Sidang Lembu Di Kebun Binatang


Sekumpulan Lembu lapar beradu  terjun tiruk ke dalam tong sampah.
Hasil mereka menyelam,
bukanlah makanan , tapi  liputan. 

Kita menang lagi kata lembu junior.
Kita sudah menangkan kembali hak kita,
Kamar pameran di kebun binatang.

Aku kira, kita menang sekangkang tanah di syurga.
Rungut lembu kedua, yang juga bertaraf junior.

Ianya lebih baik dari langsung tiada.
Lembu pertama meyakinkan.
Dia berhalusinasi menjadi kepala delegasi
Penghijrahan berkelompok ke tanah perkuburan.

Satu taklimat awal disampaikan.
Kata orang-orang terdahulu,
inilah kawasan paling hampir sekali dengan syurga.

Papan tanda itu sebagai buktinya.
Matanya mengerling pada papan tanda yang tertulis :

“SELAMAT DATANG KE KEBUN BINATANG”

Lihatlah anak-anak kecil yang datang melawat pada hujung minggu,
Mereka terhibur.
Semuanya memakai kaca mata yang terpalit lumpur.

“Apa yang dapat kamu semua  lihat, anak-anak?”
Tanya kaca mata.
“Lembu-lembu yang riang dan lucu”
Teriak mereka serentak.

Lembu junior bangga.
Dia tahu, hanya dialah satu-satunya lembu yang dapat dilihat oleh kanak-kanak di situ.

cow-punk-dude-6

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: