Botol Anggur


ahli-sufi-dengan-keldai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam sebuah pertemuan yang dihadiri oleh para ahli hikmah dikisahkan bahawa suatu ketika ada seorang laki-laki yang bermaksud menghibur temannya dengan satu sambutan yang istimewa.

Ketika ia dan temannya itu telah duduk selama beberapa saat setelah makan malam, tuan rumah berkata:

“Barangkali kita perlu minum anggur , untuk menghilangkan kelambanan kita dalam berfikir, dan untuk merangsang ketajaman perasaan kita.”

Tamunya pun bersetuju. Tetapi, tuan rumah itu ternyata hanya memiliki satu botol anggur, dan ia menceritakan hal ini kepada tamunya.Ketika dia menyuruh anak laki-lakinya yang menderita penyakit berpenglihatan berganda (maksudnya satu benda terlihat menjadi dua) untuk mengambil anggur tersebut, ia berkata:

“Ayah, ada dua botol anggur: yang manakah harus saya bawakan?”

Kerana malu jangan-jangan tamunya menyangka dia tidak mahu mengeluarkan semua botol dalam simpanannya, ayahnya menjawab:

“Pecahkan satu botol , dan bawakan yang satu lagi itu kemari”

Tentu sahaja anak laki-lakinya itu melemparkan satu-satunya botol tersebut, Sehingga dia merasa telah memecahkan kedua-dua botol dengan tidak sengaja. Dengan demikian, tidak ada lagi anggur untuk tuan rumah mahupun untuk tamunya pada malam itu.

Tamu itu mengira bahawa anak tuan rumah itu yang bodoh, padahal ia hanya mengalami gangguan. Kebanggaan tuan rumah terhadap keramahannya sendiri merupakan penyebab dari pecahnya botol tersebut. 

Semua ini terjadi kerana tuan rumah khuatir jika ia mengatakan kepada tamunya tentang anak laki-lakinya menderita penyakit penglihatan berganda, maka tamunya akan berfikiran bahawa pernyataannya hanya sebagai dalih bahawa ia tidak mahu mengeluarkan semua anggurnya.

shahwis

 

 

 

Aku ambil dari dalam buku Wisdom Of The Idiots  Yang ditulis oleh Idries Shah. 

Mulanya aku ingatkan dia ahli sufi zaman dahulukala. Bila sampai rumah baca, rupanya ahli sufi zaman moden. Tapi tak apalah, dapat baca tentang ahli sufi naik keretapi, zaman Jalaludin Rumi tak ada lagi keretapi  😆

Comments
14 Responses to “Botol Anggur”
  1. Dude berkata:

    ginger beer tu sedap kalau di minum sambil menendang perut fakyew.

  2. adiospunk berkata:

    Dude,
    Ramai yang kata ginger beer F&N lebih nyaman diminum sambil mengusap jambang Fakyew.

    Orang lain yang kata , tahu ,
    Tapi aku tak minat nak cuba. Aku meloya tengok jambang dia.

  3. Dude berkata:

    err…
    ginger beer keluaran f&n tu sedap tak?

  4. adiospunk berkata:

    Khairuddin-
    Zaman dulu mana ada lori nak hantar stok kepada pemborong. Takkan nak angkut naik keldai.
    😆

  5. Khairuddin berkata:

    Minum la air anggur F&N.. Sluurrpp.. Kalu baling tin tu, xla pecah kot.. huhu.. Sekarang pun botol gune plastik.. hehe..

  6. adiospunk berkata:

    Itu cerita bulan lepas, minum air suam.
    Manusia jenis Fakyew mana reti insaf.

    Sekarang dah minum teh tarik. Tak suka berpantang dengan susu.

    Sebulan dua lagi mesti cari air anggur balik.
    Sehari dua ni pun dah bercerita pasal Bear Beer.
    hahahaha

  7. matjai berkata:

    dia dah tak suka lagi pasal anggur ni adi. dah serik, minum air suam je skang ni. takut batu muncul kembali.

  8. fakyew berkata:

    bangsa sawan?

    hahahahahaha hhihihahahahahahah

  9. adiospunk berkata:

    Sebab kau bukan kategori bangsawan.
    Memanglah cakap macam tu.

    Jenis orang macam kamu tu , layak minum tuak aje.
    Mabuk cara kampung. Tradisional.
    Hohohoho

  10. fakyew berkata:

    aku tak minat minum wain. mahal, masam, dan tak mabuk langsung.

    sufi atau sufi wannabe patut minum wiski atau vodka murah.

  11. adiospunk berkata:

    Hahaha,
    aku pun rasa rasa Fakyew akan sukakan cerita yang macam ini.

  12. ainunlmuaiyanah berkata:

    Koboi : cerita pak pandir dan mak andeh~ lamanya tak baca cerita rakyat. rindu~

    Adi : ini satu cerita yang menarik, selalu begitu, kita tidak mahu dianggap negatif, lalu kita menghindarnya dengan cara yang lain. walhal cara itu boleh buat keadaan menjadi lebih teruk dan rusuh.

    dan aku yakin Fakyew mesti suka entri kau yang ini.. hehee

  13. adiospunk berkata:

    Kerana malu dan takut dituduh kedekut,
    langsung tak dapat mabuk.
    hahaha

  14. koboi berkata:

    hahaha kadang-kadang yg bodoh itu cerdik, yg cerdik itu bodoh. terlalu nipis sempadannya.
    teringat aku cerita bagaimana pak pandir menipu mak andeh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: