    Kau pun macam tak suka Sang Kancil.
    Mesti kau suka tengok Kung Fu Panda.

  18. koboi berkata:

    cerita yg penuh bermakna dan penuh pengetahuan moral
    hahaha padan muka sang kancil.
    biar ramai lagi sang kancil yg mampus dengan cara tu.
    baru yg lain boleh hidup aman damai.

  19. adiospunk berkata:

    Aku tak beli pun.
    Bahagian moral cerita itu , memang aku ambil ayat-ayat pada baju bundle.

    💡 Bila aku dah tulis siap, baru aku teringat ayat-ayat tu macam kena dengan jalan cerita yang aku buat tu.

  20. fakyew berkata:

    aku rasa macam tulisan pada baju kat bundle itu hari. kau ada beli ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: