Temerloh Seharum Syurga


Sekiranya kamu semua lekapkan telinga rapat ke tanah, Kamu semua akan terdengar secebis bunyian dari syurga.

Bunyi yang dimaksudkan itu hampir sama dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Aku tak tahu sekiranya ia berlaku serupa kepada kamu yang berada di luar daerah kami, tapi di Temerloh, arus Sungai Pahang itu,  mengalir terus ke dalam darah kami. Sebagai warganya, aku bangga lahir di sini.

Walaupun Temerloh masih lagi berbau desa dan bukan pula lokasi tumpuan para pelancong. Jadi, kepada sesiapa yang dengan secara tak sengaja telah ‘tersinggah’ di sini, maka ada baiknya pergi ke Esplanade terlebih dahulu sebelum balik. Alami sendiri keindahan Kuala Semantan.

Minggu lepas, kawan-kawan datang dari Kuala Lumpur , walaupun membesar di Temerloh, tapi mereka dah lama tak balik. Setelah dibawa  ke Esplanade, ramai yang terkejut. Temerloh semakin mempesonakan.

Seorang kawan ikhlas membuat kenyataan yang dia tak pernah naik bot. Aku memang tak bagi peluang. Aku terus memperlekehkan status dia sebagai anak Temerloh.

“Kau belum pernah naik bot selama kau tinggal di Temerloh ni?” 

Aku soal dia, sebenarnya aku pun tak pernah naik. Saja keluarkan soalan macam tu biar dia rendah diri.

“Kau tahu, kalau kita berada di atas bot tu, getaran enjinnya akan buat jantung kita rasa mengelegak” Aku siap reka-reka cerita lagi pasal kehebatan naik bot yang aku pun belum pernah naik tu.  😆

Kami akhirnya bersetuju, sewa bot cuma RM20 , kami meluncur laju di permukaan sungai. Sebagai orang Temerloh, aku tak tahu langsung betapa cantiknya sungai Pahang pada waktu petang. Kilauan cahaya yang bermanik-manik seperti tasbih itu bagaikan boleh disentuh dengan jari.

Dan paling aku tak tahu, pada tiang kaki jambatan patah ada terconteng perkataan XPDC.  Ramai orang tak tahu. Sesekali pergi esplanade bolehlah cuba sendiri pengalamannya. Dan jangan lupa bawa kamera.

 

n651687585_2100481_8747

Hanya orang buta huruf sahaja tak nampak betapa agungnya tulisan Temerloh

2397127317_72b53a6ab3jpg-jpeg-image-500x343-pixels_1234731092810

Esplanade Temerloh- tempat yang aku ceritakan tu. Dari sini ada perkhidmatan bot untuk alami sendiri keindahan Sungai Pahang.

dsc_0190_view

Ini lah bot yang aku maksudkan. RM 20 sahaja. Sewa satu bot dan terus menjelajah permukaan sungai pahang. lalu bawah jambatan besar Temerloh menuju ke pulau.

punisher2il01

Pekan sehari di tebing Sungai Pahang setiap hari Ahad

2485743659_054903bb11

Jambatan di kala senja

Dan jangan lupa untuk mencuba rasa gulai Ikan Patin yang sebenar. Sebab Temerloh memang dikenali dengan nama timangan: Bandar ikan Patin.

💡

Kuala Semantan

 
Jikalau aku seorang pujangga,
Akan ku puisikan tanahmu seharum nyawa.

Jikalau aku seorang pelukis,
Akan ku potretkan permandanganmu seindah syurga.

Jikalau aku seorang penyair,
Akan aku nyanyikan lagumu semerdu burung.

Tapi aku bukan mereka.
Aku cuma wargamu yang kecil dan tak punya kuasa.

Namun kau seharusnya tahu,
Kau adalah aku.
Kerana kau adalah nyawaku.



Kilauan kristal pada arus Semantan.
Segunung lebih agung dari Nil mahupun Gangga.

Pulau yang membelah Sungai Pahang,
Melambai pulang di saat ku jauh.

Sekali angin menghembus Beringin dan jati tua,
Nyamannya terasa sepanjang usia.

Dari atas jambatan itu,
Kulihat pelangi tersenyum padamu.

Pasti kau sudah tahu sekarang,
Kau adalah aku.
Kerana kau adalah nyawaku.

Comments
43 Responses to “Temerloh Seharum Syurga”
  1. shah berkata:

    bagus2….
    ramai gak yg support…
    ni koi bangga ngat jd anok temerloh….
    keep it up…slalu r update..

  2. adiospunk berkata:

    GAmbar nombor 1 yang tulisan temerloh dengan bot penambang tu gambar yang saya ambil sendiri .. kalau nak ambil yang itu .. silakan , saya berbesar hati kalau ada orang menyukai gambar yang saya ambil …
    Kalau mahu gambar tu dalam resolusi sebenar …
    tinggal kan address email … saya akan cuba beri

  3. che ada berkata:

    salam,sy nk tanya gmbr ni u ambil sendiri ke? blh x kalo sy nak ambil gambar yg ada temerloh dan bot tu? cantik sgt.saya nak isi dalam majalah saya.sebab sy ni bdk wartawan dan kena bt projek majalah ttg negeri pahang.sy bt cover ttg espalanade temerloh ni.blh tak?
    thank you.

  4. en_me berkata:

    iyela, nk rasa ikan patin camane? gerai maner satu? tepi jalan ke? kat esplanade teww ade jual ker? citerlarr sikit.. salamm dr me dikejauhannns

  5. adiospunk berkata:

    Terima kasih Cikgu , kerana telah mendidik anak murid hingga menjadi pemuda harapan bangsa.

    huhu,
    Cikgu tau entri ini membuatkan saya dituduh Emo.
    Sungguh kejam mereka itu .
    Cikgu patut sebat mereka semua.

  6. lady_ dyll berkata:

    omg, sbbnye koi ni tak penoh trn ke bwh tu time siang ari. lalu time malam asik nampok orang beromen dalam kete.. sumpah koi tak tau ada wording TEMERLOH kat tebing tu.. malunye koi jadi anak tmloh…

    akan koi ajak kawan2 koi ke sana nt…

    koi bangga bila tau ada lagi anak muda temerloh yang bangga dengan tempat asalnye sbb slama ni sokmo ngat dgr anak temerloh kutuk tempat asal sendiri.. mentang2 la dah keje kat kl.. padahal bukan la kaya ngat dok kl tu… ooopss..

    eh, g miting persatuan anak kuala semantan 9hb mac ni.. tu br tru temerloh…

  7. Dude berkata:

    Temerloh…
    the real champion!

  8. adiospunk berkata:

    Betul tu , bro.
    Lain kali balik temerloh jangan terkejut.

  9. aedie berkata:

    Huh sudah semakin cantik Bandar Temerloh,satu lagi lokasi aku untuk bercuti tahun ini bersama keluarga.Pergh gaya mcm hollywood la Temerlohwood….Lol

  10. adiospunk berkata:

    Panda ni tak dengar Bunkface,
    tapi dia suka dengar Benjamin Sueb – Nyai Dasima.

  11. Dude berkata:

    Bukan ke itu panda yg suke makan nasi lemak kt kedai aji? Dgr citer panda ni suka lyn bunkface.

  12. adiospunk berkata:

    Hahaha

    Beruang Panda memang macam tu.Dia suka makan ayam goreng sambil bergambar di kolam renang.

  13. newtunesresearcher berkata:

    hehe…koi citer pasal akitek kang sape nk bace??
    cine2 kontrak mmboh la bace kot kakakaka…

    mmg ikutkan hati nk gak menulis..tp mase aje tak mengizinkan..insyallah…

    adi..aok tau tak??kat mesia ade sekor je beruang panda yg masih wujud…tapi pertubuhan WWF xtau pun tentang kewujudan nye…dorg patut amik berat ngan beruang panda ni sbb koi tgk dah liar sgt dah sejak kebelakangan ni…pokok buluh ngan pucuk rebung kat tepi sungai tu langsung xnk dijamahnye inikan pulok nk makan..bapok memilihnye hehehe…die kabo buat ape nk makan pucuk rebung sedangkan dah banyak gerai makan kat sepanjang sungai tu..die “up” lagi kalau hari ahad lagi best,sbb die bole makan ayam goreng kat pekansari..koi rase patut ade pihak yg bertanggung jawab hantar balik panda ni ke habitat asalnye..

  14. fakyew berkata:

    ooo aok dah pandai edit komen skang ni

  15. koi berkata:

    Temerloh, tempat koi merloh dengan lena.
    Temerloh, koi tak akan ‘merloh’.

  16. sayap ababil berkata:

    Temerloh hanya hamparan tanah hampa
    untuk rebutan abang-abang kawasan
    atau pakcik-pakcik preman
    dan manusia yang ingin jadi Adun Kuala Semantan

    Temerloh hanya hamparan tanah hampa
    bagian kerak-kerak neraka
    yang membuat Sepet meneging urat mata
    tatkala mencucuh sebatang Surya

  17. fakyew berkata:

    bukan poser je, sell out. sembah band bunkface skang ni.

    PANDA SEJATI bakal bergambar di kolam renang lepas ni.

  18. Dude berkata:

    Fred… si adios dah terpengaruh dengan zine roots. Cuma dia segan2 nak ngaku je. poser!

  19. adiospunk berkata:

    Aduh ! tak cukup rebel ke bung fred 😆

    Walaupun berfikiran jahat, tapi ada juga bahagian emo sikit-sikit,

    Macam Rajinikant ,
    Walaupun suka membelasah preman-preman batak tanpa belas kasihan, tapi selalu dia bersopan santun di depan ibunya.

    Hahahaha

  20. sayap ababil berkata:

    betul ke pos ni ko tulis Adi? beda banget? apa lu sudah ikutan emo-emoan?

  21. adiospunk berkata:

    newtunesresearcher-
    Bila nak buat blog. Cerita sikit pasal dunia arkitek.

    Dude-
    kamu dayak sungai, apa kelas naik bot kalau kamu boleh menyelam dengan kelajuan seperti jet ski.

    Fkyew-
    Siapa pernah tengok beruang Panda beraksi kuak lentang ?

    Aku sendiri ragu-ragu.
    Aku rasa dia fyew tak pandai berenang.

  22. newtunesresearcher berkata:

    hahahaha…..
    mesti aok bru bace kan papa??
    hahahaha
    hahahahaha

  23. fakyew berkata:

    bentaik aok ajeh

  24. Dude berkata:

    Ceh…
    pegi naik bot tak ajak pun.

    harap2 lepas ni sungai pahang akan naik taraf jadi cam vanice pulak. hahah.

  25. adiospunk berkata:

    Thankee finas 👿

    newtunesresearcher-
    hahaha

  26. newtunesresearcher berkata:

    rm1 aje??bunyi mcm ajak naek bot je lagik..
    xpuas ke naek bot hehe…

  27. finas berkata:

    al-kisah sebuah temerloh..haha..hebat ah kau

  28. adiospunk berkata:

    Tambang bot ke seberang tu baru rm1 aje

  29. newtunesresearcher berkata:

    hmm…aku rase nmpak sebahagianye kot…tapi sbb sepanjang tebing sungai tu penuh dgn pokok2 tua tinggi yg rindang kan…terselindung di sebaliknye mgkin hanya nampak kubah emasnye sahaja…

    xpe nnt oneday free kite pg survey..

  30. adiospunk berkata:

    Zizou-
    ‘Temerloh yang dulu biarlah jadi sejarah klasik,

    newtunesresearcher-
    Kalau ambil gambar dari seberang sana boleh nampak gambar masjid tak?

  31. newtunesresearcher berkata:

    HOLLYWOOD=TEMERLOH

    one day aku nk amik gambo kat sinun te..
    papa xleh ikut nnt tebing sungei te runtuh…
    bale jd punce plak hehe..

  32. zizou berkata:

    koi suka temerloh yang dulu , serupa macam kat uk, kekal dengan imej lama walaupun teknologi pesat membangun

  33. adiospunk berkata:

    Yang itu aku ambil sendiri.
    Tangan aku, angle aku.

  34. ainunlmuaiyanah berkata:

    ces~
    aku cuma suka gambar yang perkataan temerloh itu.

    tapi kalau itu pun kau curi dari google, aku tak tahu lah nak kata apa..

    Tertipu ni~

  35. adiospunk berkata:

    Cik yana-
    Gambar tu aku curi dari google,
    Kalau Temerloh ada keluar majalah sendiri nanti, baru aku hantar. Okay.

  36. ainunlmuaiyanah berkata:

    patriotik~

    Apa-apa pun sukanya gambar yang diambil. Boleh hantar pi pertandingan fotografi tempat-tempat menarik di malaysia ni..

    hehe..

    apa-apa pun puisi itu boleh hantar pi majalah~

  37. adiospunk berkata:

    asyhraf-
    Kita kena buat muka yakin sewaktu menipu.
    Itu basic untuk direct-selling. 😆
    Untuk pengetahuan semua, Asyhraf adalah antara yang paling berkobar-kobar nak naik bot.

    koboi-
    Ya, majulah Temerloh,
    Semua orang harus belajar tanam rasa cinta pada tempat kelahiran masing-masing.

  38. koboi berkata:

    bravo..
    majulah temerloh untuk negara.

  39. asyhraf berkata:

    muka aok bukan main kerek naik bot..rupanya aok pun 1st time naik…hahahahhahah kambing tul…lek adi..pic anda, apiq dlm proses menghantar kat email koi..bila koi dah terima koi terus send kat aok lar

  40. adiospunk berkata:

    Terima kasih , MatJai dan Qifah.

  41. qifahsdamha berkata:

    foto dan puisi, dua-dua lawa. 🙂

  42. matjai berkata:

    lawa betul gambar-gambar tu.

Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. […] Promosi : Demo CD Nyanyian Jalanan 28 April 2010 by ainunlmuaiyanah Ada berita. Berita dari Bandar Seharum Syurga. […]



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: