Merodok Tengkolok Setan
Di langit kilat sambar menyambar. Dentuman guruh berteriak garang. Deru angin yang menggila meniup langsir-langsir sehingga berbuai-buai.
Tingkap-tingkap masih terbuka luas. Tempias hujan lebat diluar menujah masuk ke dalam. Perabot-perabot yang terletak berhampiran sudah mula basah disiram air.
Segala kejadian itu berlaku di depan Dzul tanpa diendahkan olehnya.
Matanya terbelalak . Dia merenung tepat pada langsir basah yang merebas di tiup angin. dia hanya perhatikan sahaja tanpa sekali pun matanya berkelip.
Dia seakan sudah hilang deria penglihatan normal. Dan visual yang tergambar pada matanya yang berkaca-kaca itu bukan lagi keadaan di dalam biliknya. Tapi di suatu tempat lain. Tempat yang terlalu asing untuk diceritakan. Yang tergambar itu adalah sebuah dunia yang tak nyata.
Tingkap-tingkap itu kelihatan mereput. Sungguh aneh. Proses pereputan yang luarbiasa. Perubahan sedikit demi sedikit terlihat jelas didepan mata. dalam jangka waktu seminit, dinding di sekitar tingkap sudah terkopak , dan bingkai kayunya pula telah ditumbuhi semacam kulat.
Mata kepala Dzul menjadi saksi keadaan di luar normal yang terus berlaku. Semakin lama semakin sulit untuk difahami . Dia melihat darah mencurah keluar dari celah-celah tingkap dan mengalir ke serata lantai bilik tidurnya.
Perlahan-lahan , biliknya menjadi tempat takungan darah. Bagaikan air bah, darah itu mengalir ke serata biliknya. Dari atas katil itu dia bagaikan di sebuah pulau yang dikelilingi lautan darah.
Terdengar suara lembut berdesir ke teliganya. Walaupun lembut , tapi amanatnya jelas.
” Kau akan mati sebentar lagi, Persiapkan diri. Kau sudah tidak punya masa lagi”
Suara itu seakan berbisik sayup ke telinganya.
Buat pertama kalinya, Dzul merasakan ketakutan yang amat sangat. Fikirannya jadi bercelaru. Aku belum mahu mati, bentak hatinya. Bukan aku takut mati, Tapi bukan sekarang. Aku tak mahu mati sekarang.
Fikirannya semakin kacau. Buntu. Keliru, Bingung, takut dan tak tergambar lagi.
Satu cahaya terang menyinar ke segenap ruang biliknya. Terang dan menyilaukan pandangan. Dzul masih belum mahu mengalah. Dia takut untuk menutup mata, sebagaimana dia takut untuk membuka mata.
Dan seraya cahaya itu hilang perlahan-lahan. Muncul satu sosok tubuh yang paling aneh pernah dilihatnya.
Wajah makhluk itu saling tak tumpah seperti dirinya sendiri. Cuma makhluk itu punya tanduk yang membezakan antara mereka berdua.
Tergamam dia melihat pada wajah menggerikan itu, terus dia tersentak dan menginsut ke belakang. Sehingga tubuhnya rapat ke dinding.
Adakah wujud dirinya sendiri dalam bentuk yang satu lagi? Fikirnya di dalam hati. Dia semakin cemas.
“Adakah kau sudah bersedia? Kalau belum cepat persiapkan diri kamu . Kau akan mati sekarang. ” Makhluk itu bertempik dengan bengis ke arahnya.
Dzul makin keliru. Fikirannya semakin bercelaru. Tak mungkin ini rupa Jibril. Fikir hatinya. Ini tak lain adalah setan yang cuba menakut-nakutkan aku.
” Kau setan, berambus kau setan , Berambus !! ” jerit Dzul berulang-ulang kali.
Kali ini terlihat semakin banyak jelmaan sosok yang serupa dirinya muncul. Mungkin beribu-ribu. Mereka menjerit-jerit serentak dan jeritan mereka sangat mengilukan . Dzul tak dapat menahan lagi. Dia terus berteriak semahu-mahunya. sekuat-kuat hatinya.
” Kau setan, berambus kau setan , Berambus !! ”
” Kau setan, berambus kau setan , Berambus !! ”
Dia terus berteriak berulang-ulang kali dengan kata-kata yang sama. Sehingga setan-setan itu hilang satu persatu.
Jeritannya yang menggila itu ternyata telah berkesan untuk menghalau setan-setan kudisan itu.
Kemudian, dalam ketakutan itu, dia terlihat sesuatu yang berkilauan di atas almari pakaian. Bercahaya terang -berderang . Dengan tak semena-mena cahaya itu terus menarik tumpuannya.
Dia memberanikan diri meredah kolam darah separas paha yang memenuhi ruang biliknya. Dia menghampiri benda itu. Rupanya seakan gunting yang bertatah permata pada ulu tempat pemegangnya.
Sewaktu dia menggengam gunting itu, terdengar satu lagi suara berbisik ke telinganya.
“Senjata itu amat berguna untuk hidup dan matimu. Sebelumnya setan itu datang semula untuk membunuhmu, lebih baik kau bunuh dia terlebih dahulu”
Kata-kata itu bergema-gema di di telinganya.
Dzul menggenggam senjata keramat itu lantas keluar dari biliknya. Matanya melilau melihat sekeliling rumah. Ternyata kelibat setan itu masih lagi enggan berganjak keluar dari rumahnya. Setan itu berada di ruang tamu.
Dia terus meluru pantas dan menikam tepat pada leher setan itu.
” Kau setan, mampus kau setan , mampusssss kauuu !! ” Dia menjerit.
Ternyata setan itu bukanlah makhluk perkasa. Dengan satu tikaman sahaja ia rebah ke bumi. Setan terus meraung kesakitan. Dzul terus menikam setan itu bertubi-tubi sehingga raungannya hilang bersama-sama nyawanya.
Lihat dunia dari kaca mata berbeza. Baik cuba membaca semula.
Di langit kilat sambar menyambar. Dentumah guruh berteriak garang. Deru angin yang menggila meniup langsir-langsir sehingga berbuai-buai.
Tingkap-tingkap masih terbuka luas. Tempias hujan lebat diluar menujah masuk ke dalam. Perabot-perabot yang terletak berhampiran sudah basah disiram air.
Segala kejadian itu berlaku di depan mata Dzul tanpa diendahkan. Matanya terbelalak . Dia merenung tajam pada langsir tanpa sekali pun matanya berkelip.
Bunyi tingkap yang berkeriut-keriut ditampar angin itu sangat riuh sekali. Sehingga Ibu Dzul terpanggil untuk menjenguk ke dalam bilik.
“Astaga, budak ini, Dah banjir pun buat tak reti aje” Rungut ibunya yang gegas berlari untuk menutup tingkap.
Tingkap-tingkap yang tadi ternganga luas itu sudah pun ditutup rapat. Mulut ibunya masih lagi kedengaran membebel.
“Kenapa dengan kamu ni” sergah ibunya.
Bebola mata Dzul, masih enggan berkelip. Dia tetap lagi merenung tajam kepada tingkap-tingkap yang sudah tertutup.
Ibunya menjadi hairan, dicuitnya bahu Dzul sambil berteriak.
” Hey ! Kenapa dengan kamu ni , ha !”
Kali ini baru Dzul mengalih pandangannya. Seraya dia melihat pada wajah ibunya, terus dia tersentak dan menginsut ke belakang. Sehingga tubuhnya rapat ke dinding.
” Kau setan, berambus kau setan , Berambus !! ” jerit Dzul berulang-ulang kali.”
Ibunya jadi kaget. Belum pernah anaknya itu memanggilnya dengan kata-kata ‘setan’.
” Kau setan, berambus kau setan , Berambus !! ”
Kali ini , ibunya betul-betul terperanjat dan ketakutan. Dia berundur dari bilik itu dan terus meluru keluar.
Dari dalam bilik , Dzul terus meracau-racau. Terpekik terlolong.
” Kau setan, berambus kau setan , Berambus, pergi kau mati, setannnn !! ”
Ibunya mula panik. Tiada orang lain yang menghuni rumah banglo besar di atas bukit itu kecuali mereka dua beranak.
Ibunya mendapatkan telefon dan mendail nombor Polis , dia begitu cemas kerana belum pernah mengalami perkara seperti ini. Bulu rtengkuknya meremang, dia menyangka anaknya itu sedang dirasuk makhluk halus. Suaranya terputus-putus sewaktu melaporkan keadaan anaknya kepada polis melalui telefon.
Suara Dzul yang meracau semakin lantang . Bersulam bunyi guruh dan bunyi hujan lebat yang menghempas di bumbung rumah.
Ibunya tak dapat lagi untuk bertenang walaupun telefon masih lagi berada digengamannya. Namun suara Dzul tidak lagi kedengaran untuk satu ketika telah menimbulkan rasa hairan di benak ibunya.
Sewaktu ibunya menoleh ke pintu bilik Dzul. Ternyata pintu itu ternganga. Matanya meliar ke sekeliling.
Saat itulah, dengan tak semena-mena Dzul menerkam ke arah ibunya dengan sebilah gunting. Satu tusukan tepat pada leher ibunya. Saat gunting itu di cabut. Terlihat kulit leher ibunya yang sudah terkoyak. Darah memancut keluar dari rongga bekas tikaman.
Ibunya cuba untuk menjerit. Tapi suaranya tak mampu keluar. Dia rebah sambil kedua belah tangannya cuba menutup bahagian lehernya yang terkoyak itu. Telefon yang berada digengamannya tadi jatuh ke lantai.
” Kau setan, mampus kau setan , mampusssss kauuu !! ”
Tanpa belas kasihan , Dzul menikam ibunya yang semakin lemah itu bertubi-tubi. Leher, muka, perut, bahu dada dan ke mana saja tanpa merasa belas kasihan.
Darah memancut-mancut keluar. Kini, seperti juga mayat ibunya, tubuh Dzul juga sudah berlumuran darah. Sehingga tubuh mereka berdua berwarna merah kerana bersiram darah.
➡ ➡
Dzul membuka matanya perlahan-lahan, dia mendapati dia berada di dalam sebuah dunia berwarna putih. Dia berasa sungguh asing sekali. Tapi dia tidak dapat bergerak. Tubuhnya dipakaikan dengan lilitan tebal yang membalut badan berserta kedua belah lengannya sekali.
Dia cuba melepaskan diri, Meronta-ronta.
Dia masih lagi tidak mengetahui perihal sebenar tentang ibunya. Dan dia juga tidak tahu yang dia telah ditahan di dalam wad pesakit mental.
Fikiranya belum cukup waras, namun dia masih teringat pada peristiwa setan yang telah dibunuhnya. Dia tetap merasakan dirinya kini telah di tawan oleh setan durjana.
Pada sangkaannya, tubuhnya sudah
” Lapaskan aku setan, Lepaskan akuuuuuuuu !!!!!!”
➡ Cerita ni berdasarkan pengalaman benar seorang kawan pengidap Skizofrenia. Aku cuma ceritakan apa yang dia ceritakan pada aku, iaitu mendengar suara dan melihat orang lain berwajah dia sendiri.
Yang selebihnya aku tambah sendiri.
Super GORE , yeah !!!!
Dia tak bunuh ibu sendiri, tapi dia telah membakar asrama di kolej tempat dia belajar setelah mendapat arahan suara ghaib.
Suara skizofrenia.
Skizo just rocks.
Tmpt derma darah tak best.
ainunlmuaiyanah-
yep, dunia skizo memang pelik..
paling aku suka cerita skizo…the machinist
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Machinist.
Dude-
kau nak tengok darah banyak , kau pergi tempat derma darah , okay
Lebih kan darah…
baru syok.
ainunlmuaiyanah: ini bukan siri bercakap dengan syaitan, tapi siri bercakap dengan panda.
aku ingat ini siri bercakap dengan Syaitan
tetapi bukan rupanya
menyelami fikiran skizofrenia bukannya mudah.
tetapi tulisan kau mengingatkan aku pada filem-filem barat yang seperti ini.
Pesakit ini membunuh orang kerana dia ingat dia mendapat arahan daripada Tuhan..
kau tau adi. cerita kau ada bit bit Silent Hill. waktu
“Tingkap-tingkap itu kelihatan mereput. Sungguh aneh. Proses pereputan yang luarbiasa. Perubahan sedikit demi sedikit terlihat jelas didepan mata. dalam jangka waktu seminit, dinding di sekitar tingkap sudah terkopak , dan bingkai kayunya pula telah ditumbuhi semacam kulat.”
hui.. terus aku dapat bayangkan macam mana.
next time buat yang kurang darah la pulak..
memang nak try buat twisted.. tapi kena amik masa nak pikir..
aku cuma fikir on the spot je
Haaa….
pandai pun tulis citer GORE.
Kudos!
next time tulis lagi citer mcm ni dgn ending yg lagi twisted.
yeahh !! matjai.. itulah yang tunggu
aku berjaya buat org takut
😈
hihihihi
sebenarnya masa aku tulis ni malam tadi…
rasa semacam je bulu tengkuk aku..
baru aku teringat pasal
🙄
malam jumaat keliwon..
Sangat menakutkan!
two tumbs up bro. teringat aku filem ‘beautiful mind’. gambate.