Manusia Bodoh


Aku memang seorang yang gaul.

Maksudnya, aku ini suka bergaul dengan kawan-kawan. Sekiranya mereka dari jenis pemain pingpong, terpaksa juga aku memperlihatkan kepandaian aku membuat smash kencang-sehingga-bola-bertukar-menjadi-api yang sangat digeruni oleh kawan dan lawan itu.

Ya, aku terpaksa bersukan. Aku tak mahu punggung aku menjadi takung lemak seperti Dia

Dia pernah berfalsafah.

“Tahap seksi  seseorang itu, sangat bergantung pada kandungan lemak yang terdapat dalam lipatan kulit punggung individu tersebut ”

Oleh sebab itulah dia tak pernah bersukan. Mahu kekal kelihatan seksi katanya.

Angin malam menyisir kesepian remaja kampung, tak banyak hiburan yang ada di sini, selain  bersnuker, berjudi dan berkaraoke. Aku juga terpaksa bersongkol dengan ahli karaoke, demi menjaga status aku sebagai anak gaul.

Seleksi lagu memang tak menarik, Lagu rock cap kapak membuatkan ramai kawan-kawan aku meneran seperti cacing kepanasan.
Vokal aku yang bernada semi-alto , memang tak sesuai langsung dengan lagu mendayu yang terdampar dalam telanjang itu.

Baik aku pilih lagu dari seberang.

Tipe-X atau Dewa, aku terpaksa buat pilihan, tapi setiap kali aku ke sana , aku tak akan lupa pilih lagu ini.

 

Manusia Bodoh
Artis: ADA Band

Dahulu terasa indah
Tak ingin lupakan
Bermesraan selalu jadi Satu kenangan manis

Tiada yang salah
Hanya aku manusia bodoh
Yang biarkan semua ini permainkanku
Berulang ulang kali

Mencoba bertahan sekuat hati
Layaknya karang yang dihempas sang ombak
Jalani hidup dalam buai belaka
Serahkan cinta tulus di dalam takdir

Tapi sampai kapankah kuharus
Menanggungnya kutukan cinta ini
Bersemayam dalam kalbu

Tak ayal tingkah lakumu
Buatku putus asa
Kadang akal sehat ini
Belum cukup membendungnya

Hanya kepedihan
Yang selalu datang menertawakanku
Engkau belahan jiwa
Tega menari indah di atas tangisanku

Semua kisah pasti ada akhir
Yang harus dilalui
Begitu juga akhir kisah ini
Yakinku indah

 

➡ sungguh puitis bahasa lagunya.

Terdapat dua cerita dalam lagu ini sebenarnya,
Maksud aku, ada satu lagi cerita tersirat dalam lagu ni,
Kalau mendengar sepintas lalu, kita akan berada di awang-awangan dengan kisah kekesalan seorang pemuda yang menolak cinta seorang gadis.

Dan bila si gadis yang terluka itu lari bersama pedih peri kerana mahu hidup seribu tahun lagi, pemuda egois tadi mula dirasuk kerinduan. Akhirnya pemuda itu mengakui kesilapannya, dialah si platonik yang hampir gila merindukan cinta yang dilepaskannya sendiri.

Dan gadis pujaannya yang melarikan diri itu sungguh tak berperikemanusiaan meninggalkan lelaki itu sehingga mati menanggung hatinya yang lara dek sengsara kerinduan.

Itu cerita satu.

Cerita tersirat yang yang kedua dalam lagu ini, ialah tentang seekor beruang panda yang yang suka menabur fitnah. Asalnya beruang Panda ini berbulu putih  seperti beruang kutub.

Oleh kerana terlalu taksub menabur fitnah. Dia akhirnya telah dilaknat oleh Dewa petir. Dengan hanya dua rejaman , Beruang Panda jadi bertompok-tompok hitam.

Parut yang kekal buat ingatannya supaya berhenti menabur fitnah.

panda-bear-0001

Beruang tompok-tompok yang terkulai layu seperti pengemis

Comments
12 Responses to “Manusia Bodoh”
  1. teguhdermawan berkata:

    Bergetar hati ini mendengar ya

  2. Dude berkata:

    bukan lagu tu yg emo.
    lirik tu yg emo.
    btw…
    aku suka lirik tu.
    😛

  3. adiospunk berkata:

    Diehatefan-

    btw, aku minat punggung cam fak yew…?
    kenyataan yang berani.. salute
    good for both of you

    fakyew, rocketsaintis and me in a hug club?
    Hell no ,
    Two for tango, not three
    count me out , please…

  4. diehatefan berkata:

    aku rase roket saintis, fakyew n adios boleh buat group hug kot… nk nenen? btw, aku minat punggung cam fak yew…

  5. adiospunk berkata:

    ye ke koboi…

    Aku harapkan, panda yang kau kenal tu sama dengan panda yang aku ceritakan…

  6. koboi berkata:

    dalam banyak2 benda yg ko tulis, aku lebih terpesona apabila membaca tentang kejadian asal panda. sebab ianya mengingatkan aku kepada seseorang. hehe

  7. adiospunk berkata:

    ainunlmuaiyanah-
    Lelaki dalam lagu tu memang cool, gadis tu je yang tak cool.

    fakyew-
    aku tak suka menghayalkan lelaki telanjang macam kamu.

    Dude-
    Ini bukan emo, ini muzik alternatif.

    Saintis roket-
    ‘chemistry’ yang didefinasikan oleh peminat Boy George adalah tak penting untuk peminat NOFX, harap maklum

  8. Roket Saintis berkata:

    Mengapa kau dan fakyew asyik meletakkan lirik lagu di blog sejak kebelakangan ini? Macam ada chemistry je korang berdua ni. Jodoh kuat kot.

  9. fakyew berkata:

    ni apahal vclip lain ni. kata minat terlantar dalam telanjang.

  10. ainunlmuaiyanah berkata:

    lagu manusia bodoh ini mmg lagu fav aku.
    suka masa pengakhiran lagu ini,
    lelaki tu tunjukkan diri dia sebenar kat perempuan tu dan senyum..
    serius, berani, kool..

    aku suka ayat ini

    ‘menari indah di atas tangisanku’

    wah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: