Lebih Hina Dari Pelacur
Seorang pelacur melemparkan kepingan syiling ke dalam tadahan tangan seorang pengemis daif yang nampak seperti kelaparan.
Tapi dengan tiba-tiba, pengemis yang tadi duduk mencangkung bingkas bangun lantas terus mencaci maki.
“Hoi perempuan bodoh, aku bukan mengemis duit kamu”
“Ah ! apa ? ” Pelacur itu jadi kehairanan.
” Kalau bukan duit, apa lagi yang kau mahukan dengan menadah-nadahkan tangan seperti itu”
” Aku menadahkan tangan, supaya aku disedekahkan dengan seks, bukan duit, faham tak, dasar sundal”
” Kau kata aku ini betina sundal, tapi kaum pengemis seperti kaulah yang langsung tak punya maruah”
“Kau tak melakukan apa-apa kerja tapi mahu dibayar dengan seks, sedangkan aku, meletakkan harga ke atas perkhidmatanku memberikan orgasme kepada pelanggan”
Orang ramai mula mengerumuni mereka berdua kerana perbalahan tentang siapa yang lebih hina diantara mereka itu sangat menarik hati. Tak semena-mena, seorang wanita yang berada di kelompok orang ramai itu berteriak.
“Hoi pelacur, kaulah yang lebih hina kerana berdagang tubuhmu kepada laki-laki”
Pelacur itu naik angin dan terus membalas .
” Hai perempuan pengecut, sedap sungguh kau bercakap, Kau tahu apa perbezaan antara pelacur seperti aku dengan wanita seperti kau?”
” Aku menghiburkan lelaki di ranjang dan perkhidmatan aku dibayar, sedangkan kau memberi perkhidmatan seks kepada lelaki secara percuma”
Mendengar penjelasan pelacur itu, khalayak yang terdiri daripada kaum lelaki ketawa dan bersorak. Kemudian , seorang dari khalayak lelaki pula bertempik,
“Meminta seks secara sedekah itulah yang lebih hina, malah dalam neraka pun tidak ada penghuninya yang sanggup berkerja sebagai pengemis seks”
Kali ini, pengemis itu pula yang naik berang.
” Kau sendiri tidak pernah melihat isi neraka, bagaimana kau tahu di sana tiada pengemis seks. ”
Seorang lagi orang yang menyaksikan perdebatan itu pula bertanya;
” Wahai pengemis, adakah kau pernah pergi ke neraka?”
” Belum pernah” jawab pengemis,” tapi kalau diberikan aku sejumlah wang berjuta-juta ringgit dan wanita-wanita yang sanggup menyedekahkan seks kepada aku, aku tak akan fikir dua kali untuk melompat sendiri ke dalam neraka”
“Kau sungguh berani” kata seorang lelaki.
“Kamu tak tahu malu” tempik seorang wanita lain.
” Ah pergi jahanam dengan perasaan malu malah aku bangga tampilkan muka aku ini sebagai peminta sedekah seks, aku bangga dengan pekerjaanku”
Bila perdebatan itu seperti tidak ada penghujungnya. Seorang lelaki dari himpunan penonton itu mencadangkan supaya kes mereka dibawakan ke mahkamah. Disana mereka akan diadili mengenai pekerjaan siapa yang lebih hina di antara mereka.
➡ ➡
Keesokan harinya, kes itu diadili di mahkamah agung. Pelacur yang telah bersedia mempersiapkan hujah itu sangat terkejut kerana pengemis seks semalam bukanlah duduk di kandang pendakwa. Sebaliknya dia duduk di kerusi tuan hakim pula.
Belum pun sempat pelacur itu berhujah. Dia terus sahaja dijatuhi hukuman bersalah. Dia bukan sahaja didenda, tapi dipaksa sedekahkan seks kepada pengemis itu dalam jangkamasa berberapa tahun.
Orang ramai yang menghadiri sidang mahkamah keluar dengan kecewa. Tak mungkin ada golongan yang lebih hina dari pelacur selain golongan peminta sedekah seks.
Pengemis yang memakai baju Hakim pun turut keluar dengan wajah bangga. Sewaktu dia melintasi sekumpulan kanak-kanak yang bercita-cita menjadi pengemis seperti dia, ada seorang budak yang bertanya.
” Tuan pengemis,cuba tuan lihat, seperti ada sampah yang melekat pada tapak kasut tuan”
Pengemis itu hanya tersenyum dan menjawab.
” Ohh ! kau silap. Yang melekat itu bukan sampah, itu demokrasi”
Pengemis seks terus berlalu dan menginjak-injak demokrasi di sepanjang perjalanannya.
Comments
26 Responses to “Lebih Hina Dari Pelacur”Trackbacks
Check out what others are saying...-
[…] Credit:Lebih Hina Dari Pelacur […]
I could not understand the story..mind to explain?HUHUHU
Makasih,
Sebetulnya saya belum pernah ke sana.
cuma belajar bahasanya lewat teman-teman di myspace, buku , sinetron dan teman-teman sekerja asal dari indonesia.
Ga susah dimengertikan bahasa indonesia asal tidak terlalu kedaerahan.
Malah teman-teman dari selatan thailand yang berbangsa Melayu itu juga faham koq,
Saya liat mereka nonton sinetron yang ga ada subtitle.
hehehe
Bahasa Malaysia cuma beda dikit,
Hampir 65-70% masih sama.
Adi, fasih sekali ngomong bahasa Indonesia…
Lama tinggal di Indonesia ya? hehehehe
Oke deh, saya terlalu berkecil hati, bahasa Indonesia saya pikir tidak terlalu dimengerti disana (bahasa sehari-hari)…trnyata Adi dan Yana juga bisa bahasa gaul Indonesia sehari-hari…
Jangan panggil mas, saya bukan orang Jawa..hehehe.
Saya tunggu entry-entry Adi berikutnya.
iya, pernah dengar. Lagu kegemaran saya ni.
Nyanyian peterpan 🙂
Maafin mas,
emangnya saya ga tau mas ini orang indo.
Sebetulnya post yang ini bukan untuk pelacur.
Peminta sedekah seks itulah sesungguhnya benar-benar ada ni di malasia,
dari kelompok politikus yang bikin gawat satu negara.
Dan masih belum selesai kasusnya sampe sekarang pun.
Trus semua ini semua cuman metafora gitu , deh.
Adi: Pernah dengar lagu Kupu-Kupu Malam (sebutan untuk pelacur, dalam bahasa Indonesia yang halus) ciptaan Titik Puspa,
liriknya seperti ini:
ada yang benci dirinya
ada yang butuh dirinya
ada yang berlutut mencintanya
ada pula yang kejam menyiksa dirinya
ini hidup wanita si kupu-kupu malam
bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
bibir senyum kata halus merayu memanja
kepada setiap mereka yang datang
dosakah yang dia kerjakan
sucikah mereka yang datang
kadang dia tersenyum dalam tangis
kadang dia menangis di dalam senyuman
oh apa yg terjadi, terjadilah
yang dia tahu Tuhan penyayang umatnya
oh apa yang terjadi, terjadilah
yang dia tahu hanyalah menyambung nyawa
Lagu ini diciptakan Titik Pusp sekitar tahun 70an or 80an.
Dan belum lama ini dipopulerkan lagi oleh Peterpan.
Jadi..sebenarnya menurut lagu ini, tidak ada yang pernah mao jadi pelacur tapi tidak ada pilihan lain.
Pelacur hanya bisa berdoa, kiranya Tuhan Maha Pengampun dan bisa memaafkan mereka.
Laki-laki yang datang juga tidak lebih suci dari mereka walau sang pelacur tetap dipandang sebagai sampah masyarakat…
firdausamyar-
Bukan maksud aku agar mereka ‘dihargai’ .
Tapi aku pandang dari sudut kemanusiaan semata-mata.
Tak ada siapa yang bercita-cita sejak kecil mahu hidup melarat dan menjadi hamba seks.
Tapi tekanan hidup dan keterpaksaan tetap menolak mereka ke sana.
Masalahnya, semua orang cuma tahu menghina golongan terhimpit ini.
Mereka juga manusia.
Entry yang menggigit dan cukup menyentuh..
Pelacur juga punya hak untuk hidup dan dihargai.
ada aku kata , aku ni kawan dia…
dia tu , aku anggap macam pelawak hiburan je..
kalau aku ajak dia minum kat kedai kopi…
bukan sebab dia kawan aku tau..
tapi sebab aku perlukan muka yang lawak berhampiran aku, supaya dapat idea nak tulis lirik lagu lawak
Nasib baik aku bukan kawan fakyew. Nate! Anyways, entri yg bagus.
Betul tu…
aku setuju.
biasanya kengkawan fakyew semer muka hodoh macam raksasa makan tanah….<— makna nya, kita pun monster jugak… kau jenis monster yg ada sungut2 sotong kat mulut. aku cookie monster je.
aku bukan pernah tgk muka saintis roket tu..
even kalau kau kata dia jambu pun tak hingin aku berpeluk dengan dia tu..
besides, dia kawan fakyew.
biasanya kengkawan fakyew semer muka hodoh macam raksasa makan tanah….
hanya fakyew je yg sanggup berpeluk dengan monster-monster tu
korng sume boleh buat group hug.. jgn lupe ajak roket saintis sekali..
adios sayang dude.
rilek dude..
criter ni dah cukup twisted untuk manusia IQ standet macam dia..
buat golongan intelektual cam kita…
memang takde twisted langsung..
ini bukan twisted…
tapi xpe laa..
oke laa citer ni dari rapsberry reich kegemarang fakyew tu…
demokrasi bawah tapak kasut.
atas tapak kasut ada apa?
hehe just kidding.
tengok kau letak tanda “straight” tu pun dah tau ada maksud sebaliknya.
Fkyew-
twisted stands for ‘straight’, right?
no wonder u r more into ‘untwisted’ stuff
selera korang berdua memang twisted
kata nak yang twisted.
Heh.
Aku nyaris2 tak paham pada mulanya.
LAst2 dpt laa tangkap sikit2 makna citer ni.
kudos!
azuaries-
Aku suka bila ada orang baca dan faham komedi gelap yang aku nak sampaikan..
tapi janganlah sampai tahap kagum pulak.
aku teringin…jd seperti kamu berdua : adiospunk dan ainunl muaiyanah. tp ak x pandai..
aku kagum dgn post ini sbnrnya..
thanks 😆
yep, semua orang melihat sesuatu situasi itu dengan cara berbeza.
Ini adalah apa yang aku lihat.
Demokrasi terletak hina di bawah tapak kasut pengemis seks.
aku suka entri ini..
bila aku baca aku teringat pada puisi rendra..
dan aku teringat pada demokrasi yang di injak..