Belajar Bersama Sophie


 

book

kiranya dah bersedia untuk keluarkan diri dari kelonsong

 

 

 

 

 

Dah lama tak baca buku Bahasa Inggeris,  Sophie’s World adalah buku agak berat tapi ditulis dalam bahasa yang mudah dan tak berbelit-belit, jadi tak susah nak faham.

Buku ini mengajak pembacanya belajar asas dan sejarah perkembangan bidang falsafah melalui watak  Sophie, seorang budak perempuan berusia 14 tahun. Sophie sering mendapat surat layang yang bertanyakan soalan-soalan falsafah macam :

  • Siapa kita ? Adakah kita akan menjadi kita kalau dilahirkan dengan nama orang lain?
  • Dari mana kita datang ? Api, tanah, air, angin ?
  • Adakah kau percaya kepada takdir ?
  • Adakah penyakit itu adalah hukuman dari tuhan ?

Memang susah nak menjawab soalan-soalan seperti itu dengan menelanjangkan fikiran sehabis-habisnya. Bezakan antara fakta dengan pengaruh perasaan.

Setiap jawapan pula mesti keluar dari dalam diri sendiri sebagai seorang manusia tanpa dipengaruhi faktor agama, cerita dongeng, tradisi karut turun temurun dan bukan pula pendapat-pendapat orang lain…

Bukan dari buku yang kita baca, bukan dari ajaran guru di sekolah, bukan dari kajian profesor, bukan dari percakapan orang di sekeliling kita….. Tapi semata-mata dari dalam diri kita sendiri yang telanjang.

Tapi memang bagus kalau jadi orang yang berfalsafah sebab kita akan menjadi seorang yang realistik dan rasional . Tapi pertaruhannya besar … KALAU TAK SESAT,  MUNGKIN BOLEH JADI GILA👿

➡     

Memang egnimatik, orang-orang berfalsafah selalu bercakap dengan diri sendiri, orang lain akan nampak mereka seperti orang gila . Sejak zaman Greek purba hingga ke zaman moden, pandangan orang sekeliling tak akan berubah pada golongan ni. Sesetengah dari  mereka mencari kebahagiaan yang berbeza dari kebahagiaan orang lain di dunia.

Seorang Cynic mencari kebahagiaan dengan cara tersendiri, misalnya Diogenes yang hidup dalam tong cuma mempunyai sehelai jubah, sebatang kayu dan dan karung guni sahaja harta di dunia. Pernah dia didatangi oleh Alexander The Great sewaktu dia duduk di sebelah tongnya di suatu petang.

Alexander berdiri di sebelahnya dan bertanya  “Ada apa-apa untuk dibantu?”. Diogenes  menjawab “Ya, bolehkah kau berganjak, kerana kau menghalang cahaya matahari aku”

➡    

Cerita yang seakan sama pernah aku dengar dalam versi cerita tauladan dari Timur Tengah. Kisah eorang raja yang tidak taat kepada Tuhan telah mendengar suara menyuruhnya bertaubat. Dia yang lari ketakutan meninggalkan kerajaannya dan hidup melarat di dalam hutan.

Suatu hari, sewaktu dia sedang menjahit bajunya yang koyak di tepi sungai, dia didatangi sorang rakyat dari kerajaannya dahulu. Rakyat itu bertanya:

“Wahai raja, kenapa kau tinggalkan kerajaanmu dan hidup melarat seperti ini”.

Belum raja menjawab, jarumnya terjatuh ke dalam air.

Raja itu menyeru kepada ikan di dalam sungai untuk bawakan jarumnya yang terjatuh. Tak semena-mena, semua ikan di dalam sungai timbul di permukaan air dan membawa bersama jarum-jarum emas di mulut mereka.

Raja hanya, menggelengkan kepala dan berkata: “Bukan jarum-jarum itu, tapi jarumku yang  terjatuhkan tadi” . Lalu semua ikan-ikan kembali ke dalam sungai kecuali seekor yang membawakan jarum yang dimintanya. Rakyat melihat kejadian tersebut marasa takjub sekali.

Okay, aku tahu cerita raja itu sekadar dongeng , tapi aku melihat ianya perlambangan kepada dunia falsafah.

➡     

Selain dituduh gila oleh masyarakat, ahli falsafah juga kerap dituduh sebagai sesat atau murtad oleh ahli agama sejak zaman berzaman.

Tak sedikit yang  mati dibunuh kerana pemikiran mereka yang terlalu terkehadapan berbanding masyarakat yang konvensional. 

Dalam buku Sophie, mereka meletakkan Socrates sebagai contoh. Dihukum meminum racun kerana didakwa sebagai menyesatkan masyarakat. Turut dikaitkan juga dengan kisah Jesus.

Bila disentuh bab Mysticism,terus teringat pada Al Halaj dan Siti Jenar.

The idea is that what we usually call “1” is not the true “1”. In short glimpses we can experience an identification with a greater “1” . Some mystics call it god , others call it the cosmic spirit, Nature, or the universe. When the fusion happens, the mystic feels that he is “losing himself” , he disapears into god and lost in god in the same way that a drop of the water loses itself when it merges with the sea.

 

Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu di zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau mâ warâ’a al-tabâ‘ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.

Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.

Dipetik daripada buku Simposium Tasawwuf dan Tariqah oleh Prof. Dr. Burhanuddin Helmi, hlm. 35-38.

 

:idea: 

“Seseorang itu tak perlu meneliti secara mendalam tentang aliran-aliran dalam dunia falsafah, kerana dalam sedar atau tidak, mereka mungkin telahpun berfalsafah tanpa mereka sedari” kata youtube😆

Kalau aku tak baca wiki dan tonton youtube aku sendiri pun tak tahu. Merentasi pemikiran yang paling tabu kerana sifat ingin tahu mendalam boleh memaksa individu itu jadi berfalsafah.

Comments
7 Responses to “Belajar Bersama Sophie”
  1. adiospunk berkata:

    Aku tak nak baca kitab tahafut,
    aku nak baca kitab tahayul.

  2. sayap ababil berkata:

    lepas baca sophie ni.. anda disyorkan cari dan baca kitab Tahafut al Falasifah. pas tu baca kitab Tahafut at Tahafut..

  3. Dude berkata:

    oke, bereh.
    at least otak aku bleh rehat2 jap.

  4. adiospunk berkata:

    Baru 2 hari dude.
    500+ muka surat, font sebesar sesungut semut.
    relax dulu.

    Nanti dah habis aku kasi kau,
    jangan takut,
    Semoga kau akan jadi kawan kedua aku yang jadi mereng.

  5. Dude berkata:

    oiitt…
    dah abes bace ke blum?
    koy nak sambung bace balik…

  6. adiospunk berkata:

    Memang pening Koboi.

    iman nak kena kuat,
    minda kita dijadikan medan pertempuran antara setan dan malaikat.

    Kau belajar secara formal,
    tapi aku tengok dari youtube dan wiki aje😆
    Aku pun tak mahu pencarian yang mendalam sangat. Besar pertaruhannya.

    Kau kenal Asran yang rosak mental tu?
    Sebelum sakit jiwa, dia pernah memikirkan
    “Kenapa air kosong itu kosong”.

    Orang yang tak faham sifat ingin tahu orang berfalsafah akan terus ketawakan dia dengan soalan dia, tapi bagi orang yang faham , mereka tahu dia sedang berfalsafah.

    Kasihan dia jadi tak waras sekarang.

    Sebenarnya aku pun takut bercerita benda macam ni dengan orang lain, nanti orang kata aku dah mereng, tapi lepas baca buku Sophie ni okay sikit.

  7. koboi berkata:

    ilmu falsafah memang aku akui sebagai satu bentuk pemikiran yg tinggi. aku sendiri tak malu mengaku bahawa aku pernah gagal paper ini semasa belajar dulu.
    untuk memahami ilmu logik sekalipun memerlukan aku mengambil masa yg lama.
    ilmu falsafah seringkali dianggap sesat kerana jawapan kepada persoalannya selalunya berlainan dan bercanggah dengan jawapan dari cabang ilmu yg lain.
    1 + 1 jawapannya barangkali 3, barangkali 8.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: