Lagak Orang Yang Berlagak
Kali terakhir aku ditahan polis, semasa aku membeli bola pingpong kat sebuah kedai sukan.
Mereka kata nak buat ujian air kencing secara rambang.
Aku telah diangkut ke dalam van berwarna biru bersama-sama dengan seorang lagi kawan aku yang juga pemain pingpong seperti aku, tapi dia dari jenis pemain belasahan.
Ya! memanglah ramai ahli sukan menggunakan steroids, tapi bukan aku. Aku pemain pingpong berbakat semula jadi. Tak perlu bantuan dadah.
Selain aku dengan kawan aku (pemain pingpong tak berbakat tu), ada sekumpulan pekerja kontrak yang turut ditahan.
Dan dikalangan anggota polis tu ada seorang polis muda yang suka membebel, dia kata kami memalukan bangsa melayu lah kononnya.
Padahal kami belum lagi kencing dalam botol tu, belum tahu salah ke tidak , dia terus je marahkan pekerja-pekerja kontrak yang selekeh tu.
“Tengok pakaian kamu ni, buat malu orang melayu je, orang asli kat karak sana lagi cantik ” Kata dia pada pekerja-pekerja kontrak berbangsa Melayu tu.
“Aku nak mengaku kamu semua ni bangsa Melayu pun malu” Dia sambung lagi, kononnya prihatin dengan nasib bangsa tapi sebenarnya dia tu bodoh.
Dah nama budak-budak tu pekerja kontrak, buat paip air tepi jalan, macam mana nak pergi kerja pakai baju kemeja dan tali leher. Bangang ke apa.
Aku berkata dalam hati , yang aku lebih malu lagi bila orang Melayu dapat kuasa sejemput macam polis muda tu, Berlagak macam bagus .
Dah la membebel , tapi bengap pulak tu, sepatutnya dia sendiri yang baca buku Malay Dilemma tu, biar terbuka sikit kepala tengkorak dia yang sempit tu.
💡
Kemudian kami dibawa ke sebuah tandas awam. Diberikan botol untuk diisikan dengan air kencing. Seorang demi seorang masuk. Seorang polis mengawal di pintu tandas supaya tak ada yang menipu. Semua ikut protokol.
Aku bangga kencing dalam botol tu. Tak sedar sehingga melimpah ruah.
Bila dah siap , botol-botol tu dikumpul. Setiap botol ada tulis nama. Polis yang suka membebel tu pula kerjanya sebagai pemerhati botol air kencing .
Pada aku ,bagus lagi kerja betulkan paip tepi jalan, kotor pun. Lebih berbakti kepada masyarakat dari kerja merenung air kencing , tapi berlagak tak sedar diri.
Setelah beberapa lama tunggu tindakbalas air kencing tu, akhirnya . Hanya seorang je yang sah positif dadah. Bob, kawan aku.
Cis !!! patutlah tak terrer main pingpong. Penagih …
Dadah jenis syabu kata polis tu. Diambil dalam masa kurang 24 jam. Dadah tu masih fresh kat dalam air kencing dia.
Aku dan pekerja kontrak tu semua clear.
Sober tapi Rebel
Saja aku cerita pasal dadah,
Biar semua tahu yang khayalan surrealisme aku datang dari pemikiran aku yang sober dan waras. Bukan dadah atau alkhohol.
Dari dulu aku dah kata, aku lebih PUNK bila aku sober.
Dah berbelas tahun lamanya aku berjaya lupakan najis dadah. Nanti senang aku tulis entri dadah.
muhaizan-
Salam perkenalan dan terima kasih.
Aku pun rasa seronok bila ada orang yang terusik dengan catatan pengalaman aku.
Orang yang bukan dari keturunan penulis pun ada pengalaman mereka sendiri.
Adios,
Saya suka membaca tulisan anda. Sememangnya saya suka mengintai tulisan dari penulis2 yang langsung bukan dari keturunan penulis.Membaca, mengembara dari kacamata penulis lain. Tersenyum, tersengih dan tersindir sendiri.Tulisan yang tidak berbentuk motivasi tetapi terasa terisi (a little bit at least)!!!
Asyhraf-
walaupun aku selalu kena tahan polis, tapi aku tak pernah kena saman macam kamu.
4 kali kena tahan, 3 kena saman.
Sebab kau tak tahu buat muka menagih simpati.
ahahahhahahaha ape2 pun muka aok mmg muka stock kena tahan polis..apsal aok tak goreng polis gitu..koi anti kalau ada polis yang berlagak macam azu
asyhraf-
Kau bukan hebat pun,
taraf kamu cuma main game solitaire aje.
hik hik hik hik …menarik menarik
tapi kalau aok terer main winning eleven lar
maki tuhan la tengok macam mana, hebat ke tak.
