Aku Benci Valentine Sebab Punca Nasib Malang
Aku terlupa yang aku pernah ada skuter. Lama betul dia tersadai di bawah pokok jambu depan rumah. Dah tinggal nyawa-nyawa ikan.
Aku gelar dia Transkuter, sebab dulu dia agak menyerlah dengan logo Megatron terhias pada dadanya. Walaupun aku pernah tampal seluruh tubuhnya dengan gambar Hantu puaka Iron Maiden dan sticker band-band punkrock, tapi namanya tak pernah berubah, dia masih lagi bernama Transkuter seperti yang aku kenal dulu.
Sengaja aku malas layan dia sebab asyik meragam. Singgah workshop hari ini, sampai 2-3 bulan dia meragam lagi. Sehinggalah semalam, seorang kawan tegur. Dia beri pendapat supaya dibaiki semula Transkuter , idea yang agak bernas sebenarnya. Sebab dia sendiri yang berjanji untuk tolong baiki. Aku percaya pada dia sebab aku memang dah tahu kebolehan dia membaiki motorsikal.
Di tengah hari Valentine yang memanggang dengan terik matahari, seorang kawan lain telah menunda Transkuter terus menuju ke rumahnya. Penuh semangat dan cita-cita. Aku tinggalkan dia bersama Transkuter.
Petang Valentine semakin hangat memhembus cinta. Fakyew singgah di 7 Eleven membeli rokok. Aku dari dalam kereta nampak kelibat kawan aku yang berminat membaiki motor aku tu. Aku tanya dia buat apa kat sini?
Dia menjawab dengan paras keyakinan yang tinggi , “sedang tengok motor kau terbarai lah”. Aku ingat dia bergurau, aku jenguk dalam bengkel motor.
Ya, ampun !!! Transkuter terbarai enjin, overhaul.
Aduh !! Terguris hati aku… Hancur luluh bagai dihiris belati tajam.
Aku ingat dia nak tolong baiki, rupanya dia tolong hantar ke bengkel. Setakat buat macam tu , aku pun reti. Tak payah dia ajar.
Habis yang overhaul tu, terpaksalah aku buat-buat mengerti. Mungkin mencecah Rm 400 – rm500 ni. Hari esok aku terpaksa ambil.
Kalau tak diusik di bawah pokok jambu tu, selamat duit aku.
Terima kasihlah wahai sahabat, kau telah membuatkan aku papa kedana sepanjang bulan ni. Aku memang memerlukan 7-8 orang lagi sahabat sepertimu. Tulus dan ikhlas.

Gambar hiasan je. Ni bukan skuter aku
Betul ke, diehatefan ?
Aku punya dah lama standard.
Tak larat aku layan custom2 ni.
Vs kawan-kawan aku pun dah jual semua.
hahaha, aku pon ader vs cam kau. aku dah abis 1200 utk buat jadi standard balik bulan lps.. tapi skang mmg cam baru.. heheh.. tapi aku suker gler ader member yg mcm kau tu.. hahaha…
betul la kata puisi Rahmat Haron… ” Valentine ini dulu-dulu adalah Asyura..
aii…
tak puas2 lagi?
Dude-
sedia duit, malam minggu ni fakyew ajak pergi pasar malam Jengka 👿
tapi..
sekurang-kurangnya… fakyew dah ceria kan kau malam tu…
takkan nak sedih lagi.
hahaha…koi bukan tokey asmara nk nyurok2 haha…
Terima kasihlah atas simpati kau tu Matjai.
Kau faham juga akan sifir kira-kira.
Aku boleh tolak sendiri motor tu ke workshop tanpa bantuan orang tengah .
Kalau kau nak gelak pun gelaklah.
Peargh! sadis. Aku simpati adi. nak gelak tak sampai hati dengan situasi ni walaupun agak kelakar. huhu
Bagus betul perniagaan macam ni. tuan motor bagi ke mekanik. mekanik bagi ke workshop. workshop bagi duit upah datangkan bisnes pada mekanik. mekanik mintak duit air dekat tuan motor. tuan motor kena bayar duit air duit upah datangkan bisnes duit baiki motor.
fuh.
ni yang angkat abu mayat ni. mesti kenal punya.
newtunesresearcher ni siapa pulak?
hahahaa…i wonder sape kah geranganye..
bongok sungguh org itu…
ya dan satu lagi,
kawan aku mintak upah duit air sebab tolong tolak motor aku workshop.
Bukankah itu pakej impian semua orang pada hari Valentine.
Terkena dua kali.
aku rasa kau patut biarkan sahaja..
tak yah bayar kot..
tak pasal abes ratus-ratus..
baik kau belanja aku je..
hehe
jangan lupa duit air tau. haha.
Hahahaa, Koboi, Apa maknanya valentine kalau macam tu , sakit hati adalah..
Fyew gelak besar je semalam.
Geram aku nak suruh taukeh workshop tu overhaul tali perut dia sekali.
kira ok la tu.
kurang2 nya, ko ada sesuatu nak di ceritakan bila ada insan malang yg tanya makna valentine pada ko. hehehe
Sebab hari malang tu jatuh pada 14 februari.
Rasa tertipu ke? Hahaha
tiba2 terpelik.hu? aper kena ngena ngan vtine gaknye..haha
hahaha..best punyer member.harap dijauh2kan dari aku
Mestilah aku yang bayar,
Transkuter tu aku punya,
takkan nak biar kan kat workshop tu pulak..
Tak pun, aku tak payah bayar, suruh taukeh cine tu rosakkan balik seperti asal..
hahahaha
haha..
kau suruh je la member kau tu yang bayar
apa kes kau yang kena bayar?