Profil dalam hidup
Berapa banyak laman sosial yang perlu aku kendalikan.
Dah macam kerja sepenuh masa.
Myspace
Disebabkan terlalu terlalu banyak theme kreatif
dengan gambar bersaiz 8 gigapiksel ke atas,
lagu-lagu mp3 yang berkumandang secara automatik
dan iklan yang berselirat di atas , bawah,kiri dan kanan,
buat aku semakin benci dengan myspace.
Berat sangat.
Lebih berat dari bebanan yang ditanggung oleh ahli sukan angkat berat.
Memang patut aku online 2 minggu sekali.
Yahoo messenger
Aku cuma online sekiranya ada fail untuk dihantar atau diterima.
Kalau semata-mata chat. Malas layan. Chat cuma untuk zaman IRC.
Aku online 2 kali sebulan. Kadang-kadang aku lupa akan kewujudannya.
Youtube
Akaun aku semata-mata untuk bagi ulasan pada video-video yang berputar. Puji ataupun maki hamun.
Multiply
Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku buka,
4 bulan dulu agaknya.
yang aku tahu, aku ada akaun.
Friendster
Satu-satunya laman sosial yang tak sosial langsung.
Aku boleh bertaubat dalam masa 1 jam jika
aku baca mesej-mesej yang dikirimkan.
Aku cuma online 6 bulan sekali,
semata-mata nak tengok sebarang pesanan dari
semua anak-anak saudara aku.
Supaya nampak alim didepan mereka,
friendster aku terpaksa nampak alim juga.
Hipokrit sungguh.
Facebook
Aku online 16 jam sehari,
Tak kira aku di depan pc atau pergi lepak minum kopi.
Dia sentiasa setia menanti mesej baru,
komen baru, kutukan terbaru.
Sebab tu aku percaya, Facebook itu seorang yang insomnia,
wordpress
Setiap masa aku online, blog ini akan bernyawa secara automatik.
Sama macam Facebook.
Pada aku, blog adalah haiwan peliharaan yang jinak.
Tak perlu dijaga rapi. Sebab sentiasa dibawah kawalan radar.
Blog akan menjadi teman aku bersiar-siar melawat orang-orang lain 😆
Ada banyak lagi akaun selain ni, tapi aku tak larat nak kendalikan semua sekali. Aku abaikan aja. Penat.
Gitaris aku baru kasi mesej, praktis lagu baru. Nanti nak rekod.
Argghh !! Dah macam bebanan hidup pulak.
aku benci komitmen. Berapa lama dah, aku baru tulis dua rangkap je.
Aku nak sarankan pada dia, nyanyi lagu tu lalalalalalala aje lah.
Bukankah kita perlu cuba membuat sesuatu yang baru.
5 lagu lalalalalalala adalah satu idea baru yang punya originaliti 👿
Giler!
Thankee Lydiarayyan.
ainunlmuaiyanah-
Aku belum tulis apa pun lagi. Tak ada mood.
huh~
kau tak tulis lirik lagi.. ish2.
habislah..
kadang-kala komitmen mengajar kita supaya bersedia. dan aku orang yang benci pada komitmen. sungguh~
patutlah aku tgk facebook kau updates sentiasa. heh. rupanya kau dah kena kutukan nokturnal.
haiwan peliharan yang jinak? cute…hehehe..
nice writing…