Cop basah lagi? hahaha
Aku faham maksud kau, nak menjadi warganegara yang baik, tapi kita bukan mintak ditindas dengan layanan buruk, betul tak?
Pihak polis jenis tak sedar diri ni, sepatutnya tahu macam mana nak bezakan antara pesalah jalanraya dengan pesalah berat jenis penyamun dan perompak.
kes polis no 3 tu memang unik skit. aku rasa dah lama dia buat road block tapi takde mangsa kot. memandangkan anak buah dia terhegeh2 dok cek moto yg berbaris tu, aku ambik la kesempatan cucuh rokok. baru lepas makan tu. mesti kena rokok baru cukup syarat. tak pasal2 pastu dia maki hamun aku. kata tak hormat kat dia. siap ugut nak terajang. sebagai warganegara yg baik, aku rilex je la. padam rokok. pastu buat bodo. tak lama lepas tu aku tanya kat membe aku yg juga seorang polis. dan jawapan dia, “tu inspektor baru kluar kursus. cop basah lagi”
Policia- Sepultura tak masukkan sekali ke?
Ada jmpa yg jns baik2, tp cuma 10%. Lain2 smua nk tnjuk kuasa xtentu hala. Byk pengalaman yg aku ada dgn polis2 brperangai cam babi, tapi xnak buang masa nk citer satu2.
Soundtrax utk posting ni:
Doom – police bastard
Hellnation – police police
Brontox – pig
Hehehe
koboi-
Banyak betul kau berjumpa dengan polis-polis yang berperangai luarbiasa , ya?
Nombor 3 yang paling ajaib. Berkuasa penuh untuk cipta undang-undang baru berserta hukuman setimpalnya sekali.
Ataupun, mungkin kau ni memang jenis suka buat pegawai polis tu jadi baran?
Suka melawan maksud aku.
Aku tak tengok kejadian kau tu.
Hairan juga, takkan tiba-tiba mereka terus beri kau layanan buruk?
💡 Biasanya, aku akan bertukar menjadi seorang yang ‘sangat’ bersopan santun setiap kali ditahan polis.
Aku mahu tugas mereka berjalan lancar dan aku boleh lepas dengan segera, lagi baik daripada buang masa bertekak dengan mereka.
Dude-
Aku rasa , kau sendiri yang jarang jumpa polis. Asyik berkurung kat kampung.
Polis macam gerak khas tu memang tak wujud,
Tapi yang jenis bertimbang rasa dengan kesalahan kecil tu, aku kerap jumpa.
Setakat tak ikat tali helmet, bukan kes merompak bank.
dah banyak polis yg aku jumpa. dalam banyak2 ada beberapa kes yg aku ingat sampai sekarang.
1. polis bebel kat aku sebab urin test aku -ve (kat tol gombak) mcm nak sangat aku kantoi. mentang2 la masa tu berat aku tak berapa nak cukup, dan rambut aku tak berapa nak pendek.
2.polis yg ugut nk bakar moto aku sebab org atasan dia suruh lepaskan aku tanpa dikenakan sebarang tindakan.
ayatnya lebih kurang mcm ni: “aku jumpa kau lepas ni siap, aku bakar moto kau.”
3.polis inspektor muda yg copnya belum kering. nak terajang aku sebab aku merokok semasa anak buah dia tengah cek moto aku. aku tak tau plak merokok tepi jalan masa moto tengah diperiksa merupakan satu kesalahan.
4.2 orang polis preman yg tiba2 cabut kunci moto aku kat trafic light pastu hanya bgtau yg dia tu polis bila aku turun moto dan cabut helmet dgn muka yg buat2 ganas sambil tanya “ko ni sapa?” dgn suara yg buat2 marah(padahal takla berani mana pun).
polis lain setakat ni ok je.
jarang2 dpt jumpa polis yg betul2 baik mcm dlm gerak khas tu.
gerak khas = mitos
Indrasakty-
Ya, aku pun berfikiran sama.
Polis perlu tegas, tapi bukan biadap.
Kerja mereka untuk melindungi orang ramai,
bukan merendahkan mertabat orang lain,
Seragam beri mereka rasa lebih besar. Lebih-lebih lagi dengan pistol terjulur keluar.
Aku pandang hina pada polis yang jenis biadab hanya kerana fikir orang lain semua penjenayah. Kepada polis-polis lain, aku salut.
ACAB hhahahah
Finas ..
tak boleh la hempuk sesuka hati..
karang jadi kes menyerang anggota polis..
lagi susah..
yup..bodoh sombong++cetek pemikiran punyer polis.wtf!! sian pekerja kontrak tu…patut hempuk jer ngan bata.. *emo*